Monday, February 14, 2011

Benarkah Anwar nak lari

Pulang atau lari

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai dua pilihan sama ada mahu menetap di Washington atau kembali ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan kes liwat.

Kenyataan tersebut hadir ketika pelbagai pihak kini mendedahkan ketua pembangkang itu sedang merancang melarikan diri ke luar negara bagi mengelak perbicaraan kes liwat kerana bimbang beliau akan dipenjara.

Anwar berkata demikian semasa berucap pada forum The Future of Democracy in the Islamic World, anjuran sebuah badan pemikir Amerika Syarikat, New America Foundation yang berpangkalan di Washington DC, Amerika Syarikat, Khamis lalu.

“Saya boleh pilih untuk tinggal di sini (Washington) dan tidak kembali ke Malaysia, tetapi pilihan telah dibuat. Satu kaki saya di Parlimen dan satu kaki lagi di penjara. Saya harus balik ke Malaysia esok dan perlu muncul di mahkamah pada 14 Februari.

“Muncul di mahkamah hanya sebagai satu syarat, sebab semua keputusan telah dirancang. Sekali anda didakwa, anda pasti akan dipenjarakan,” katanya seperti dipetik daripada laman blog http://www.anwaraidc.com. hari ini.

Dakwaan mengenai perancangan Anwar itu mula didedahkan sebuah blog, http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com selepas ketua pembangkang tersebut berjaya menangguhkan kesnya sebanyak 50 kali.

Pendedahan itu kemudian disahut Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dengan laporan polis dan pada masa sama, badan tersebut mendesak supaya pihak berkuasa menahan pasport Anwar dengan segera.

Turut menyokong desakan itu ialah Ummi Hafilda Ali yang mahu kerajaan bertindak tegas dengan menghalang Anwar daripada bebas untuk keluar dan masuk negara ini kerana ia boleh memberi imej buruk kepada negara.

Ummi Hafilda menambah, kerajaan tidak perlu berlembut dan memberi ruang kepada ketua pembangkang itu untuk berbuat demikian kerana sikapnya yang suka menyebarkan fitnah demi meraih simpati negara lain.

Sharpshooter - Anwar kalau nak lari..dah lama lari. Adat pejuang "Mati di gelanggang..tidurnya di gelombang.."

Anwar tidak lari malah beliau hadir bersama isterinya Dr Wan Azizah di mahkamah pagi ini.

Imej buruk negara adalah disebabkan gejala rasuah, kes pembunuhan Altantuya, isu pembunuhan Teoh Beng Hock, isu jet enjin hilang, isu ada kapal selam tetapi tidak boleh tenggelam dan banyak lagi kalau nak senaraikan.

Mungkinkah hidup kita bodoh sebab tidak membeli dan membaca surat khabar Utusan Malaysia - Penyebar Fikiran Rakyat? Tetapi jika kita sanggup membeli surat khabar Utusan Malaysia untuk kita diperbodohkan, itu lebih bodoh namanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. ..Well said brother Din. Hanya orang tak waras saja sanggup menghabiskan wang ringgit membeli Utusan Malaysia untuk diperbodohkan.

    ReplyDelete
  2. Puak-puak UMNO Melayu yang sentiasa gerun dengan kehadiran DSAI semuanya membuat kenyataan poyo dalam surat khabar UTUSAN MELOYO bukan itu saja menggunakan segala aparatus kerajaan untuk menjatuhkan pihak lawan.

    ReplyDelete
  3. Kalau dasar kerajaan korup, si jalang betina expired pun akan diambil sebagai saksi dan jurucakap bagi memperkuatkan pembohongan dan kerja laknat si melayu-melayu kafir zindiq ni. Mereka ini sama taraf atau lebih teruk lagi dari Zionis. Cuma topeng Islam dan Melayu sahaja yang masih utuh melekat di muka bagi mengkaburi biji mata golongan bahalul, bodoh tegar serta pak cik dan mak cik Felda bagi kekal menyokong mereka. Pergi jahanam lah pemimpin korupsi! Mungkin hari ini atau esok kamu mampu mengekal kan kuasa, tetapi sejarah telah membuktikan tiada pemimpin korupsi yang akan kekal memerintah di dunia untuk selama-lamanya. Akhirnya kamu semua akan jatuh dan menyembah bumi juga akhirnya.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.