Friday, December 10, 2010

52% kecewa dengan Keadilan

Liputan negatif media ke atas krisis dalaman Keadilan yang berlaku ketika pemilihan parti itu bulan lalu memberi kesan ketara terhadap keyakinan awam kepada parti itu dan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bancian yang dijalankan oleh Universiti Malaya.

university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkr 02Menurut bancian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor itu, 52 peratus daripada 1124 responden berkata konflik dalaman telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan Keadilan

university malaya survey on pkr 091210 anwar relevenceBerikutan trend itu, 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk mengundi atau tidak Keadilan pada pilihan raya akan datang.

Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Mereka termasuk pengundi di kerusi yang dikuasai oleh Keadilan, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.

university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkrDaripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan Keadilan daripada akhbar arus perdana dan media elektronik.

Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita.

Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti.

"Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan Keadilan tidak berkesan,” petik laporan bancian itu.

Sharpshooter - Anwar dan Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat tidak harus pandang ringan dan ambil mudah dengan bancian yang dibuat oleh Universiti Malaya. Jika kenyataan tersebut datangnya dari mulut najib, mat sembab atau khairy dan kuncu-kuncunya, bolehlah ia dianggap sebagai propaganda murahan politik umno b-end.

Ambil iktibar dari apa yang berlaku dalam pemilihan Keadilan 2010, jangan buat pekak dengan segala aduan dan laporan, jangan dibakul sampahkan segala aduan, jangan dilanda sindrom 'NAFI', jangan selalu kata kita akan siasat tapi tunggu siasatan bagai punggok rindukan bulan, jangan asyik kata kita akan siasat tetapi badan siasatan pun tidak ditubuhkan, jangan selalu dibuai mimpi indah ke Putrajaya.

Dalam masa yang sama sharpshooter tidak pernah lupa musuh utama umno b-end dan matlamat menawan Putrajaya tak pernah hilang dari fokus dan akan terus serang umno b-end tetapi dalam masa yang sama juga Keadilan kena siasat seadil-adilnya sesuai dengan nama Parti Keadilan Rakyat.

Jika keadilan tidak dapat diberi kepada ahli Keadilan, apakah mungkin keadilan dapat diberi kepada rakyat?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

11 comments:

  1. xpela...brsabar jela...semua parti politik ada krisis dalaman cuma skg brgantung pd cara pemimpin kita selesaikan..YB saifuddin pn dh bg jaminan lg semalam..Disebabkn byk sgt aduan kita bg masa 5-6 bln utk mrk selesaikan..

    ReplyDelete
  2. biasala menda baru....
    mesti ada kepincangan... sabar2la ba...
    PERSOALAN?
    KENAPA UMNO TAK BUAT PEMILIHAN?
    KENAPA CHUA SOI LEK MENGHENTAM UMNO DALAM KOVENSYEN BN?
    MEDIA TV AKHBAR SAPA PUNYA?
    KENAPA ORANG UMNO TAK BURUKKAN UMNO?
    KENAPA ORANG BN TAK BURUKKAN ORANG BN?

    gua rakyat biasa hanya ada laptop n broadband tuk bantu PAKATAN RAKYAT.

    TAPI KALO KORANG NAK JUGA SALAHKAN ANWAR DAN KEADILAN TERSERAH KORANG...

    KALO BERANI JANGAN UNDI PAS DAP PKR PRU13...

    BIAR BN MENANG SEMUA PILIHANRAYA... TAK PERLU ADA PEMBANGKANG MENANG?
    BERANI?

    GUA BERANI KERNA GUA MEMANG DA KAYA... GUA TAK KISAH....

    TAPI BAGI GUA PEMIMPIN ANWAR SELURUH NEGARA DA KENAL KEHEBATAN DIA...

    KENAPA ASYIK MEMPERSOALKAN SAJA KREDIBILITI ANWAR....

    GUA CKP NGAN KORANG...
    JANGAN SAMPAI ANWAR MERAJUK PUTUS ASA DAHLA...
    BARU KORAN MENYESAL....
    GUA TAK MENYESAL...
    GUA DA STANDY EMAS, TANAH, TANAH SAWIT APA SAJA KEMUNGKINAN...

    YANG KAYA RELAKS LA...
    YANG MISKIN... MAMUIHLA SAPA SURUH MISKIN...

    SEKADAR RENUNGAN...
    OKB SABAH.

    ReplyDelete
  3. SEMUA ANDA BERHAK MENEGUR KERANA ANDA MAHU KEPADA PERUBAHAN. TEGURAN pkr KENA AMBIL PERHATIAN DAN LAKUKAN SIASATAN KERANA MASIH ADA DIANTARA AHLI pkr YANG MASUK pkr UNTUK AMBIL KESEMPATAN.ADA KEMUNGKINAN MEREKA YANG BERTANDING JAWATAN ATAS DASAR MAHUKAN KUASA BUKAN UNTUK KEBAIKAN MASYARAKAT UMUM.
    PERUBAHAN PERLUKAN MASA.BERI MASA DAN PERBAIKI PARTI.

