Thursday, January 13, 2011

Khairy tiru cara Chegubard isu debat

Khairy meniru cara dan stail Chegubard dan AMK P.Pinang apabila beliau mahu menghantar surat jemputan debat antara beliau dengan Anwar di Pejabat Keadilan Tropicana hari ini.

Sebelum itu Anwar telah mencabar Najib untuk berdebat dengannya setelah Najib memperlekehkan agenda Buku Jingga Pakatan Rakyat. Sebenarnya buku inilah yang membuatkan pimpinan umno "raplah jingga" kata orang P.Pinang.

Sharpshooter ingin mengimbau kembali tahun lalu (2010) ketika isu Melayu P.Pinang begitu hebat dimainkan dan diserang setiap hari oleh media arus perdana terutamanya tv3 suku dan utusan meloya.

Ketika itu Pemuda UMNO mahu mengajak Guan Eng berdebat isu Melayu P.Pinang.

Lantas Chegubard dan AMK P.Pinang pantas bertindak untuk mematah hujah dan isu Melayu P.Pinang dengan mengajak Pemuda UMNO, GPMS dan Dewan perniagaaan Melayu berdebat.

Kami berpecah kepada dua kumpulan, sharpshooter, Rizal Hamid, Zulkarnain dan Zul mamak bergegas ke Kuala Lumpur bersama Chegubard dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyerbu bangunan umno di PWTC untuk menghantar surat jemputan kepada najib dan khairy untuk hadir pada debat tersebut.

Terimakasih kepada Malaysiakini dan TV Pas yang telah sudi merakamkan video detik bersejarah seperti di bawah ini.






Manakala di P.Pinang, pada hari yang sama, Pemuda Pakatan Rakyat juga telah menghantar surat kepada pemuda umno di bangunan umno jalan Macalister di P.Pinang. Pada petang tersebut juga Norman mengoyak surat jemputan debat tersebut.

Kemuncaknya pada 7 March 2010, tidak ada seorang pun yang berani hadir samada dari pemuda umno, gpms ataupun dewan perniagaan melayu P.Pinang.

Rakyat menyaksikan betapa takut dan baculnya pemuda umno kerana mereka tidak berani hadir. Kesan dan impaknya selepas peristiwa tersebut adalah isu Melayu terus senyap dan lenyap. Berita lanjut di sini.

Inilah satu kejayaan AMK P.Pinang dan Chegubard yang bertindak pantas mengatur strategi untuk mematahkan hujah musuh.

Tetapi sayangnya Keadilan mempunyai Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang mempunyai kelulusan UK setaraf dengan Khairy dan Ketua AMK Shamsul Iskandar yang di bawah naungan Anwar kelihatan agak lesu dan tidak mampu untuk mematahkan hujah dan tindakan khairy tapi tak mengapalah itu pilihan Anwar...so its ok...Sivaji The Boss...

Sharpshooter mengikuti secara dekat apa tindakan Pengarah Strategi Keadilan Pusat Rafizi Ramli yang dilantik oleh Anwar samada dalam web atau twitter atau facebooknya.

Ternyata beliau gagal berbuat sesuatu yang memberi kesan dan impak besar kepada serangan khairy. Maafkan sharpshooter Rafizi, teguran untuk kebaikan, kelulusan tinggi belum menjamin boleh bertindak pantas dan mengatur strategi yang baik. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Namun begitu, pujian wajar diberi kepada Rafizi Ramli kerana menyiapkan Buku Jingga yang berjaya membuatkan pemimpin umno "raplah jingga".

Manakala Ketua AMK Shamsul Iskandar pula baru semalam keluarkan kenyataan debat di sini. AMK kena agresif dalam tindakan dan sepatutnya lebih tahu bagaimana mahu bermain dalam "game perang saraf" dalam dunia politik ini.

Kenyataan seperti itu tak cukup, kena agresif lagi dan tahu bagaimana untuk mematahkan tindakan dan hujah khairy. Sharpshooter berharap Shamsul Iskandar berlapang dada terima teguran ini demi untuk kebaikan Parti Keadilan Rakyat.

Malaysiakini baru melaporkan pemuda umno serah surat jemputan debat di Pejabat Keadilan Tropicana di sini. Manakala Malaysian Insider pula melaporkan di sini

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

9 comments:

  1. Klau aku byk tektik x payah nk nk tggu..impak besar agar UMNO diam...tp xper la pengarah strategik & ketua amk dh ada...hahahha

    ReplyDelete
  2. tak habis2 mengacau parti.

    aku perhati team baru yg parti lantik ni team yg bekerja dlm pasukan, bukan giler glamer mcm chegubard.

    diorg ni tngok ranking dlm parti, apa cara yg terbaik supya mesej smpai dgn berkesan kpd rakyt.

    bukan mcm chegubard, terpekik terlolong sbb nak cari glamer tp akhirnya, rakyat pn menyampah.

    itu namanya gler glamer x de strategi.

    x phm2 lg ke abg din oooiiii?

    tunggulah masanya chegubard mengkhianati korg semua bler dia masuk umno.

    ReplyDelete
  3. memang tak patut la Abg Din.

    Yang buku jingga tu, setahu saya, pengarah strategi yang tulis.

    Abg Din cakap buku jingga tu yang buat bn tak tido malam.

    Kemudian Abg Din hentam dia lesu?

    Nak harapkan Chegubard beri gagasan besar macam Buku Jingga, sampai hilang suara dia terpekik pun takkan dapat.

    adil lah sikit Abg Din.

    ReplyDelete
  4. Namun begitu, pujian wajar diberi kepada Rafizi Ramli yang berjaya menyiapkan Buku Jingga yang berjaya membuatkan pemimpin umno "raplah jingga".

    ReplyDelete
  5. saya cadangkan, kalau nak beri komen, sila baca sampai abis dulu... jangan jadi bendul...

    ReplyDelete
  6. 1. Pasal Pngarah strategik...tak siapa nak nafi yg Rafizi buat buku jingga seperti Rafizi tulis maklumat petronas utk Anwar debat dengan Sabri sampai berbuih mulut Sabri... tetapi kalau nak jadi pemikir, jadi pemikir dah le ni masuk struktur politik kena buat kerja fizikal secara struktur... apa strategi yg ada... yg dipertikai ialah lembab bertindak hingga sekarang kelihatan kita terperangkap...
    2. Rafizi dan bbrp yg lain tu ialah staff bergaji parti...cuba tanya depa berapa gaji depa... so org pertikai di bawah ni kami kerja utk parti berdepan rakyat dan risiko macam2 tak ada org bayar gaji... hangpa duk atas tu dpt gaji...
    3. pasal chegubard bukan nak sokong dia sgt tapi ini masalah kita sapa lawan sikit kita tolak salah umno dan tuduh dia pengkhianat ? apa salah chegubard yg hangpa tuduh dia nak masuk Umno.... salah dia ialah tuntut keadilan dan ketelusan dalam pemilihan parti... adakah dalam parti tak boleh tuntut ketelusan ?

    ReplyDelete
  7. salam Din...chegubard (SS) sajalah HEBAT bagi hang nooooo :)... kita dalam perjuangan buat kerja berpasukan...x perlu tunjuk ada seorg HERO plak dalam semua hal...:)

    ReplyDelete
  8. apapun semuanya hebat2 belaka..cuma chegubard blm ada rezki n pluang lg...sabar jela...

    ReplyDelete
  9. ini bukan soal rezeki atau peluang tp penipuan demokrasi

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.