Thursday, January 27, 2011

Merlimau - usah bergaduh

Persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya DUN Merlimau yang bakal menjelang nampaknya berjalan lancar dan parti itu telah mengenalpasti sekurang-kurangnya empat nama untuk dipilih sebagai calon.

Difahamkan, empat nama tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat bahagian Jasin Sabtu lalu yang dipengerusikan ketua bahagian itu Datuk Ahmad Hamzah. Ahmad yang juga ahli parlimen Jasin bagaimanapun berkata mesyuarat itu masih belum menetapkan siapakah calon yang akan dipilih bagi mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.

Bahagian itu juga belum menetapkan tarikh untuk mengadakan mesyuarat selanjutnya bagi memutuskan perkara itu, katanya lagi. "Kita hendak tumpukan kepada persiapan lain dulu," katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Ahmad enggan mengulas ketika diajukan soalan lanjut, namun Umno bahagian itu seolah-olah sudah tahu siapa yang akan dipertaruhkan sebagai calon.

Dugaan ini adalah berdasarkan cakap-cakap dengan beberapa sumber di bahagian itu.

Calon tempatan mohd said yusof bn jasin mp parliament pc 100506Terdahulu, sebanyak tujuh nama telah dikemukakan termasuk timbalan ketua bahagiannya Datuk Mohd Said Yusof (kanan), ketua pemuda Zaidi Atan dan juga ketua pergerakan puteri Siti Faizah Abdul Azis.

Namun, difahamkan ketiga-tiga pemimpin bahagian itu digugurkan daripada senarai calon kerana bukan "anak jati" kawasan DUN Merlimau.

Menurut satu sumber, antara empat nama yang disenarai pendek itu termasuk ketua wanitanya Zaleha Bujang dan seorang anggota jawatankuasa bahagian Abdul Nasir Bazid. Abdul Nasir yang juga seorang pembantu makmal merupakan penyelaras bagi DUN Merlimau.

Sementara itu, dua lagi nama yang disebut-sebut ialah Mohd Nasser Selamat dan Roslan Ahmad. Kedua-duanya juga merupakan anggota jawatankuasa bahagian. Mohd Nasser merupakan pengerusi Perbadanan Tanah Adat Melaka manakala Roslan merupakan pengerusi syarikat Permodalan Melaka Holdings Sdn Bhd. Namun, nama-nama pemimpin yang menjawat jawatan kanan dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri mungkin tidak akan dipertimbangkan.

Wanita Umno juga sudah mempunyai dua orang wakil di DUN – Datuk Latifah Omar (Taboh Naning) dan Datuk Norpipah Abdol (Rembia).

Pergeseran PAS, PKR Di sebelah Pakatan Rakyat pula keadaan yang berbeza dapat diperhatikan apabila PAS dan PKR masing-masing bersungguh-sungguh untuk meletakkan calon daripada parti masing-masing. pkr congress 281110 shamsul iskandarPesuruhjaya PAS negeri Abdul Ghani Abdul Rahman nyata kesal dengan tindakan PKR sebelum ini yang membuat kenyataan untuk meletakkan calon daripada parti itu.

Abdul Ghani berkata, PKR tidak sepatutnya berbuat demikian tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan anggota Pakatan. Tambahnya, beliau menghormati keputusan ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin (kiri) untuk bertanding di DUN Merlimau.

Namun, beliau berpendapat tindakan itu akan menyebabkan berlakunya pergeseran di antara kedua-dua parti itu memandangkan kerusi itu secara tradisinya ditandingi PAS. "Kita akan bertanding di situ," tegasnya dan menambah, PAS negeri telah mengadakan dua pertemuan sejak Jumaat lalu untuk membincangkan persiapan berkenaan.

Laluan kepada Shamsul Iskandar Abdul Ghani yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat berkata, parti itu juga akur kepada kehendak PKR untuk mewakili Pakatan dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau. azlanKatanya lagi, PAS turut memberi peluang kepada Shamsul Iskandar untuk bertanding di kerusi parlimen Tangga Batu walau kerusi berkenaan merupakan kawasan tradisi PAS.

Begitu juga pada pilihan raya umum 2008 apabila Shamsul Iskandar diberi ruang bertanding di Terengganu walau kawasan berkenaan pada asalnya dikhususkan kepada PAS. "Jadi, Shamsul sepatutnya menghormai status quo berhubung perkara yang telah diputuskan sebelum ini," kata Abdul Ghani lagi.

Abdul Ghani juga berkata, kerusi Merlimau mempunyai potensi lebih besar kepada PAS, berbanding pilihan raya kecil DUN Tenang, Johor yang sedang berlangsung. Parti itu sebelum ini menurunkan yang dipertua PAS Jasin, Jasme Tompang untuk berdepan Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan. Jasme berjaya mengurangkan majoriti BN kepada 2,154 undi dalam pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir sebelum itu menang dengan majoriti lebih 5,000 undi ketika menewaskan calon PKR S Jayathas dalam pilihan raya umum 2004. Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan susulan kematian Mohamad Hidhir pada Khamis lalu akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan tarikh penamaan dan membuang undi bagi pilihan raya berkenaan pada hari Jumaat.

Sharpshooter - Lembu pegang pada tali, manusia pegang pada janji...yang sudah tu sudahlah..jangan buat yang bukan-bukan...kita dah setuju itu kerusi PAS...biarlah PAS bertanding....usah diguris sahabat seperjuangan..


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. Salam. Berbincanglah dgn suasana permuafakatan. Pada pendapat saya, setelah 'ditubuhkan' Pakatan Rakyat, parti2 yg menjadi ahlinya molek benar berbincang untuk bertanding atas dasar 'kekuatan' (dari segi pengaruh disesuatu kawasan kerana kuat kerja rakyat) seseorang ahli tak kira dari parti PKR, PAS mahupun DAP. Tradisi parti mana yg dah bertanding jgn dijadikan faktor penting.

    Apa yg penting khidmat kepada rakyat dan insyaAllah seterusnya memenangi kerusi itu.

    ReplyDelete
  2. Komen banyak di sini...
    http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=193256187367513&id=100000263140624

    ReplyDelete
  3. pendapat aku,

    baik bagi kat PAS bertanding dekat sini.PKR setel dulu problem parti yang banyak tu dulu.bertanding pun konpem akan kalah.dengan kes gobala,mustafa n aduan2 masa pemilihan dulun pun PKR kena bagi setel dulu.baru rakyat buka mata pada PKR.apa yang penting, kerjasama(macam wondepet la plak ) pakatan untuk ambik dun tu.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.