Thursday, December 30, 2010

Wajarkah Mujahid dkecam disaat PAS berdepan Tenang

Dewan Ulama PAS Kedah menolak buku bertajuk Menuju PAS Baru tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud berkata berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS.

"Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan. Yusuf juga berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya. Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional. "Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.

"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya lagi.

Katanya idea "menasionalkan PAS" adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan. "Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri," katanya.

Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.

"Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil," katanya. Mujahid adalah juga Anggota Parlimen Parti Buntar.

Sharpshooter - Isu ini tidak wajar ditimbulkan disaat ketika PAS akan berdepan dengan pilihanraya kecil Dun Tenang. Mengapa tidak ditimbulkan sahaja selepas prk Tenang.

Namun sharpshooter percaya ada hikmahnya kerana orang ramai akan berminat mendapatkan dan membaca buku tersebut yang menimbulkan kontroversi seperti buku SHIT yang diharamkan oleh kerajaan zaman Mahathir dulu.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. Aku pun nak beli buku tu.
    Kalau PAS masih mengamalkan "Kepimpinan Ulamak" sampai bila pun PAS dok di takok lama.

    ReplyDelete
  2. Setengah2 pemimpin PAKATAN terutamanya dari PKR dan PAS memang boleh dikatakan bengap dalam politik..bagi aku taraf depa ni tak berkualiti langsung dan tak pandai langsung bab2 politik strategi.kalu nak compare dengan budak PART II Diploma Pentadbiran Awam kat UiTM, memang masuk exam dan 2.00 ja..bab nak tembak kaki sendiri dan bagi peluru kat musuh memang tahap gaban pandai..tapi bab nak mengukuh dan menguatkan parti masing macam TOYA!! Kalu ya pun Dewan Ulama tak bersetuju bagitau la dalam mesyuarat dalaman parti sudahlah..yg duk terhegeh nak bagitau media musuh..apa tahap rendah cam tu!!bukan kan PAKATAN dan setuju nak boikot media UMNO?? Yang duk terhegeh lagi apa hal!!

    ReplyDelete
  3. Saya belum membaca buku tersebut, jadi pendapat ini adalah sekadar kefahaman saya keadaan yang berlaku kini.

    Secara umumnya, struktur organisasi Dewan Ulama atau Kepimpinan Ulama tiada masalah, namun yang menjadi masalah adalah ulama yang menjawat jawatan tersebut sama ada pemikirannya tertutup kepada mereka beraliran agama sahaja, atau ulama yang lebih terbuka yang menerima pendapat ulama dari kalangan profesional.

    TG Nik Aziz sebagai contohnya telah beberapa kali menyelamat PAS dengan tidak sedia bersekongkol dengan parti yang zalim menindas rakyat. Malah beliau sedia menerima nasihat profesional. Malah banyak idea beliau diterima malah diperdebatkan dan dilaksanakan dengan positif oleh golongan profesional seperti cuti bersalin, cuti dua hari seminggu, sistem pentadbiran negeri Kelantan, dinar emas dan sebagainya.

    Namun sesetengah AJK Dewan Ulama negeri mahupun kawasan yang semestinya didominasi golongan aliran agama kurang mengerti aspek pentadbiran yang baik, menyebabkan mereka lemah dari segi pengurusan dan pentadbiran. Aspek penggunaan kuasa, penyediaan kertas kerja yang baik, pengurusan program, pengurusan strategi dalam berdakwah dan tarbiyah, pengurusan komunikasi dan sebagainya di kalangan mereka adalah terbatas, yang kebanyakkan ilmu ini diketahui oleh golongan profesional yang kurang dirujuk oleh pada ulama ini menyebabkan aktiviti yang dijalankan kurang subur.

    Sememangnya Dewan Ulama tidak bermasalah cuma gaya pemikiran penjawatnya yang agak tertutup membataskan kecemerlangan dewan ini dalam melaksanakan program yang berkesan di dalam PAS. Apa yang perlu dilakukan adalah mengadakan usaha saling bergandingan dari sudut ilmu di antara aliran agama dan profesional yang mampu mewujudkan kemantapan dan kekukuhan di dalam PAS.

    ReplyDelete
  4. DIN,

    Aku cakap terus terang..kalu BN menang sekali lagi PRU 13 bukan sebab depa kuat tapi sebab PAKATAN lembap dan lemah dan tak tau nak amik peluang dan strategi..yg tau nak ketuk kepala sendiri..padahal kepala UMNO duk ada depan muka..tapi depa suka hantuk kepala sendiri kat dinding!! Sebab tulah Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat Kalah!! Sebab tulah Barisan Alternatif lingkup!! Dan harap2 PAKATAN RAKYAT pun tak lingkup jugak!!Sapa yg tak sedaq lagi baik buang gelaran YB tu awai2!!Dulu aku dengaqq sapa yg jadi ADUN dari PAKATAN akan pakai gelaran Yang Berkhidmat dan Bukan Yang Berhormat!! Lagi satu apa kejadahnya ada Tuan depan gelaran pemimpin2 PAKATAN..hangpa tu pekerja rakyat!! Rakyat yg TUAN bukan ADUN ATAU MP!!BILA NAK SEDAQQ WOI!!

    ReplyDelete
  5. Ulama tak salah... TGNA juga ulama dgn pemikiran yg tajam. Almarhum Ust Fadhil juga ulama. Bezanya ialah samada ulama yg berfikir menggunakan otak dgn ulama yg berfikir menggunakan kepala lutut spt hadi awang & azizan. Bila kedah terlungkup nanti baru ulama kepala lutut ni nak sedar. Terengganu dah lama bungkus sebab ditadbir oleh ulama kepala lutut yg sibuk nak berpeluk dgn umno atas nama melayu.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.