Wednesday, November 24, 2010

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010 di Parit Sulong, Johor

24 November 2010

Kepada :

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,

Presiden ,

Parti Keadilan Rakyat

Laporan kepincangan Pemilihan KEADILAN 2010 di Cabang Parit Sulong, Johor.

Perkara di atas dirujuk

2. Cabang Parit Sulong yang mengadakan pemilihan pada 21 November 2010 telah berlaku salahguna dan penyelewengan pengurusan dan pemilihan oleh Setiausaha Cabang Parit Sulong bernama En Zaihan.

3. Menurut Zalan bin A.Hamid selaku Timbalan Pengerusi Cabang Parit Sulong, terdapat 5 perkara yang boleh membatalkan pemilihan di Cabang Parit Sulong.

i) Pemilihan dilakukan di luar kawasan Cabang Parit Sulong.
ii) Tempat mengundi yang tidak sah mengikut peraturan kerana diadakan di rumah Bendahari Keadilan cabang Parit Sulong.
iii) Pengundi yang belum laya mengundi telah dibenarkan mengundi (pengundi hantu)
iv) Penyelaras pemilihan tidak mengumumkan keputusan pemilihan di Cabang Parit Sulong.
v) Penyelaras pemilihan seolah-olah telah mengatur kemenangan Hasmi Hashim sebagai Ketua Cabang.

4. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya sekiranya Dato' Seri Presiden dapat mengambil perhatian dan mengambil tindkan untuk menyiasat perkara tersebut. Saya lampirkan bukti pengundi hantu dan laporan polis yang telah dibuat oleh En Zalan bin A.Hamid selaku Timbalan Pengerusi Cabang Parit Sulong.

Sekian, terimakasih, wassalam.


Yang Benar



AMIZUDIN BIN AHMAT
016 - 469 5343

sk.

1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2) YB Saifudin Nasution
3) YB Fuziah Salleh
4) YB Tian Chua
5) YB Dato' Johari Abdul
6) YB William Leong
7) Saiful Izham Ramli
8) Chegubard
9) Zulkifli Ibrahim (Kempen manager Chegubard)









* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. Din kau bukan ada disitu kau bukan orang johor. Kau x tahu hal duduk sebenar x perlu tunjuk hero tunjuk jaguh. Jgn rasa hebat.

    Jgn jadi bad yg tuduh ketua cabang parit sulong pukul budak dia. Bila terdedah ketua cabang parit sulong tidak ada memukul sesiapa,sampai sekarang bad x berani minta maaf. Pimpinan johor tahu hal sebenar.

    Bila berita terima selidiki dahulu. Kemuka tuduhan boleh. Ingat belum pasti tuduhan itu benar!

    ReplyDelete
  2. Baru selesai berbual melalui telefon dengan setiausaha Cabang Parit Sulong...zackzailan..

    Sama-sama bersetuju bahawa soal pengundi hantu tidak ada kompromi...

    Mudah saja yg salah kata salah bukan soal sokong siapa...

    ReplyDelete
  3. biasa lah din binjai, cari glamer murahan.

    konon reformis la ni.

    reformis botak tak de otak.

    ni orang gler, menuduh org tanpa bukti, kemudia bila dibuktikan salah, langsung tak membetulkan.

    Perosak parti, pi masuk umno.

    eyh ke kau memang ejen umno?

    lepas ni aku pun nk start kempen BOIKOT EJEN UMNO (BEU) dn dilekatkn ke fb2 ejen2 mcm din binjai ni.

    kita mulakan dgn geng2 chegubard ketua pemuda PKFZ.

    Hidup zaid, hidup badrul, lepas tu sama2 mabuk. sorng mabuk arak, sorang mabuk glamer.

    ReplyDelete
  4. Kau ni Din. Kau dah tuduh orang baru kau telefon.

    Tiada siapa akan kompromi bab undi hantu. Kau jangan nak pusing jauh.

    Kau bukan orang parit sulong dan kau tidak tahu hal duduk perkara sebenar. Kau dapat maklumat yang mungkin memihak. Bukan soal siapa sokong siapa. Soalnya kau tidak tahu hal sebenar tapi nak tunjuk jaguh. Bila ada orang pertikaikan kau baru sibuk nak telefon su parit sulong. Nampak sangat kau bias dan nak cari salah semata-mata bukan tujuan nak perbaiki atau bantu parti.

    Jangan kita terlalu rasa diri jaguh dan ingin tunjuk jaguh di semua tempat walau kita tidak tahu hal duduk perkara dengan jelas dari semua. Tindakkan begitu akhirnya bukan menunjukkan kejaguhan diri tapi kepoyoan diri sendiri.

    Ingat tuduhan tidak semesti benar! Tuduhan perlu dibahaskan dan diadili oleh orang yang adil bukan orang yang buat tuduhan itu yang menjadi penentu.

    Tuduhan bad kpd ketua cabang parit sulong pukul penyokong bad dah ditarik balik oleh bad atau belum?

    Ingat bila kita kritik orang cermin2 juga muka kita.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.