Friday, January 28, 2011

Tanyalah doktor - Cikgu Normala



Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti.

"Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, kerana sebagai doktor dia lebih profesional dan tahu kenapa surat dikeluarkan kepada pesakitnya," katanya pada sidang media PAS di Tenang hari ini.

Beliau membuat gesaan demikian sebagai menjawab laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain akhbar, beberapa blog turut mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit yang panjang.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Laporan tersebut juga menjadikan persoalan sekitar status kesihatan suaminya itu menjadi fokus utama soalan wartawan, apatah lagi Maarof tiada bersama Normala pada kempen pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Normala, suaminya terpaksa menyelesaikan satu tugas lain dan tidak dapat menemaninya pada kempen hari ini.

Tambah Normala, gambaran 'terlantar' yang diberikan media berhubung status kesihatan suaminya juga adalah tidak tepat.

"Istilah sakit itu bukan terlantar, kita dah jelaskan pagi tadi oleh pihak operasi...Media lebih baik tanya doktor," ulangnya lagi setelah diaju bertubi-tubi wartawan.

"Setakat ini keadaannya ok insyaAllah, emosinya stabil dan ok.

Sepanjang pengetahuannya kata Normala, suaminya itu seorang yang jarang mengambil cuti, selain kerap menghantar pelajar bermain hoki pada setiap Sabtu dan Ahad.

Sehubungan itu katanya, apa yang dilaporkan media hanya spekulasi dan berharap media melaporkan dengan tepat.

Sharpshooter - Apa maknanya? maknanya walaupun sakit beliau sanggup turun padang bersama isterinya meredah banjir di Tenang demi rakyat dan elak fitnah.

Suaminya sanggup menemani isterinya walaupun sakit bukan seperti suami najib bik mama keluar negara tanpa suami, habiskan duit rakyat tidur semalam RM150 ribu.

Bik mama Fat Lady Of Malaysia (FLOM) diserang teruk hingga ditarik balik web tersebut dari laman web kerajaan.

umno ibarat orang kelemasan, bila umno lemas dalam air, rambut sehelai pun sanggup dipautnya...

Esok keluar citer mak bapak adik abang kakak sepupu pak saudara Cikgu Normala la pula untuk tutup isu tanah yang tak mampu umno jawab.

Ketenangan umno di Tenang telah diragut oleh seorang wanita...inilah ertinya tangan yang menghayun buaian mampu goncangkan dunia....

Semoga Tenang bakal cipta sejarah... Takbir


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. komen dr novandri mmg sempoi. depression mood tu katanya sakit mental yg kronik. dr haiwan ni pakar sekologi jugak ke? tak boleh tidor, letih melampau pun masuk dlm antara tanda2 depression. bila dah depressed mmg patut doktor suruh rehat. rehat org depressed bkn sama dengan org demam. umno ni dari kepala sampai ke ekoq dungu

    ReplyDelete
  2. siapa jadi calon ni? awat sibuk kalau suami dia MC?

    nampak sagt provokasi media kerajaan ni hehe tanya bukan mintak penjelasan, tanya nak perangkap jo lebih hehe

    secara jujur, rakyat dan media harus lebih risau dengan calon BN yg nampak macam sesak nafas ketika berkempen walaupon tak mintak MC dari doktor

    ReplyDelete
  3. dan orang yang depression perlu banyak berehat di rumah bukan berada diluar dan menimbulkan lagi banyak tekanan.Nampak pro dan kontra?
    Bila kalah salahkan cuaca,maknanya kamu semua salahkan kuasa Allah S.W.T.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.