Thursday, January 13, 2011

Tindakan Adun Komtar amat dikesalkan

Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang dikecam kerana bertindak kasar dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang pemilik kedai nasi kandar di sini Ahad lepas, berkata beliau berniat baik ketika menyertai anggota-anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang merampas kerusi dan meja di kedai itu.

"Jangan buat serangan tanpa meneliti niat murni di sebaliknya, saya ingin melahirkan rasa kesal terhadap kehadiran saya semasa tindakan penguatkuasaan MPPP diambil dan ini telah memberi suatu gambaran yang tidak tepat dan menyimpang daripada tujuan sebenar.

"Mulai hari ini, saya tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana tindakan penguatkuasaan yang bakal diambil oleh MPPP atau pihak berkuasa pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Sharpshooter - Sejak peristiwa itu lagi sharpshooter sudah twitt pada Guan Eng mengatakan bahawa restoran mamak memang ada salahnya tetapi tindakan Adun Komtar hadir bersama penguatkuasa adalah tindakan yang tidak betul dan tidak sepatutnya berlaku.

Apatah lagi beliau sendiri mengangkat tong gas dan bertindak ala gangstar. Sepatutnya beliau tidak perlu hadir, jangan sombong bila berkuasa. Rakyat sedang menilai.

Cukuplah dengan apa yang berlaku tahun lalu, setiap minggu ada saja isu baru yang timbul. Adun di P.Pinang kena lebih berhati-hati dalam tindakan agar tidak menimbulkan isu.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. GENG MELAYUMAMAK PENANG SEKUTU UMNO@APCO DOK TUNGGU MACAM NAGA LAPAK SAJA ,SILAP LANGKAH KERAJAAN PR SIAP LA SEANTERO DONIA KENA CANANG !
    DENGAN BACKING MEDIA PEMBODEK HABIS SEGALA MAKNENEK UMNO@APCO AKAN SERANG & SERBU PR ! BERJAGALAH DENGAN TIPUDAYA & FITNAH DAJAL UPCO !

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.