Saturday, December 04, 2010

Gantung tanpa bela diri bukti dakwaan apco itu benar

ai-apco1PETALING JAYA 3 Dis - Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ura-ura Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang bermesyuarat hari ini untuk menggantung beliau daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat satu tindakan yang melampau, memeranjatkan serta tidak wajar dibiarkan berterusan.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah berjanji untuk memberikan perbicaraan yang adil serta dibenarkan membela diri dengan hujah dan bukti beliau.

"Apabila saya dirujuk ke jawatankuasa itu, Speaker berjanji perbicaraan adil dengan segala dokumen dibenatngkan dan saya akan dibenarkan membela diri dengan fakta-fakta.

"Namun, sekarang, ini tidak dilakukan. Ini adalah ketidakadilan dan satu titik hitam dalam sejarah Parlimen kita dan di antara Kesatuan Antara Parlimen.

"Jawatankuasa hak akan memanggil sesiapa yang perlu, dokumen yang penting baru bawa rekomendasi. YB Ipoh Timur, Kit Siang bangkit lagi bersama Balik Pulau dan lain-lain. Ini jawapan Speaker.

"Bila seorang itu dirujuk, ahli yang berhormat demikian akan dipanggil oleh jawantankuasa mengemukakan keterangan," jelas beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang tadi.

Menurutnya, terdahulu beliau hadir ke mesyuarat jawatankuasa pada 8 Jun lalu dan kemudian ditangguhkan tanpa pihaknya memberi sebarang jawapan lisan pada prosiding tersebut.

"Saya sehingga hari ini tidak dipanggil walaupun dalam agenda mesyuarat, saksi dipanggil dan dalam keterangan di parlimen bila diulang kerana usul itu bunyinya dihukum," kata Anwar.

Tindakan pengantungan itu mula dibincangkan dikalangan anggota Dewan Rakyat Barisan Nasional setelah Anwar mendedahkan semasa perbahasan Parlimen Mac lalu berhubung hubungkait konsep 1Malaysia yang dicernakan oleh firma komunikasi pro Zionis Israel, Apco Worldwide yang juga mencipta konsep One Israel untuk Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

"Ini mengesahkan tuduhan saya selama ini bahawa Apco itu begitu berkuasa. Satu surat dia boleh batalkan keterangan saya dan semua dokumen yang akan saya kemukakan.

“Saya siapkan bersama Puan Ambiga dan kakitangan semua dokumen termasuk perjanjian Apco dengan Myteams, 4 Ogos 2009. Saya siapkan beberapa dokumen lain untuk dibentangkan dan beberapa keputusan yang penting tentang kedudukan syarikat berkenaan. Tapi jawatankuasa parlimen menafikan hak saya sebagai ahli parlimen yang tertuduh.

"Saya bukan sahaja kesal tetapi membantah cara yang sedemikian menghina Parlimen dan mengaibkan kedudukan dan kemuliaan Parlimen," tegas Anwar.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang turut hadir pada sidang media itu berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah bermesyuarat hari ini tanpa agenda khusus di mana sepucuk surat dari Apco bertarikh 19 Ogos dibincangkan.

"Tiba-tiba Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim menggerakan usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn," katanya.

"Turut hadir adalah Ahli Parlimen (Subang Jaya) R Sivarasa dan kami membuat protes. Saya persoalkan mengapa tergesa-gesa dan jawapan Razali adalah mengapa tidak?” katanya.

Mendengar respons sedemikian dari Razali, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama Sivarasa mengambil keputusan mesyuarat tersebut sebagai tanda protes.

Ditanya bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap langkah jawatankuasa tersebut, Karpal menjelaskan setakat ini beliau belum mendapat maklumat terkini mengenai mesyurata itu dan akan menunggu keputusannya kelak.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dianggotai Pandikar Amin, timbalannya, Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh, Sivarasa, Nancy Shukri, Chan Onn dan Razali.

Parlimen akan bersidang semula untuk sesi baru bermula 7 mac 2011.

Sharpshooter - Baru ku tahu rupanya gantung tanpa bela diri rupanya tindakan ala APCO :-)

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. kah kah kah kah...kata kat org diri sendiri yg lebihhhhh...kah kah kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. ....rencana diatas adalah yg tersurat, komennya pula macam ada yg tersirat..harap dapat dijelaskan lagi. keadaan gawat politik hari ni kita tak mampu lagi bermain teka-teki, kalu tanya kat 10 orang kita akan dapat 10 jawaban dan tafsiran.Belaci2 cybertrooper umno cekup suka bola tanggung macam nie.

    ReplyDelete
  3. Tanya hijat panjang, dia tahu apa citer sebenarnya...

    ReplyDelete
  4. haha..kena kat diri sendiri baru tau. Org yg kena tindakan lbh krg camtu, tk rasa apa2 ke?

    Samalah dgn kata bidalan;
    "Kata Dulang,
    Paku Seqepih,
    Kata Orang,
    Dia yg Lebih"

    ReplyDelete
  5. Anwar memang pandai kelentong.

    Keputusan pemecatan atau pun tidak belum diumumkan, tapi dia dah heboh seluruh alam.

    Kaki penipu lah lu Nuar!

    ReplyDelete
  6. tanpa nama 4:41
    awat hang nie bangang sangat. kalau dah dibicara tanpa di panggil anwar bela diri, hang ingat tujuan depa bicara anwar tu nak puji dia ka?awat bodoh sangat. tindakan anwar yg mengumumkan jangkaan dia di gantung parlimen tu adalah tepat. sekurang2-nya rakyat dah tahu outcome yg bakal di umumkan.. jadi lepas ni apa nak suprise lagi. kalau mahkamah malaysia pun umno tibai sampai lesu dan tak bermaya lagi untuk menegakan keadilan inikan pula mahkamah parlimen yg terdiri dari mp bn yg terlalu berdendam dengan anwar. hampa orang umno betul2 telinga pekak, buta mata dan buta hati. semoga allah swt memberi hidayah untuk menilai kebenaran, jangan dok asyik maki dan mencarut saja.

    ReplyDelete
  7. Tahun lalu sharpshooter, ketua amk wilayah mat zaman tasi dan beberapa amk lg kena gantung 6 bulan, mereka semua d gantung tanpa dpanggil utk mbela diri. Sharpshooter sbb muncul d tv3 kes fairus, dia d gantung sbb muncul d tv3 tetapi apa yg didedahkan adalah benar. Ketua amk wilayah sebab kes dgn nurul izzah dan yg lain kes bbeza tp yg pasti semua d gantung tanpa d panggil bela diri. Apapun sy respect pd sharspshooter dan ketua amk wilayah, mereka tak pernah bhenti dari bjuang..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.