Friday, November 19, 2010

Soi Lek sakit mental....

Harakahdaily

IPOH, 18 Nov: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dianggap sudah kurang siuman apabila mempertikaikan kedai ditutup pada hari cuti umum, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.

“Harap dia jumpa doktor pakar untuk periksa tahap mental dia,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden MCA itu yang sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di laman twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis menyiasat Chua kerana kenyataannya itu ada unsur melaga-lagakan antara muslim dan bukan muslim.

“Tidakah Chua sedar bahawa Hari Raya Haji adalah cuti umum,” katanya.

Khalil juga menuntut Chua memohon maaf secara terbuka dengan kenyataan biadabnya dan memberikan penjelasan yang sebenarnya, apakah maksud kenyataannya itu.

"Kenyataannya menimbul keresahan dalam masyarakat," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam dan bukan Islam mesti membantah sikap Soi Lek itu yang mempertikaikan amalan biasa yang sudah lama diamalkan yang menggambarkan toleransi beragama.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyifatkan tindakan Chua itu menggambarkan dan membuktikan bahawa parti MCA dan dirinya sendiri sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia.

"Juga membuktikan bahawa BN bukan lagi wadah yang sesuai untuk menyatupadukan masyarakat," katanya lagi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. Publisiti murahan sebegini selalu dilakukan oleh para artis tak kala populariti semakin menurun. Teringat kisah seorang artis yg bintang makin malap mengatakan bahawa beliau teringin melakukan seks dgn 6 org lelaki sekaligus. Terus saja lepas tu mendapat tawaran rakaman album baru. Tolong sesiapa yg ada fund kasi budget skit kat dia buat filem porno baru.

    Mana dia Zul Kulim, Perkasa, Geng Kepala Lembu dan lain-lain pihak yg kononnya lebih Islam dari Islam? Tak nak beri statement ka atau nak tunggu org lain buat dulu baru nak mengikut?

    Wakakakakakakaakakakakakak.................

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn pandangan saudara Khalil Idham, Soi Lek sakit mental kerana nak tuduh tak paham tidak mungkin. Sebabnya dia lahir dan dibesarkan di Malaysia dan umur pun dah senja (tapi masih boleh berlakon adegan seks)takkan tak tahu lagi 'adat resam' sambutan eid adha negeri2 di Malaysia.

    Kadang2 kita tidak mahu timbulkan isu sesetengah manusia jahil seperti ini tetapi mereka bersorak gempita kata mereka rakyat Malaysia yg kononnya dah bergenerasi di Malaysia!!

    ReplyDelete
  3. mcm2 sakit dia ne...dulu sakit kote dah cure dah tibai kt hotel lani mental pulak dah, tp takpa bn sayang

    ReplyDelete
  4. Sengal betul la Soi Lek ni..dia tak tau ke kat Batu Pahat, Johor pun banyak kedai tutup masa Raya Haji..sengal..sengal...sengal...

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.