Friday, January 14, 2011

Amk P.Pinang berjaya meredakan isu Adun Komtar dengan geng mamak Penang


ADUN Komtar, Ng Wei Aik akhirnya tunduk kepada desakan sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan memohon maaf kepada seorang pengusaha restoran. Permohonan maaf kepada Syed Kassali Mohammed Aliyar itu dibuatnya pada sidang media di bangunan Komtar, pagi ini.

NONEADUN DAP itu melahirkan kekesalan kerana bertindak kurang sopan ketika mengiringi sekumpulan pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi ke atas restoran-restoran yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Ng bagaimanapun bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan tidak pernah meluahkan kata-kata berbaur perkauman semasa kejadian itu. Sebelum ini, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang memberi amaran bahawa protes lebih besar akan diadakan hari ini pada jam 2 petang di Komtar bagi mendesak Ng memohon maaf.

Ng pada kenyataan akhbarnya menjelaskan tindakan penguatkuasaan dilakukan ke atas restoran-restoran di Gat Lebuh Macallum, George Town itu kerana kejadian 2 Januari lalu yang melibatkan dua buah kenderaan itu hampir meragut nyawa pelanggan-pelannggan restoran nasi kandar berkenaan.

“Tindakan penguatkuasaan diambil MPPP untuk mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih serius akan berlaku pada pelanggan-pelanggan restoran serta menjamin kepentingan dan keselamatan awam.

NONE“Tidak wujudnya unsur atau niat jahat untuk tindakan-tindakan tersebut diambil,” kata beliau sambil menambah, sebarang tindakan yang diambil oleh MPPP dengan niat murni atau tujuan yang baik perlu disokong oleh semua pihak.

Dalam operasi itu, kakitangan MPPP telah merampas meja, kerusi dan peralatan atau struktur yang menghalang di sepanjang jalan dan kaki lima.

Pertelingkahan berlaku dan Ng didakwa menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali. Minggu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, mendesak beliau mengambil tindakan terhadap setiausaha politiknya itu.

Sharpshooter - Tahniah kepada AMK P.Pinang yang berjaya meredakan keadaan. Tahniah buat Azrizal Tahir (Ketua AMK Bayan Baru), Amir Ghazali (Ketua AMK P.Pauh), Syed Mikael (Ketua AMK Tasek Glugor), Rizal Hamid dan Khairil serta beberapa lagi anak muda P.Pinang yang tampil sebagai pendamai dan penyelesai masalah yang timbul.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. tahniah jiga pada yb tersebut wlpun agak lmbat...

    ReplyDelete
  2. Hebat...hebat..kagum tengok ketua2 AMK ni...action first talk later. Bukan macam ketua2 pemuda umno-apco yanag hanya tahu menyalak.....last-last hunus keris tumpul.
    YB Ng ni pun satu hal.. ini dah kali kedua AMK settle problem dia start.. janganlah sampai kali ketiga.

    ReplyDelete
  3. sekurang-kurangnya yb ni nak jgk merendah diri memohon maaf..w'pun diorg ni DAP dikatakan racis/perkauman olh umngok/bn.Tahniah...

    ReplyDelete
  4. salam bro din..

    macam nak kes kdai motor kat jelutong tu.amk tak nak buat apa ke kat pemilik kdai motor tu.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.