Monday, December 27, 2010

Pertahan Prinsip - Anwar tetap kereta kebal terbaik


Kenyataan Media

27 Disember 2010

21 Muharram 1431h

MENOLAK LANTIKAN TSUA KEADILAN DAN MENANTI KEPUTUSAN DAN TINDAKAN SIASATAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada Yg Berbahagia Datuk Seri Dr. Hjh Wan Azizah Bin Dato’ Hj Wan Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat pada 18 Disember lepas telah membuat pengumuman dengan menamakan saya selaku Timbalan Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat.

Seperti yang saya katakan dari awal apa juga jawatan yang diberikan saya anggap ia merupakan amanah besar . Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup memanipulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu melakukan apa-apa serta gagal memikul amanah dan hasrat perjuangan rakyat.

Seperti yang dijanjikan saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dan mengambil pandangan dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya. InsyaAllah.......

Namun setelah berfikir panjang, saya ingin memohon maaf kepada Dato Seri Dr. Presiden KEADILAN dan teman-teman yang lain kerana saya terpaksa menolak lantikan tersebut.
Penolakan ini adalah atas prinsip dan pengiktirafan Pemilihan Keadilan 2010 akan hanya dibuat setelah hasil siasatan pemilihan dilaksanakan dan dimaklumkan kepada saya.

Saya ingin nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan - aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan KEADILAN 2010. Saya akur dengan nasihat YB Setiausaha Agong agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2 minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung.

Namun juga saya ingin pertegaskan saya akan terus berjuang memperkasakan rakyat demi perubahan negara. Jadual saya saban hari masih penuh dengan aktiviti parti dan bersama rakyat mendesak perubahan.


Saya sayang parti ini dan kerana sayangkan parti inilah saya tegur, saya sayangkan negara ini
dan kerana sayangkan negara inilah saya ingin pastikan KEADILAN menjadi sesempurna mungkin sebelum memasuki Putrajaya.

Saya masih yakin demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN belum mati (tetapi mungkin gering teruk), namun untuk memastikan keadilan, demokrasi dan ketelusan dalam KEADILAN subur mekar maka kita perlu keberanian mendesak.

Saya tegaskan ini bukan persoalan kewangan atau jawatan kerana itu saya tegaskan saya tolak semua lantikan. Tanpa jawatan pun kita sebenarnya mampu menyumbang terhadap gerakan kalau kita mahu.

Namun saya juga ingin berpesan kepada teman - teman saya yang bersama berkongsi aspirasi ini agar turut bersabar dengan sindiran dan cubaan provokasi pihak tertentu. Mereka ialah golongan yang tidak mahu suara pendesak ada dalam gerakan perubahan, mereka mahu kita lakukan sesuatu diluar batasan untuk memudahkan mereka mencari alasan menyingkirkan kita.

Ingat KEADILAN ini parti rakyat, ia parti bagi tiap rakyat yang memahukan perubahan kerana itu saya dan teman-teman yang berkongsi aspirasi terus menjalankan program di perbagai peringkat.

Dalam konteks nasional juga kita memerlukan kumpulan muda yang sentiasa mendesak perubahan dan penambahbaikan negara. Sesuatu negara akan mudah berada dalam zon krisis apabila anak muda hilang roh mendesak ini.

Kita tidak mahu menuruti budaya pemilihan yang kotor, penipu serta korup seperti yang diamalkan oleh sesetengah parti lain. Apabila individu itu diistiharkan memang semua yang bersuara akhirnya diam disogok dengan berbagai habuan, tidak berbunyi lagi kerana anak mudanya mamai disumbat mulut mereka. Semua ini kononya untuk menjaga kestabilan parti dan menyapu semua kekotoran dan penipuan ke bawah karpet.

Ini tidak harus berlaku dalam parti reformasi, kewujudan anak muda kumpulan pendesak harus dilihat dari aspek positif kelansungan nafas semangat reformasi.

Anak muda terus bangkit mengasak keadilan meratah kezaliman.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com

8 comments:

  1. CHEGUBARD GUA NI PENYOKONG TEGAR KO...TAPI KO SEJAK AKHIR NIE MACAM MAHU MENGULINGKAN KEADILAN...
    ADAKAH KO DA JADI MCM EZAM?

    ReplyDelete
  2. janganlah kerana ingin berkata benar, dikata ingin mengulingkan pkr, apa salahnya di siasat dan di kemukakan hasil siasatannya, susah sangat ke, janganlah takut untuk mengatakan terdapat kurap pada badan kita, kalau ianya memang ada, berkata benarlah sekurang-kurangnya kalau ada orang tahu ubatnya, ianya boleh di ubat

    ReplyDelete
  3. Tanpa Nama Isnin, Disember 27, 2010 2:52:00 PM - kalau takda ubatnya lebih baik lari. tidak nanti dijangkiti kurap kan susah...

    ReplyDelete
  4. chegubard ni hebat sangat kah atau rasa diri hebat?ikhlas bertanya.....

    ReplyDelete
  5. jom cgu bard... apa lagi jomlah join mcm ezam... boleh dapat senator tu...... gua rasalah ko nie da kena apco ka?.... atau da jadi kes mcm perak... gua cadangkan ko kuar jak dari pkr khasnya dan ummnya PAKATAN RAKYAT... takpayahla nak mengucar kacirkan PKR... enta ada jak plan bn umngok apco nie...

    gua kecewa ngan ko bard

    ReplyDelete
  6. Halo che'gu bard. Apa guna lu duduk dalam parti yang buat lu asyik makan hati?? Lu blah aje la beb. Bila lagi lu nak jadi senator??????? Wakakak.........

    ReplyDelete
  7. anda carilah anak muda seperti chegubard yang berani dan sanggup terbitkan buku misteri pembunuhan altantuya dan membongkar siapa arah bunuh altantuya dalam setiap caramahnya...

    mengapa anwar dulu tolak tawaran mahathir? sebab prinsip... anwar dituduh pengkhianat kerana pertahan prinsip...

    tidak ada bezanya tindakan chegubard dgn anwar bukan seperti ezam yg keluar parti kerana cemburu dgn azmin..

    ReplyDelete
  8. kepada anak muda berkata....ramai juga org muda nampak chegubard ni kena p[enyakit SS (syok sendiri)....jgn rasa diri hebat sgt...bukan semua anak muda yg suka dengan PR sukakan chegubard...bgtau chegubard xpayahlah nak tunjuk lagak dan kuat himpun budak2 muda naik motor ke hulu dan kehilir...so kununnya hebatlah ada anak muda ikut dia?sebijik macam azeez putera umno gayanya.....kalau igt ukuran ditangkap oleh polis sewaktu demo sbg ukuran kami org muda sekarang xpandang semuatu....jd hebat sangatkah awak wahai chegubard ATAU rasa diri tu yg hebat?kepada sharpshooter saya tahu awak ikhlas tetapi cukuplah dgn karenah chegubard tu.....

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.