Wednesday, February 02, 2011

Benarkah PAS dan UMNO tidak akan bergabung?

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menegaskan PAS tidak akan berganding dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan, yang diharapkan oleh parti teras BN itu sejak 2008, jikapun pihaknya dipelawa berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.

“Saya memberi jaminan bahawa PAS tidak akan menyertai Umno-Barisan Nasional (BN) meskipun dipelawa oleh Agong,” kata beliau ketika berucap pada pertemuan pertama program Jelajah Pemimpin 2011 anjuran Keadilan di sini malam tadi.

Sambil merujuk kepada pertemuan 24 Disember 2010, Yang Dipeertua PAS Shah Alam itu berkata, bekerjasama dengan umno seolah-olah menjalin kerjasama dengan mereka yang tidak mengendahkan amalan Islam dan mengibaratkan Umno dengan umat Islam yang berkunjung ke kelab-kelab malam untuk mengambil minuman keras.

Justeru kata beliau, PAS lebih rela untuk bekerjasama dengan Keadilan dan DAP menerusi Pakatan Rakyat berdasarkan prinsip Islam yang mengutamakan keadilan dan kebenaran, bukannya hanya kerana kaum semata-mata.

“Kami menerima Pakatan Rakyat kerana Umno sudah busuk hingga ke teras,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis santapan diraja di Istana Terengganu, Kuala Lumpur atas jemputan Yang di-Pertuan Agong.

Pertemuan itu difahamkan ada menyentuh soal kerjasama Umno dan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan walaupun matlamatnya tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun pada 7 Januari lalu, Najib yang juga presiden Umno mengambil langkah Nik Aziz untuk tidak mahu mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu pada 24 Disember yang dihadiri atas jemputan Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu.

“Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan Agong mahukan ia satu majlis peribadi,” kata Najib.

Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Tak ada dah, tutup ‘book’ (buku) dah,” kata beliau sehari sebelum itu.

Pada 4 Januari lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu tiada kaitan dengan isu politik.

Nik Aziz berkata, berkata pemergiannya itu adalah bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas perdana menteri itu melawatnya di Hospital Universiti Sains Malaysia.

“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya.

“Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap,” katanya.

Hadi pula berkata walaupun majlis itu turut dihadiri pemimpin lain termasuk Najib tetapi mereka tidak membincangkan langsung soal-soal politik.

Isu kerjasama politik antara Umno dan PAS telah muncul banyak kali sejak keputusan pilihan raya umum Mac 2008.

Tiga hari kemudian, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu.

PAS kini menguasai 23 kerusi Parlimen dan bersama DAP dan Keadilan membentuk Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

Menerusi kerjasama itu pemimpin PAS mengetuai kerajaan negeri Kedah dan Kelantan manakala wakil DAP dan Keadilan masing-masing merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor.

Sharpshooter - Kita tidak boleh nafikan bahawa ada segelintir pimpinan PAS yang mahukan PAS dan UMNO bersatu atas semangat Melayu. Kita juga tidak boleh nafikan bahawa ada juga sebahagian pimpinan PAS di Selangor yang tergila-gila mahu menjadi Menteri Besar. Ini adalah realiti yang sebahagian besar rakyat tahu akan hal ini. Tuan Guru Nik Aziz adalah penghalang besar Kerajaan Perpaduan ini sebab itu Tuan Guru Nik Aziz menjadi sasaran kritikan hebat oleh pemimpin umno termasuk Mahathir.

Benarkah PAS dan UMNO tidak akan bergabung? mungkinkah perkara ini akan berlaku dan akan menjadi realiti pada satu hari nanti selepas ketiadaan Tuan Guru Nik Aziz? Ramai juga yang termakan dan terhasut dengan hasutan umno yang menyeru dan merayu untuk bersatu atas semangat kononnya nak selamatkan Melayu. Benarkan umno telah benar-benar insaf?

Keadaan ini mungkin akan menjadi lebih parah dengan keadaan Parti Keadilan Rakyat yang kini kelihatan goyah dan tidak stabil selepas pemilihan. Kita boleh cakap yang keluar semuanya "kita dah lama jangka", yang keluar semuanya trojen horse, yg keluar itu semuanya virus, ya sebahagiannya ada kebenarannnya tetapi sampai bila keadaan ini akan berterusan. Kita juga tidak boleh nafikan semua kepincangan seperti yang mereka (yang telah keluar parti) suarakan tentang pemilihan parti.


MCA kini dilihat sebagai bebanan BN kerana gagal mendapat kembali undi dan keyakinan orang Cina pada BN. Sebahagian pimpinan PAS juga merasakan Keadilan adalah bebanan kepada PAS dan tidak kurang pula yang menyalahkan Keadilan selepas banyak prk PAS gagal malah keputusan lebih teruk dari PRU 12.


Adalah tidak adil untuk kita menafikan bahawa pengaruh Anwar adalah satu-satunya faktor penting yang menyebabkan berlakunya tsunami politik yang menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya menawan 5 negeri tetapi akhirnya Perak dirampas kembali oleh lanun umno.

