Monday, November 01, 2010

Silap Data ..Azmin pula di atas

Keputusan rasmi kali ketiga dikeluarkan hari ini termasuk penjelasan pada sidang media menunjukkan Naib Presiden Azmin Ali pula mendahului saingan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat.

Selepas menyaksikan situasi peratusan keluar mengundi yang rendah sepanjang tiga hari pertama, pemilihan kali pertama menggunakan sistem pemilihan langsung ini berhadapan kesilapan keputusan rasmi awal.

Azmin, Ahli Parlimen Gombak, memperoleh 3,051 undi manakala Datuk Zaid Ibrahim diumumkan hanya menerima 2,529 undi manakala seorang lagi calon, Mustaffa Kamil Ayub, yang juga Naib Presiden Keadilan, mengumpulkan 1,149 undi.

Mengumumkan perkara itu tengah hari ini, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, perubahan kedudukan adalah ekoran kesilapan manusia dalam memasukkan data keputusan.

“Ia kesilapan manusia,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat keadilan di sini hari ini.

Perubahan kedudukan termasuk yang diumumkan Saifuddin adalah yang ketiga sejak pagi tadi.

Keputusan yang diperoleh dari laman web PKR sekitar 10 pagi menunjukkan Azmin mendapat 3,051.

Ketika itu, Zaid mendapat 3,683 undi manakala Mustaffa pula 1,241 undi.

Kira-kira setengah jam selepas keputusan itu disiarkan, jumlah undi diperoleh Mustaffa meningkat 30 menjadi 1,271.

Sharpshooter - Mengapa sampai perlu buat sidang media?

Keputusan di sebelah kiri ini diambil sebelum sidang media diadakan. Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas.

Kita selalu kecam SPR kononnya tidak telus tetapi mengapa wakil calon atau calon tidak diberi salinan keputusan rasmi pemilihan dicabang?

Jika dalam pilihanraya, PACA (Poling Agen Counting Agen) selalu diingatkan tentang pentingnya Borang 14 ditandatangani oleh pegawai SPR di setiap tempat mengundi untuk dijadikan rujukan supaya tidak berlaku penipuan oleh SPR.

Sepatutnya dalam pemilihan Keadilan 2010, perkara yang sama patut diamalkan. Maknanya wakil calon wajib tandatangan keputusan rasmi pemilihan di cabang dan satu salinan keputusan rasmi wajib diserah kepada wakil calon.

Sharpshooter sudah tiga hari berturut-turut menjadi wakil calon tetapi malangnya ada tempat yang pegawainya tidak mahu tandatangan salinan keputusan rasmi yang diusahakan atas inisiatif wakil calon sendiri atas alasan beliau tidak mendapat arahan pusat.

Apa jaminan tidak ada "tangan ghaib" yang akan mengubah keputusan sedangkan wakil calon atau calon dinafikan haknya untuk mempunyai satu salinan keputusan rasmi di setiap cabang?

Sharpshooter bukan sahaja mahu melihat keadilan tetapi sharpshooter mahu melihat keadilan itu terlaksana. Bukan susah sangat pun untuk memberi satu salinan keputusan rasmi di setiap cabang kepada wakil calon atau calon supaya pertikaian tidak berlaku.

Teguran ini hanya untuk menambahbaikkan Parti Keadilan Rakyat. Inilah satu-satunya parti yang berani membuat perubahan besar dengan memberi setiap ahli satu undi untuk memilih Pemimpin di semua peringkat.

Kepada semua pegawai dan pihak sekretariat yang menjalankan tugas dengan amanah, sharphooter ucapkan syabas dan tahniah.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

9 comments:

  1. kita xblh berfikiran negatif...setiap manusia ada kesilapannya...klu asyik dok pkir ada tangan ghaib jer...baik xpyh wt pemilihan..atau nk lbh adil letak wakil pas or DAP untk memantau n wat kiraan..bru betul2 adil..xpun kita panggil badan pemantau pilihan raya (MAFREL)..sbb asyk dok xcaya jer...sng citer...

    ReplyDelete
  2. bukan fikiran negatif tetapi teguran untuk tambah baikkan parti...

    bukan susah pun bagi salinan rasmi kepada calon di setiap cabang

    ReplyDelete
  3. salam
    Do you have any idea the kind of damage already done!!!
    Orang dok tengok PKR ni flip-flop,tak consistent, hanky-panky, kalau PKR ingat buat press-con, terbit dlm buletin utk kata "tersilap data" kemudian ubah keputusan dan lepas tu settled....you are way too wrong. mungkin bagi orang yg mengumum dia dah settle tapi bagi audiance yg mendegar...macam2 soalan dok main kat otak..macam saya kata diatas tadi. Audiance ni adalah pengundi di PRU13 nanti. Tolong fikir-fikirkan!!

    ReplyDelete
  4. Aku setuju dgn cadangan Din Binjai... tapi, masih boleh dimaafkan kerana ini pemilihan pertama bukan sahaja buat PKR, tapi parti politik pertama dalam Malaysia. Sesungguhnya pemilihan ini ada byk cacat cela yg boleh diperbaiki. Betullah kata Chegu bard.. Perjuangan Adalah Perlaksaan Kata2. Tapi bagi aku pulak, jika hanya pandai berkata2, jadilah mcm MORON...

    ReplyDelete
  5. bukan apa bagi zaid seronok sat..kita tengok siapa yang sharp dan sapa yang tumpui..

    ReplyDelete
  6. Biasalah..bukan soal siapa menang siapa kalah...tapi soal nak bagi tambah elok saja..

    yg pertama kali..pasti ada kelemahan..jadi kita perbetulkan saja yg tak betul..

    ReplyDelete
  7. Kita sentiasa laung-laungkan berlaku adil disana sini..! Ketelusan sana-sini..! Amalan tegur pun kita minta dimarahkan disana sini..!

    Berdosakah kalau org nak menegur..!
    Itu baru Din Binjai tegur..!
    Kalau Allah tegur...!!!!

    ReplyDelete
  8. silap data ka silap mata?

    ReplyDelete
  9. klu pusat boleh silap, hantaq la lagi salinan jumlah undi bukanya apa...perjalanan penang-KL bkn sekelip mata macam2 boleh jadi. klu X nak ahli buat macam2 andaian. yg bertugaspun bukanya pro zaid semua

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.