Friday, November 05, 2010

Mohon bantuan sumbangan mangsa banjir



ALOR SETAR, 5 Nov — Jumlah penduduk yang dipindahkan kerana banjir di Kedah meningkat kepada 39,512 orang pagi ini berbanding 32,990 orang malam tadi berikutan peningkatan mendadak mangsa banjir di Kubang Pasu dan Alor Setar.

Bagaimanapun, semakin ramai mangsa banjir di Daerah Padang Terap yang dibenarkan pulang.

Mangsa di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang terus meningkat. Di Kubang Pasu, jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat kepada 21,111 orang melibatkan 5,740 keluarga manakala di daerah Kota Setar, seramai 15,736 orang (4,047 keluarga) dan di daerah Pendang pula 241 orang (60 keluarga).

Mangsa banjir di Padang Terap berkurangan kepada 657 orang berbanding 2,279 orang malam tadi melibatkan 204 keluarga dan daerah Pokok Sena juga menunjukkan penurunan daripada 1,868 orang kepada 1,767 orang melibatkan 313 keluarga.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga pukul 8 pagi ini, 100 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 50 adalah di Kubang Pasu, 10 di Padang Terap, 32 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Katanya keadaan di Padang Terap bertambah baik dengan 2,722 orang daripada 339 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat manakala 10 pusat pemindahan ditutup.




Sehubungan dengan itu AMK Negeri Kedah telah menlancarkan tabung bantuan mangsa banjir untuk kawasan utara. Kepada mereka yang prihatin, dermawan budiman, anda bolehlah memberi sumbangan berbentuk barangan atau kewangan di atas nama Yayasan Aman.

Segala sumbangan boleh disampaikan terus kepada Saiful Izham Ramli Peguam Anwar, Ketua AMK Kedah merangkap Ahli MPP Keadilan Pusat dan Pengerusi Yayasan Aman Kedah di talian 012-3211162.

Saiful berkata "Anda juga boleh memberi sumbangan terus ke akaun Maybank 5520-5970-3131 atas nama Yayasan Aman. Kemudian anda boleh sms (012-3211162) jumlah sumbangan untuk pihak kami keluarkan resit pengecualian cukai sekiranya perlu".

Untuk sumbangan barangan keperluan harian, anda bolehlah menghantar barangan tersebut ke Pusat Pengumpulan Yayasan Aman di Sg Lalang, Sg Petani, Kedah.

Semoga Allah membalas jasa baik anda dan selamatkan semua mangsa banjir. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Bantulah mereka...anda mampu lakukannya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. Wakil rakyat PAS yang majoritinya memegang kerusi di sekitar kawasan yang berlakunya banjir dilaporkan oleh penduduk tidak turun bertemu rakyat secara menyeluruh. Subangan dari segi makanan juga tidak diberi kepada penduduk di rumah-rumah ketika berlakunya banjir. Cuba anda bayangkan sekiranya tiada kedai yang berniaga dan jalan sudah ditenggelami air,..bagaimana rakyat ingin mendapatkan sumber makanan kalau tidak dibantu oleh kerajaan negeri (melalui wakil rakyat)??



    Rakyat Kedah juga ada menyatakan kehadiran pemimpin Pusat seperti Datuk Shahrizat, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Mukhriz dan ramai lagi ternyata memberi sumbangan yang teramat dihargaai walaupun pembangkang menuduh pemimpin BN sibuk meraih undi rakyat di Galas & Batu Sapi!

    Difahamkan MB Kedah, Ustaz Azizan hanya mengadakan mesyuarat mengenai banjir ini setelah 5 hari bencana tersebut berlaku. Anehnya, wakil rakyat PAS, PKR & DAP dari seluruh Kedah tiada kesepakatan langsung dalam membantu rakyat!

    Kita juga tertanya-tanya mana pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Lim Kit Siang, Karpal Sing, Teresa Kok, Lim Guan Eng, Khalid Samad, dan ramai lagi ketika rakyat Kedah yang pernah menjulang perjuangan mereka di PRU 2008.

    Inikah balasan yang mereka berikan??..tidak aneh apabila BN menang di Galas! (ternyata pembangkang hanya tahu menabur janji untuk mengejar kuasa).




    3 Perkara utama yang diharapkan rakyat Kedah daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah:

    1. Wang bantuan bencana pertanian (terutamanya penanam padi)

    2. Wang bantuan bencana harta-benda (rumah, kereta, motor, mesin-mesin pertanian)

    3. Sumbangan ikhlas pada keluarga mangsa yang kehilangan nyawa.




    Rakyat Kedah mencadangkan bantuan RM 1000 dari kerajaan negeri untuk setiap relung padi yang telahpun rosak!!!





    JOM KITA GAGALKAN PAKATAN RAKYAT
    Posted by malaysia.suarademokrasi at 11/05/2010 10:42:00 PM
    14 comments:
    Ms Pearl said...
    sesuatu yang berlaku adalah ujian.
    now buat pertama kalinya kerajaan ngeri Kedah yang baru pimpinan PAS di uji.

    November 5, 2010 11:19 PM
    Anonymous said...
    ujian-ujian jugak,..tapi dah kalau Yb pun malas nak turun apa kes?

    November 5, 2010 11:22 PM
    Anonymous said...
    iyo la, ujian hujan dan banjir. kalu jadi kat kerajaan bn, tu dia bala tuhan bagi .... kat depa bencana alam.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.