Adalah tidak adil juga bila menang kita sanjung Anwar tetapi bila kalah kita letakkan semua kesalahan itu pada Anwar. Soal dalaman dan kepincangan parti Keadilan, adalah diharapkan Anwar segera selesaikan.

Semoga buang yang keruh ambil yang jernih tetapi yang kotor jangan disapu di bawah permaidani indah. Semoga Isu Kerajaan Perpaduan benar-benar telah tertutup dan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya bukan lagi impian tetapi adalah satu realiti pada PRU13.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

11 comments:

  1. Mat, aku tak sokong mana2 parti. Ikhlas aku cakap, bila baca blog ko ni dan tgk gambar2 ko, memang ko ni gila glemer.... Dan paling pasti ko ni perasan bagus. Perangai macam ayam sundal.

    Alah din, kawan2 semua tau ko ni sebenarnye penakut, tok sah la tujuk hero. Geli aku tgk, ko tu jiwa tam an, dulu pun salu ken a buli dgn budak2. Dan seluruh member2 tau ko ni kaki penipu, cakap besar je.. Sudahlah din, ko poyo sgt nnt aku panggil member2 kit a semua buat satu blog tulis kisah2 lucu ko. Gi la cari kerja tetap, untuk masa deepen ko
    jugak. Keluarga ko pun Susah hati dari dulu tgk ko ni jadi tin kosong. Budak2 lain semua dah Ada masa depan, hang
    sorang je sampai sekarang tak tau nak jadi apa.


    Kesian aku tgk kat ko, ko berusaha keras nak jadi somebody dalam politik. Tapi ko tak ingat ke ko exam pun susah nak lulus. English ko pun broken habis, Nenek aku speaking elok lagi dari ko. Kalau dari dulu ko kerja kilang, skrang mesti dah jadi supervisor. Ada jugak suit bulan2 ko nak idup, takdalah asik nak memintak je.

    Setakat gambar ko pakai sut kot dalam blog tak payah la, jadi bahan member2 je. Geng2 bukannya tak tau, ko nak
    rokok pun susah. Hutang member2 berapa banyak yg
    ko tak bayar Dan buat2 lupa. Termasuk la aku sendiri.

    Jgn lupa pulak publish comment aku ni, ko kata ikhlas kan.. Ni ikhlas aku cakap wahai bin jai. Kata Pejuang kan.. Taken ko takut nak orang tau kisah ko.

    Oh yes, minggu ni aku balik lepak dgn member2. Confirm salah satu bah an ketawa adalah ko yg masih tak tentu masa depan. Ko igt nak jadi calon ke? Kalau aku president parti ko mati idup smula pun aku tak letak ko sag cal on. Cerdik tak, handsome pun tak, english pun fail, mathematic lagi la..pocket pun kosong. Ko cumalah liabiliti

    ReplyDelete
  2. Bila Anwar sudah masuk Sg Buloh, Nik Aziz dan kumpulan Erdogan akan digulingkan oleh kumpulan Ulamak di bawah Hadi Awang.
    Kemudian PAS dan UMNO akan berkongsi kuasa dalam Kerajaan Perpaduan utk menguatkan kuasa politik orang Melayu di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. AKU AHLI PAS, KALAU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO... AKU KELUAR PAS DAN MASUK DAP. LAGI BAIK... BERGABUNG DENGAN UMNO SERUPA LA BERGABUNG DENGAN ISRAEL.

    ReplyDelete
  4. KAWANSKOLAHHANG tu mat oii .... hati perut busuk, pondan tua tak berani bubuh nama, dia sendiri pun tin kosong juga, silap-silap sekali dengan pak dia pun tin kosong juga.

    ReplyDelete
  5. "kawanskolahhang" tu gila merian ka??? sah dia tu umno berkarat. puak-puak umno memang bodo.

    ReplyDelete
  6. Perjuangan bersama Pakatan Rakyat lebih baik , bermatlamat dan lebih ikhlas berbanding bergabung dengan UMNO yang hanya jadikan PAS sebagai talian hayat parti mereka. Memang ada segelintir pemimpin yang ingin bergabung, tetapi suara majoriti pendokong PAS di bawah sangat bencikan UMNO... ingatlah... PAS bergerak dengan tenaga dan sumbangan ahli-ahli di bawah.

    ReplyDelete
  7. ...dah tutup buku... kata tgna. awat hang tak tutup lagi cerita ni? tak paham bahasa kot?

    ReplyDelete
  8. dont worry bro,kami ahli pas tidak akan benarkan itu berlaku cuma please take of pkr(dah tak tau nak tolong camne lagi) kat tempat aku pun sama,adun pkr tapi ahli fighting each othar for position sampai terburai sekarang,bila ajak meeting nak buat program,datang la 2 org,lepas tu blur tak tau nak cakap apa,tapi among them semua nak jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  9. http://www.beidouweb.net/?fromuid=220480

    ReplyDelete
  10. hensem la ko dalam blog ni..aku baru jumpa...ko keja apa sekarang?tong kosong macam dulu lagi ke?he he...hutang kedai aku ko tak bayar lagi tu...balik kampung nanti jangan lupa bayar,,

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.