Tuesday, November 30, 2010

Mustaffa berjiwa besar

Bekas naib presiden Keadilan Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam pemilihan parti mendedahkan, bukan sahaja ada cubaan menariknya menyertai parti Datuk Zaid Ibrahim, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukannya.

"Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk (timbalan pengerusi BN) Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar. "Saya tetap dengan Keadilan, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan terakhir sebagai naib presiden dalam Kongres Keadilan ke-7 di Petaling Jaya.

Menurut Mustaffa, selepas 12 tahun bersama Keadilan, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti. "Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim. "Dan saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Bukan parti puji-pujian


Semalam, Mustaffa Kamil yang tewas teruk merebut jawatan timbalan presiden di tangan Azmin Ali memberitahu Malaysiakini beliau komited dengan Keadilan walaupun terdapat percubaan menariknya menyertai parti yang akan ditubuhkan Zaid.

Mustaffa juga masih kritikal kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang didakwanya memulang beban pembuktian aduan kepada pengadu dan berharap aduannya terus disiasat.

Bagaimanapun, hari ini, Mustaffa Kamil berucap dengan nada yang berbeza apabila menunjukkan sikap 'jiwa besar' dengan menerima keputusan pemilihan dan akur pada kelebihan Azmin. "Saya akur, setiap kita adalah pemimpin. Saya akur, ada kelebihan pada saudara Azmin yang sama-sama kita pilih," katanya yang menyebabkan kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Sivik MBPJ - tempat persidangan - bangun memberikan tepukan.

Sambil berkata menang dan kalah sebagai perkara biasa, Mustaffa Kamil sekali lagi menjelaskan kritikannya sebelum ini dibuat kerana sayangkan parti. "Akhirnya kita parti reformasi, bukan parti puji pujian semata-mata. Pemimpin boleh ditegur dan menegur. "Inilah maknanya politik baru dan budaya baru," katanya yang menggunakan slogan "politik nilai" dalam kempennya sebelum ini.

Sharpshooter - Memang wajar Mustaffa mendapat pujian di atas sifatnya yang berjiwa besar. Seluruh yang hadir bangun memberi penghormatan atas ucapannya yang bersemangat dan berjiwa besar.

Masih tercari-cari video ucapan Mustaffa Kamil Ayub yang berjiwa besar..hingga kini masih belum ku temui...:-)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

10 comments:

  1. benarkah kenyataan mustaffa ini?, sila rujuk kenyataan firdaus christopher melalui : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/11/hah-bohong-lah-lagi-yeop.html

    ReplyDelete
  2. Berjiwa besar ke nak tanggih simpati sebab kebodohan sendiri.
    Macam mana tak di kata bodoh, sebab nak selamatkan diri maka dikaitkan lah konon nya ada orang Zaid dan orang Muhyidin nak tarik dia keluar PKR.
    Cerita kat budak darjah satu bolih lah tetapi tak tahu la pula kalau ramai ahli PKR bolih percaya cerita macam ini.
    Nasib baik saya bukan Presiden kalau tidak saya hantar sahaja dia ke pejabat Muhyidin!!!

    ReplyDelete
  3. Syabas Mus, lepas ni rapatkan saf untuk kita mara hancur leburkan UMNO BN

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH MUSTAPHA... MARILAH KITA RAPATKAN PERMUAFAKATAN KEMBALI DAN BERSATU MENGHANCURKAN UMNO/BN... SHARPSHOOTER PUN LUPAKANLAH PERKARA YANG LEPAS, MUSUH KITA UMNO/BN...

    ReplyDelete
  5. Tidak nafikan penyokong Zaid hubungi ahli-ahli supaya tinggalkan PKR. Sila hubungi saya.

    ReplyDelete
  6. Sharpshooter tahu mcmmana nak hubungi saya..

    ReplyDelete
  7. saudara Sharpshooter dan Onn...

    seseorang yang hebat merupakan seseorang yang berpegang kepada kata dan juga perbuatannya. Jika kata dan perbuatan berbeza maka seseorang tiada pendirian...

    saudara-saudara perlu ingat, yang menentukan kedaulatan sebuah negara bukanlah pemimpin tetapi rakyat.. mereka berhak memilih pemimpin dan mereka juga berhak mempertikai pemimpin jika pemimpin berkenaan gagal dalam tugasnya mempertahankan prinsip dan hak ahlinya.

    Jangan jadi seperti seseorang yang tiada berpendirian.. Cakap lain tapi dibuat lain. Tak konsisten. seeorang yang tiada konsisten tidak boleh menjadi pemimpin kerana mudah berubah. Rakyat tidak akan mempercayainya...Hatta Anwar sekali pun jika dia tidak konsisten dan tidak boleh diharapkan memperjuangkan isu rakyat (paling utama) maka dia perlu diketepikan secara terhormat. Ini kerana parti politik bukan hak peribadi tetapi hak rakyat walaupun beliau adalah pengasasnya. Contoh seperti apa yang berlaku kepada Dato Onn..

    Kita memerlukan pemimpin yang tegas dan berpendirian. Tidak kira samada dia seorang yang lama atau baru. Kita perlu Lihat kredibilitinya dan bukan berapa lamanya dia berkhidmat. Saya mengatakan secara umum dan bukan ditujukan kepada sesiapa.

    Oleh itu jadi ahli yang optismitik, profesional dan berpengetahuan! Jangan main ikut sahaja. Saya mengharapkan saudara Sharshooter dan Onn memahaminya..

    Apa bezanya PKR dengan UMNO jika perkara ini ada dalam parti?!

    Achmad Abdollah
    notoracist@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Achmad
    You are right, unfortunately I see all that you said in Najib's character and personality more than I see in anybody else. This is why he has to be removed.

    ReplyDelete
  9. Tertarik tulisan sdr Achmad, boleh beritahu saya ihsan yg kerdil ni insan contoh dan organisasi contoh yg konsisten..! Ingin juga belajar dan memahami secara jujur..!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.