Monday, February 28, 2011

250 ke 2500 India keluar PKR di Lembah Pantai

Utusan Meloya 27 Feb. - Seramai 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang rata-ratanya pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai hari ini bertindak keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar.

Kesemua mereka berikrar memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara yang terlibat, Naib Ketua Penerangan PKR Lembah Pantai, Raymond Suppiah yang meletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Menurut Raymond, mereka mula hilang kepercayaan terhadap Nurul Izzah serta konco-konconya di peringkat cabang-cabang parti di Lembah Pantai.

"Banyak janji yang ditabur kepada kami, namun tiada pembelaan yang sewajarnya terhadap nasib kaum India di kawasan Parlimen ini. Jadi kami semua amat kecewa dengan beliau serta PKR juga," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Raymond, satu persatuan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli yang keluar parti itu ditubuhkan iaitu Persatuan Gerakan Semangat Satu Malaysia (Sesama) demi menjaga kepentingan mereka yang terlibat.

Beliau berkata, persatuan itu dijangka disertai kira-kira 3,000 ahli dalam masa beberapa bulan lagi.

Raymond dan ahli persatuan itu juga akan menyokong kepimpinan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sharpshooter - Ini lagi satu contoh KKS (kurang kasih sayang), laaa....kenapa 250 orang sahaja kenapa tak tulis 2500 kan nampak lebih gah.

Selepas 2008, berbondong-bondong sertai Keadilan termasuk bekas umno, mic, mca, gerakan dan tidak berparti. Keadilan terima mereka dengan baik. Kita tidak boleh nafikan ada sebahagiannya memang dirancang menyertai Keadilan dan akan keluar bila tiba musim pilihanraya. Mereka ini umpama spesis berudu dan akan bertukar menjadi katak bila tiba masanya macam katak besar zahrain.

Suka atau tidak, imej Keadilan memang tercalar teruk dengan isu lompat dan keluar beramai-ramai walaupun yang keluar itu tidaklah seramai yang disebut. Tetapi 11 wakil rakyat Keadilan berpaling tadah menjadi pengkhianat kepada amanah rakyat, itu adalah benar.


Semua ini adalah usaha berterusan untuk terus mencalarkan imej Keadilan supaya Keadilan dilihat bebanan kepada PAS dan DAP. umno dan b-end berharap mudah-mudahan, PAS dan DAP akan menceraikan Keadilan dalam Pakatan Rakyat.

umno dan b-end berharap, bila PAS terus kalah dalam pilihanraya kecil, akan ada pimpinan PAS yang akan menyalahkan Keadilan dan Keadilan adalah punca kekalahan PAS. UG atau Kerajaan Perpaduan masih belum terhenti dan memang ada segelintir pimpinan PAS yang meleleh air liur dengan tawaran umno dalam Kerajaan Perpaduan termasuk menjadi Menteri Besar dan Menteri.

Mengapa Lembah Pantai?sebab wakil rakyatnya YB Nurul Izzah adalah anak kepada Anwar Ibrahim. Mengapa Lembah Pantai? sebab wakil rakyatnya YB Nurul Izzah dan ibunya adalah Presiden Keadilan Dr Wan Azizah.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. semoga PRU13 pakatan rakyat menang besar, yg mana lompat2 pati or keluar dari keadilan jangan tehegeh2 nak masuk balik ye !!!!!!!!!!!!!! LAWAN TETAP LAWAN

    ReplyDelete
  2. Biar mereka keluar, lagi cepat keluar lagi bagus.

    Kalau tak der mereka tu, agak susah bagi PKR tapi kalau ada lagi susah PKR.

    So, daripada lagi susah, bior jer mereka kluar. Biar yg ada jadi ahli adalah dari golongan yg mempunyai pendirian yg tetap tanpa begitu mudah menjual maruah.

    ReplyDelete
  3. Harap mereka bentuk parti sendiri dan tanding di Lembah Pantai. Ada berani?

    ReplyDelete
  4. Sikit sangat tu Utusan Meloya oooii.
    Kenapa tak tambah jadikan 250.000 atau 2.5 juta orang.
    Barulah nampak hebat.
    Patutlah orang taknak baca.
    Sekolah cina bagi free pun mereka tak mau.

    ReplyDelete
  5. Din
    Kalau you tak masukan petikan Utusan Meloya ni, sahih kami tak tahu pun ada orang pkr melompat lagi.
    Biasalah tu musim prk kerdau dan merlimau... duit masuk pun banyaklah buat mereka yg melahap duit.
    Tapi yg menonjol ialah Naib Ketua Penerangan PKR Lembah Pantai, Raymond Suppiah. Dia ni menang pemilihan pkr tahun lepas kan???Apakah ini lebih menguatkan lagi persepsi betapa lemah dan lesunya pemilihan itu hatta spesis katak pun pun boleh menang??
    Bila ada pemimpin pkr yg baru menang pula tu, berpaling tadah dengan begitu singkat...pemimpin atasan pkr perlu buka mata luas-luas......masih tak jemu membicarakan ketidakadilan dalam pemiliham pkr.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan TheCrow, Kamal Sanusi, Yong..

    Malaysian..nape tak tegur saya di Sg Ara? hari tu saya tolong ubah keluar saja kereta Chegubard, selepas itu Zam yg bawa ke Kepala Batas.

    jawatan naib ketua penerangan adalah jawatan lantikan bukan yang dipertandingkan.

    Dah dilantik pun melompat lagi... bukan mudah nak kenal yg mana kaca yg mana permata.... :-)

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sharpsooter kerana memperbetulkan perception saya yg salah. rupanya jawatan naib ketua penerangan tu lantikan...ok. Mungkin orang yg nak di lantik tu kena lalui "lie test machine" dulu kot, atau ada special testing kit untuk spesis katak.
    Sorry sebab tak sempat tegur di sg ara tempoh hari, bila nampak sharpshooter keadaan saya agak kalut sekit masa tu.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.