Tuesday, November 16, 2010

'Pengundi hantu' - mengapa JPP tidak bertindak

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bukan sahaja dilanda wabak sindrom penafian dan sindrom bisu, malah turut dilanda wabak sindrom pekak?

Mungkinkah kecamanan seperti ini yang diperlukan oleh JPP Parti Keadilan Rakyat untuk menggerakkan Jawatankuasa itu agar mula bertindak dengan tegas dan adil?

Kelembapan ini begitu ketara apabila sehingga kini tiada tindakan konkrit diambil oleh jawatankuasa terhadap senarai panjang aduan yang dibuat oleh ahli parti semenjak peringkat pencalonan dan kini pusingan keempat hampir tiba.

Kelembapan JPP bertindak akhirnya telah mendorong Ketua AMK Rasah, Zamri Vinoth dengan sengaja menonjolkan dirinya sebagai 'pengundi hantu di siang hari' bagi menarik perhatian JPP tersebut.

Sengaja mahu dipanggil JPP

"Sememangnya saya lakukan sendiri untuk ditahan dengan harapan dipanggil untuk siasatan dan ini peluang terbaik berdepan dengan JPP dan membangkitkan banyak kepincangan yang terancang," kata Zamri Vinoth dalam satu kenyataan medianya semalam.

Bagaimana pun beliau kecewa apabila tidak dipanggil mengadap JPP walaupun setelah dua minggu dari peristiwa 'tangkapan' tersebut berlaku.

JPP mahu pengakuan arahan Chegu Bard dan dibayar

Sebaliknya, beliau telah menerima panggilan telefon dari JPP yang cuba mendorong beliau membuat pengakuan palsu yang bertujuan memburukan imej calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin.

"Namun setelah dua minggu saya menanti tidak ada sebarang panggilan untuk saya mengadap JPP kecuali beberapa panggilan telefon dari JPP.

"Ada juga yang menelefon saya meminta pengakuan saya melakukan kerana diarah atau dibayar oleh chegu Bard," kata beliau.

Panggilan berbaur ugutan oleh JPP

Tidak menghairankan profesionalisme anggota-anggota JPP yang dilantik ini diragui oleh ahli partinya sendiri apabila salah seorang JPP yang menghubungi Zamri turut menghamburkan kenyataan berbaur ugutan.

"Dalam perbualan saya dengan salah seorang JPP dimana JPP itu tidak dapat menjawab beberapa persoalan yang saya bangkitkan, sebalik mengecam dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

“Vinoth, you better watch out!” Selepas itu terus meletak telefon dan terus tidak menjawab panggilan dari saya lagi," menurut kenyataan Zamri itu lagi.

Beliau turut mempertikaikan kenyataan calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan keputusan di Cabang Tampin yang menyebelahi Chegu Bard sebaliknya hanya mendiamkan diri terhadap keputusan cabang lain yang menyebelahinya dalam margin yang sama.

Untuk rekod, sehingga kini keputusan undian dengan margin meragukan di cabang-cabang lebih banyak memihak kepada Shamsul sendiri.

Malah, keputusan terbaru di beberapa cabang di Sabah, seperti Cabang Batu Sapi yang mencatatkan kemenangan bergaya Shamsul, 509 undian berbanding hanya 86 undian memihak kepada Chegu Bard.

Jumlah undian di Cabang Batu Sapi dianggap mengejutkan dan luar biasa jika dibandingkan kesukaran jentera pilihan raya Keadilan untuk mendapatkan PACA (agen pengundian, agen pengiraan) ketika PRK yang baru berlangsung baru-baru ini.

Dalam kenyataan akhbar tersebut, Zamri turut mendedahkan penyelewengan yang berlaku ketika pencalonan dan pengundian di Cabang Tampin, Kubang Pasu dan Kota Raja.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

8 comments:

  1. TUAN,

    SANGAT TAK FAHAM KENAPA BERJUANG DI ATAS KAPAL YG SALAH , PENUH BERMASALAH , YG TEROK MENGAMALKAN PENIPUAN , KRONISME DAN YG SANGAT PENTING SEKALI KAPAL INI SEKARANG SEDANG MULAI HENDAK KARAM !

    ReplyDelete
  2. Saya juga tidak mengerti kenapa di saat-saat Bard ketinggalan sidang media ini dibuat??

    Adakah disengajakan?? Adakah ini satu bentuk serangan peribadi ke atas calon yg lagi satu?

    Jika sebelum ini pertandingan merebut jawatan AMK Pusat dilihat profesional dan kekeluargaan.. Sidang media ini telah mencemar apa yg cuba ditonjolkan AMK... Jadi buang masa apa yg diperkatakan Bard dalam Astro Awani semalam...

