Wednesday, November 10, 2010

Chegubard menanti jawapan debat dari Shamsul Iskandar

Sebulan lalu, saya mewakili cheGuBard dan pasukan yang mengelarkan diri mereka Penerus Perjuangan Reformasi telah menghantar 'perlawaan' debat kepada Calon Ketua AMK, Saudara Shamsul Iskandar. Pelawaan ini bertujuan untuk menarik pertandingan ini ke arah politik baru yang berasaskan idea, nilai dan lampiran rekod terdahulu.

Hasil dari debat ini diharapkan dapat membekalkan anggota parti muda dengan maklumat 'manifesto' yang sewajarnya sebelum membuat keputusan. Debat ini perlu untuk menarik pertandingan ini kepada politik baru dan bukan medan mengutuk dan menyerang peribadi individu tertentu. Seorang calon yang bakal menerajui AMK harus tampil dengan idea segar dan praktikal untuk mengemudi AMK itu sendiri bukan sekadar bergantung dan 'berpayung' dalam label kumpulan tertentu juga sentiasa bersenggayut dengan individu tertentu yang bertanding jawatan tinggi.

Namun sehingga kini malangnya tiada sebarang respon diperolehi, kecuali sindiran - sindiran penyokong Shamsul yang mengatakan debat harus diadakan dalam Bahasa Inggeris sebab che'GuBard tak pandai berbahasa Inggeris. Ureka sebuah organisasi yang diasaskan di Perak yang menjadi penganjur Debat Calon Ketua AMK di Taiping baru lepas telah menyatakan kesediaan menganjurkan debat, namun berdasarkan maklumat penganjur pelawaan sudah dibuat tetapi masih tiada respon konkrit dari saudara Shamsul.

Mutaakhir ini kelihatan pemilihan KEADILAN seperti kecoh sedikit ini peluang anak muda keluar sebagai kuasa penyatu. Persaingan harus dari aspek pertembungan idea bukan aspek peribadi. Respon dikalangan massa juga sudah sedikit menggusarkan. Jangan salahkan rakyat jika melihat KEADILAN juga sama seperti parti tua lapok apabila berlaku pertembungan jawatan.

Mewakili pasukan Penerus Perjuangan Reformasi yang menawarkan diri dalam pemilihan AMK KEADILAN 2010 ini sekali lagi mempelawa saudara Shamsul berdebat dengan cheGuBard dan Saudara Khairul Anuar berdebat dengan YB Lih Kang.

Zulkifli Ibrahim
Penyelaras Kempen
Pengerus Perjuangan Reformasi

10 November 2010

Sharpshooter - Anak muda Keadilan lebih matang dari orang tua Keadilan bila berlaku pemilihan jawatan. Anak muda Keadilan boleh duduk sepentas dan berdebat dan pernah berlaku di Taiping tetapi ini tidak berlaku kepada orang tua Keadilan.

Dah tua buatlah cara orang tua...sepatutnya boleh jadi contoh kepada orang muda tetapi dah terbalik pula jadinya. Malulah sikit pada orang muda.

Apa jua alasan yang diberikan, janganlah pula umpama marahkan pejat kelambu pula dibakar.Tak bolehkah bincang dalam kelambu, kalau ada pejat, bunuh je lah pejat tu dalam kelambu di dalam rumah.

Janganlah pula bila rumah sudah siap dibina, tuan rumah pelawa kita masuk secara hormat, janganlah kita halau tuan rumah pula. Itu sukar diterima. Nak bina rumah bukan mudah tetapi nak runtuh sekejap saja.

Itulah beza dengan orang yang bersama membina rumah dengan keringat dan darah rakyat dengan orang yang masuk rumah cuci kaki saja.

Anak muda selalu diperingatkan, utamakan parti..utamakan parti..utamakan parti..tetapi orang tua lebih utamakan individu dari parti.

Perkara yang ditimbulkan oleh Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub ada kebenarannya tetapi mereka mengambil tindakan yang salah bila menyerang parti di media perdana. Manakala Azmin dan Anwar juga ada kesalahannya.

Umpama SPR, kita tahu SPR buat penyelewengan tetapi kita bertanding juga dalam pilihanraya. Adakah kita tarik diri dari bertanding dalam pilihanraya? Jawapannya sudah pasti tidak. Kita lawan sampai menang. Inilah semangat pejuang tetapi dalam masa yang sama kita perbetulkan SPR.

Krisis menuntut anak muda matang dan menjadi kuasa penyatu. Sehubungan dengan itu, Saudara/saudari dijemput bersama Rapat Anak Muda 'Cari formula terbaik selamatkan KEADILAN' pada 10 Nov 2010, 9.00 mlm, di Dewan Himpunan Cina Selangor,dekat Stadium Merdeka, KL (Pertanyaan no. tel : 0126794704 Yaser)

Majlis penerangan akan dipimpin sendiri oleh Chegubard. Yb Nurul Izzah juga akan hadir memberi sokongan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. Saya sebagai ahli AMK telah menyuarakan rasa tidak puas hati saya terus kepada DSAI,,namun seperti tiada jawapan..

    Syabas Chegu Bard, Bro Din dan anak2 muda Keadlian..jika saya ada kuasa saya akan buang semua pemimpin tua yg bebal dan serahkan KEADILAN kepada anak2 muda KEADILAN..mereka ni lebih berjiwa matang dan sanggup dan mahu mencari penyelesaian..Syabas Anak2 Mudak KEADILAN..Ayuh selamatkan KEADILAN sebelum kita nak selamatakan Malaysia!! Cepat bertindak..jgn hampaka rakyat yg selama ini dizalimi oleh UMNO dan BN..kita menentang mereka dan bukan hendak jadi seperti mereka..Once and for all katakan kepada rakayat bahwa KEADILAN bukanlah seprti UMNO atau S46!!

