Tuesday, November 09, 2010

Chegubard dan Shamsul serta Azmin sepentas di Sepang Selangor.

Semalam Chegubard dijemput oleh Ketua Cabang Sepang Hj Borhan dalam satu program memperkenalkan calon.

Semasa sharphooter bersama Chegubard dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sampai di Sepang, YB Zuraidah sedang memberi ucapan diikuti dengan YB Xavier.

Selepas itu Shamsul Iskandar memberi ucapan dan menceritakan mengapa beliau memilih untuk bertanding mempertahankan jawatan Ketua AMK sedangkan pada awalnya beliau telah menyatakan hasratnya untuk bertanding Naib Presiden.

Soal U-Turn tidak timbul katanya tetapi saya berada di T-Junction. Ke kiri Naib Presiden ke kanan Ketua AMK dan akhirnya saya memilih ke kanan. Beliau cuma merayu agar diberi peluang sepenggal lagi untuk memimpin AMK kerana mahu memperbetulkan AMK yang agak lesu.

Kemudian Chegbard pula memberi ucapan selepas Shamsul Iskandar. Chegubard menerangkan misi dan visi "Penerus Perjuangan Reformasi"

Ternyata agenda misi dan visi yang dibawa oleh Chegubard mendapat sambutan dan tepukan gemuruh terutamanya tentang Ketua AMK Negeri yang akan dipilih melalui Kongres Peringkat Negeri bukan lagi seperti sekarang yang dipilih oleh Ketua AMK Pusat.

"Biar anak muda Selangor yang memilih siapa Ketua AMK Selangor, biar anak muda Sabah yang memilih siapa Ketua AMK Sabah, kita mahu suburkan demokrasi seluas mungkin" kata Chegubard dengan penuh semangat disambut tepukan gemuruh oleh hadirin yang hadir.

Ini adalah satu budaya dan cara kempen yang sihat di mana semua calon boleh berada di satu pentas. Inilah jiwa besar anak muda bernama Chegubard yang sudi hadir bila dijemput oleh Ketua Cabang Sepang walaupun semalam sebenarnya adalah team Azmin Ali yang berkempen.

Chegubard difitnah kononnya menerima RM400 ribu dari Zaid Ibrahim. Sharpshooter amat sedih bila tuduhan liar serta fitnah dilemparkan kepada Chegubard. Fitnah juga dilemparkan kepada Chegubard kononnya memberi RM30 kepada setiap AMK yang mengundi. Tak masuk akal fitnah tersebut. Kereta Chegubard pun sudah tiga bulan tak bayar. Itulah fitnah paling kotor yang dilemparkan kepada Chegubard.

Chegubard masih menanti surat jawapan Shamsul Iskandar tentang debat AMK. Chegubard juga semalam seharian telah menenangkan seluruh AMK termasuk dari Sabah melalui telefon.

Inilah insan bernama Chegubard yang jiwanya amat sayangkan Parti Keadilan Rakyat dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang mahu hancurkan parti yang telah dibina bersama sejak 12 tahun yang lalu.

Chegubard juga akan mengadakan himpunan anak muda "SELAMATKAN KEADILAN" di Dewan Perniagaan Cina Selangor esok Rabu 10 November 2010 jam 9.00 malam. Nurul Izzah turut akan hadir bersama termasuk AMK dari Sabah. Ayuh anak muda kita hadir beramai-ramai.

Ikuti penerangan video Chegubard tentang agenda misi serta visi "Penerus Perjuangan Reformasi"














* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. beginilah yang kami mahu, jernihkan keadaan dan nyahkan kekotoran sbb nk buat kotor cukup mudah , jgn jadi zaid singkat akl tu ..

    ReplyDelete
  2. Hebat2 zaid...skg PKR dh jd huru hara disebabkan si zaid ni..semasa bru masuk pkr anwar juga yg naikkan dia..rupa2nya bla dh ada jawatan mula tarik rmai2 penyokong PKR utk sokng dia dan cuba utk jatuhkn anwar..klu korg nk tau zaid ni cmna baca blog MSO http://msomelayu.blogspot.com rasanya pkr akn berpecahlah lps ni..chegubard & the geng msti tlg selamatkan pkr sblm parti ni hancur..

    ReplyDelete
  3. bangang tul la chegubard ni ckp nak tipu org saja.tak pernah ada parti di dunia buat pemilihan sebegini..amerika tu apa?apa punya bangang nak jadi pemimpin.yg hgpa kat blakang pun sokong saja..org mcm ni nak jadi pemimpin?tolong la nauzubillah..geng ckp saja reti mcm anwar kerja tak reti buat

    ReplyDelete
  4. budaya fitnah sapa yang mulakan kalau bukan ketua umum hgpa yang tadak teloq nak bertanding presiden..nak teloq orang saja tau

    ReplyDelete
  5. tanpa nama 6:30:00 PM

    cuba hang fikir balik cakap hang tu betul ke? , kang malu sendiri

    ReplyDelete
  6. Budaya fitnah Chuegubard & sharpshooter yg mulakan. dulu seronok fitnah semua org, skrng biler dajjal chegubard dh kelihatan, mulalah buat cerita sedih,

    kesian konon. kesian saja? kenapa tak jawab tuduhan chegubard dpt duit dr zaid smpai ratusan ribu, pakai pengundi hantu & berkempen utk chai zaid?

    x caya tengok posting awal saya, yg sharpshooter cepat2 tmbah posting supaya ramai orng x baca posting asal.

    yg benar ttp benar abg din oooi, penipu mcm kamu ni patut didedahkan.

    Jawab yg ini dulu;

    sharpshooter jgn nak lari dr persoalan pling penting bila zaid tarik diri.

    JAMBU SHARPSHOOTER - CHEGUBARD disokong & dibiayai oleh Zaid.

    Sekarang kencang bertiup jambu sharpshooter itu menggunakan pengundi hantu untuk naikkan undi dia & zaid terutamanya di N9.

    Skrg ini, biler funder dh x de, bila kiblatnya dah terbalik - mana si badrul ni nk pegi?

    Sharpshooter jgn cuba nak tonjolkan yg dia ni mulia.

    perangai sharpshooter yg melondehkan semuanya dlm parti dgn buat cerita2 fitnah utk naikkan jambu dia, samalah dgn perangai zaid yg pergi ke utusan untuk tikam parti.

    skrng Chegubard dh gundah gulana sbb kena tinggalkan Zaid - sedngkan semua reformis asal (bkn reformis yg mengaku juara rakyat tp masih duduk di maktab masa tahun 1998!) mcm Tian Chua marah kt dia.

    Mesti Tian Chua marah, jambu sharpshooter sanggup korbankan "kawan" ikut chai zaid, smpai di Rembau Tian Chua dpt 9 undi, Jonson Chong jambu zaid dpt 44 undi bg jawatan naib pres. X timbul pulak cerita mesti sokong reformis, yg x pernah turun ke jalan pulak yg jambu sharpshooter arahkn untuk rembau undi (tu pun x tahu brp undi hantu).

    sharpshooter kena jawb semua ni, dh lama sngt dh memfitnah orng & bermaharajalela.

    sapa yg nakkan kebenaran - tanya chegubard knp dia korbankn tian chua smta2 turut arahan zaid utk naikkan jonson?

    kpd semua yg baca, sebarkan ini.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.