    ReplyDelete
  3. andakmaon...

    kapal ni xsalah...cuma silap skit sbb kapal ni belayar nk cuba masuk tempat yg baru jd mstilah tersesat skit..tp xda msalah..klu sesat jln blh brtanya...bla dh expert kawasan ni blhla kita takluk...kami datang,kami lihat dan kami takluk Malaysia..untuk menghapus penjajah baru kita UMNO-BN.
    Hang kena tgk kapal mana yg nk karam..Andak Maon...

    ReplyDelete
  4. Alasan xblh pakai..

    blhke ketua AMK rasah ni pegi menyamar jd pengundi hantu..klu dia menyamar kesannya jd mcm nilah..JPP n shamsul mestila ingat chegubard yg wat...kan dh kena pd chegubard..org2 chegubard ni biarla wat 2 guna otak skit..benda2 mcm ni kenala pkir baik buruknya..adalah lbh baik ketua AMK rasah ni memantau prjalanan pemilihan ini dan membantu JPP dlm pemilihan di cabang2..cara anda xpuas hati adalah cara salah...

    ReplyDelete
  5. sangat kesal dgn apa yg berlaku..mudah saja..yg salah tetap salah..no kompromi...
    bukan soal bard atau sam...

    ReplyDelete
  6. Apa cerita nie nak uji system, nak uji integrity, nak uji ketegasan, nak uji kesabaran JPP nie???? what is your point zamri??? system & integrity imegresen malaysia pun senang orang kelentong....rekod masuk-keluar Altantuya erased, RPK keluar malaysia pun imigresen tak tahu...so apa yg nak diuji JPP PKR nie. Are you expecting a full proof system... you must be joking!!! dah jangan dok buat kacau dah, if you don't like pkr you can always join dap, pas...umno pun boleh!! this is free country. macam saya tak terikat mana2 pun but I hate to see people like you, up so high ranking in pkr, just kerana nak pertahan individu tertentu, sanggup membawa risiko kepada perjuangan menegak kebenaran dan keadilan. Please re-direct your cannon to umno, that is the party that must be destroyed at all cost. orang melayu penang dah cekup tertipu dan tergadai oleh pemimpin2 munafiq umno.

    ReplyDelete
  7. Hoiii..Sudah22 lah Tu Rimaih la!!

    Ni tengok Perak PAKATAN duk aim benda yg lebih jauh lagi; kalaulah semua negeri especially Johor, Pahang, Perlis dan Sabah macam PAKATAN Perak dah lama dan BN frust menonggengg:

    Perak Pakatan ready for snap polls, says Ngeh
    By Clara ChooiNovember 17, 2010AYER TAWAR, Nov 17 — Perak Pakatan Rakyat (PR) has finally recovered from its bruising fall from government last year, declaring itself ready to take on the Barisan Nasional (BN) should snap polls be called soon.
    Unlike in other states, the PR pact in Perak is said to be the most cohesive of the lot, bound together by the year-long constitutional impasse that rocked the state following BN’s infamous power grab in February 2009.

    In an exclusive interview with The Malaysian Insider, newly re-apppointed Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham said that since the power grab, all state PR leaders and members have been working themselves to the bone to ensure another victory in the next general election.

    “Our PR brothers are very close here in Perak, not just because of the crisis but because we have very good, sound, matured and very capable leaders.

    “And yes we are [ready to face elections]. In fact, we have been on election-mode since the power grab. And now that the election can be called anytime, we are ready.
    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/perak-pakatan-ready-for-snap-polls-says-ngeh/

    ReplyDelete
  8. satu lagi insiden yg memalukan parti. dah pengundi hantu, gunakan pelbagai alasan.

    yang ini chegubard sanction atau tidak ni?

    saya tidak bersama dengan chegubard atas alasan ini lah: orang disekeliling dia ni kolot, kasar dan tidak menghormati adab. si zamri ni salah satu contoh.

    perangai dangkal. hujah dangkal.

    akhirnya semuanya menunjuk kepada ketua mereka chegubard, yang kong kali kang macam tu jugak. kalau chegubard menang, orang2 yang mentaliti samseng kampung inilah yang akan diangkat, contoh2 si saufi kaki samseng, si edy pemfitnah no 1 terhadap parti.

    Chegubard kena paham sebab itu dia ditolak ahli2 AMK dan parti - dia tidak ada disiplin, orang dia tidak ada disiplin. Atas kegilaan nak tonjolkan dia hero rakyat, nampak dia hilang kawalan.

    Mungkin Abg Din boleh nasihat dia?

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.