    ReplyDelete
  2. Walaupun saya tak bersetuju dgn tindak pucuk pimpinan bukanlah bermakna saya penyokong UMNO..kami anak muda akan sentiasa menentang sesiapa pun tidak kira dalam parti atau luar parti yg tidak mendengar kehendak aahli2 mereka..apa susahnya tangguhkan pemilihan..jgn nanti jika SPR buat sesuata yg tidak kena dan kita minta mereka dengar cakap kita utk berlaku adil sedangkan kita pulak sebaliknya!!Jangan cakap x serupa bikin!Biarkan KEADILAN dilaksanakan dirasa perlaksanaannya!! Zaid mungkin salah, Azmin mungkin betul ataupun mungkin salah..tapi jangan cakap ahli2 KEADILAN semua yg salah!!

    ReplyDelete
  3. eh cepat pulak si sharpshooter post cerita baru, laju semacam.

    ke sbb nak elak orang baca komen2 yg kat bawah, sbb chegubard & sharpshooter sendiri dah terpalit dgn zaid ibrahim?

    mana kaki2 pukul chegubard, jawab yg ini dulu:

    Budaya fitnah Chuegubard & sharpshooter yg mulakan. dulu seronok fitnah semua org, skrng biler dajjal chegubard dh kelihatan, mulalah buat cerita sedih,

    kesian konon. kesian saja? kenapa tak jawab tuduhan chegubard dpt duit dr zaid smpai ratusan ribu, pakai pengundi hantu & berkempen utk chai zaid?

    x caya tengok posting awal saya, yg sharpshooter cepat2 tmbah posting supaya ramai orng x baca posting asal.

    yg benar ttp benar abg din oooi, penipu mcm kamu ni patut didedahkan.

    Jawab yg ini dulu;

    sharpshooter jgn nak lari dr persoalan pling penting bila zaid tarik diri.

    JAMBU SHARPSHOOTER - CHEGUBARD disokong & dibiayai oleh Zaid.

    Sekarang kencang bertiup jambu sharpshooter itu menggunakan pengundi hantu untuk naikkan undi dia & zaid terutamanya di N9.

    Skrg ini, biler funder dh x de, bila kiblatnya dah terbalik - mana si badrul ni nk pegi?

    Sharpshooter jgn cuba nak tonjolkan yg dia ni mulia.

    perangai sharpshooter yg melondehkan semuanya dlm parti dgn buat cerita2 fitnah utk naikkan jambu dia, samalah dgn perangai zaid yg pergi ke utusan untuk tikam parti.

    skrng Chegubard dh gundah gulana sbb kena tinggalkan Zaid - sedngkan semua reformis asal (bkn reformis yg mengaku juara rakyat tp masih duduk di maktab masa tahun 1998!) mcm Tian Chua marah kt dia.

    Mesti Tian Chua marah, jambu sharpshooter sanggup korbankan "kawan" ikut chai zaid, smpai di Rembau Tian Chua dpt 9 undi, Jonson Chong jambu zaid dpt 44 undi bg jawatan naib pres. X timbul pulak cerita mesti sokong reformis, yg x pernah turun ke jalan pulak yg jambu sharpshooter arahkn untuk rembau undi (tu pun x tahu brp undi hantu).

    sharpshooter kena jawb semua ni, dh lama sngt dh memfitnah orng & bermaharajalela.

    sapa yg nakkan kebenaran - tanya chegubard knp dia korbankn tian chua smta2 turut arahan zaid utk naikkan jonson?

    kpd semua yg baca, sebarkan ini.

    ReplyDelete
  4. Tuan rumah yang membina rumah sepatutnya lebih mematuhi peraturan dan pantang larang di dalam rumah tersebut. Janganlah sehingga tetamu yang menegurnya. Ia akan mengundang malu, dari mendapat malu maka perlu diperbetulkan dengan kadar segera! tetamu tidak akan menghadapi masalah dan malu jika peraturan dan pantang larang tidak diikuti, yang mengundang malu adalah tuan rumah yang mencipta dan berjanji untuk mempertahankannya!

    Tak begitu Din Binjai :-)

    Achmad Abdollah

    ReplyDelete
  5. HARI nie seronok membaca ulasan Bro Din....bernas ,mantap,pandangan amk yg matang.....betoi gak...calon pengerusi tetap amk...mestilah kena power tak cheroiiii...kalau dakkkk...lebih baik diam tgk dahh ..gelagat ..org2 tua keadilan..bersandiwara ....
    teruskan Bro Din buat ulasan yg mantep2...jgn dokk diam saja...semoga berjaya utk team amk chegubard....

    ReplyDelete
  6. apa ko ngarut achmad abdollah..klu tetamu tegur scara trbuka tp xda bukti kesalahan yg dilakukan tuan rumah itu bkn tegur namanya..itu nk memalukan tuan rumah & nk menunjukkan tetamu itu ego..dhla msuk rumah org tp tegur xtentu psl...tetamu sepatutnya malu...dhla msuk dgn diberi penghormatan yg tinggi ukt memastikan rumah dlm keadaan baik rupa2nya nk porak perandakan rumah ni...sapa xmarah..dollah pn marahkan...

    ReplyDelete
  7. Aku tertarik dengan ulasan Din Binjai ni " Dah tua buatlah cara orang tua...sepatutnya boleh jadi contoh kepada orang muda tetapi dah terbalik pula jadinya. Malulah sikit pada orang muda." Teringat pula kata2 seniman Agung PRamlee ...." Kecik-kecik tak nak mampus....bila besaq menyusahkan orang je"

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.