Kenyataan Media
Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Merangkap al-Mursyidul Am PAS
Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :
Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.
Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.
Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.
Terima kasih. Wassalam.
“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
mana jelas, maikn kelabu ada...
ReplyDeleteRata2 orang dah boleh agak apa yg dibincangkan...walaupun TGNA tak perjelaskan isi kandungnya. Prinsip TGNA untuk tidak mendedahkan perbincangan dia dengan Yg dipertuan Agung cekup tepat menunjukan TGNA begitu vetran dlm politik. Usaha2 orang melayu yg terus mendesak TGNA utk mendedahkan perbincangan itu hanya bertujuan untuk memerangkap TGNA. Semoga Allah swt memelihara TGNA.
ReplyDeleteKepada pejuang2 PAKATAN RAKYAT, yg penting ialah, walau apa pun yg belaku dalam majlis santapan di istana terenganu tu, yg penting "unity govn" atau kerajaan perpaduan dengan umno-apco sudah pun berkubur dan tetap akan berkubur selama-lamanya.Ini di zahirkan oleh TGNA dan Hadi Awang sendiri dlm press con. semalam. Kepada yg masih tak faham atau sengaja buat2 tak faham tu tolong perbetulkan otak yg mungkin dah nak merin tu.