    ReplyDelete
  4. Jangan sampai rakyat cakap PKR lebih buruk dan penipu dari UMNO!!
    Semua berangan2 nak dapat jawatan kalu2 lah PAKATAN menang PRU 13..masalah dah cukup kuat ke PKR dgn sokongan org Melayu, Cina dan India dan Kadazan, Dusun, Iban, Orang Asli??
    Jangan berangan2 tapi diri sendiri tak mau perbetulakan kesalahan dan terima teguran orang!!Ni lah beza ahli Keadilan dgn ahli UMNO..kalu UMNO depa diam, tapi org Keadilan, depa tak takut nak teguq pemimpin depa..sebab jawatan semua tu bukan milik depa pun!!Saya sokong Chegu Bad dan Sharpshooter!!

    ReplyDelete
  5. Hello UMNO-BN dok nga-nga buat apa lagi....Let's have election tomorrow. Sure menang punya bukan kata BN akan dapat mempertahankan 32/3 majoriti malah semua negeri PR termasuk kubu kuat Kelantan akan jatuh ketangan BN. Kenapa BN akan menang dengan begitu besar?.....Kerana utusan, NST, TV 1,2,3,7,9,501,502 hari2 dok kata betapa teruknya PR terutama PKR sebagai organisasi yg paling haprak bukan saja di malaysia tapi di dunia. Di pimpin oleh manusia yg paling corupt.

    ReplyDelete
  6. PKR = Peliwat , Kehancuran dan RakusFriday, December 10, 2010 7:55:00 PM

    kah kah kah...semua cakap mcm letak otak hgpa kat kepala lutut..buta perut punya penyokong pkr..hgpa tau tak parti hgpa tu dah nak lingkup..duk pikiaq apa lg..hgpa pkiaq p juai cendoi la...punya bahlol hgpa masih ada kepercayaan kt kaki penipu dan peliwat...tuan blog ni pun takda beza..nak ckp pasal orang BN, hg tu p btui diri sendiri la...jgn duk curi bini orang..kah kah kah...berhenti berharap la hgpa nk p putrajaya...hgpa punya target patut p kamunting atau sg buloh..lagi chantek tempat dia..sesuai untuk peliwat2 pkr duk sana...kah kah kah....

    ReplyDelete
  7. ha..ha. ada juga belaci cybertrooper umno(pkr=liwat) yg dok buloq lalayari laman nie. laman blogger umno dah lama tak update dan sunyi sepi. hang nie kalau bodoh piang diam2 sudahlah, dok pukul canang seanterio dunia buat apa.kan aku dah kata kalau dok yakin sgt rakyat lani dah syok kat bn dok tunggu apa lagi... buatlah pilihan raya....takut2 hampa dok syok sendiri kot!
    Belaci umno macam hampa cuma tau 2 benda saja...1- maki dan 2- mencarut. Ikutlah ketua hampa yg sampai hari ni belum lagi dapat bersihkan nama dia dengan mongolia, kapal selam, sukoi macam2ada

    ReplyDelete
  8. 7:55
    celaka puya toksin busuk,tak payah maki hamun bro buto tak tegang masih ada nak kair makwe org,ini cerita liur basi,haprak dgn blogger tak pe jgn cari sekangkang bangkai najis dok kumpul2 kat Putra jaya,pencacai2 umnogok dok sedut bau...kalau dah kuat betul pe pru13 nak tengok siapa tersungkur...gelaran bodo tu dah cukup jgn bodo keldai....

    ReplyDelete
  9. Marah nampak Bang...

    Tapi hang baru kena tipu dengan JPP.. aku ni kena dengan Presiden dan Ketua Umum terus..

    Tapi tak apa.. aku bersama PKR bukan kerana Anwar..

    ReplyDelete
  10. PKR = Peliwat, Kehancuran dan RakusSunday, December 12, 2010 10:01:00 AM

    kah kah kah..cakap sikit dah melenting..nampak sangat mentaliti org2 pkr...malaysian, awatla hg ni bengap sgt..mongolia tu cuma direka crita..awat skrg dlm ceramah, pkr tak bawa langsung crita mongolia..sebab dah tau tk btul..tu la aku kata, ketua hgpa ni mmg pandai putar belit..janganla duk percaya putar belit dia....kat penyokong sendiri pun dia boleh tipu seperti dikatakan anak sungai derhaka, apatah lagi rakyat2 jelata...tahniah aku ucapkan kepada anak sungai derhaka kerana telah merasa ditipu oleh nuar dan azizah...terpulang kepada saudara nak duk dalam parti mana....alhamdulillah, saudara anak sungai derhaka tau nuar dan azizah tu PENIPU dan PUTAR BELIT !!!Sedarlah orang2 karat nuar dan azizah...berhentila menipu rakyat..

    ReplyDelete
  11. kpd PKR~ 10:01

    skrg2nya Anak Sungai Derhaka berani berkata dan penyokong PR bkn sokong individu tp perjuangan. Kalo takde Anwar ke apa ker, PKR tetap bergerak jgk. Cuma tak tahulah kalo BN/UMNO kalah xda kuasa. Sure jd sasau punya. At least tak mcm BN/UMNO tu, jd yes man jer...chicken. Bising skit kena cantas..apa kata bos korang smua betul.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.