Friday, February 11, 2011

Guan Eng patut beri anugerah khas pada umno P.Pinang




Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.

NONEGambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.

Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.

Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.

Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.

leaflet"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.

"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu,” katanya.

Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.

"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri,” katanya.

Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini.

Sharpshooter - Tidak boleh dinafikan lagi bahawa umno P.Pinang memang pembangkang terbaik di P.Pinang. Sepatutnya Guan Eng beri anugerah khas pembangkang terbaik kepada umno P.Pinang

Jangan serang umno P.Pinang yang sedang nazak..sian umno P.Pinang....

Sejak bila umno P.Pinang jadi pembangkang terbaik?
Sejak 8 March 2008

Sejak bila umno P.Pinang jadi pejuang Melayu tulen?
Sejak 8 March 2008

Sejak bila umno P.Pinang gila talak?
Sejak 8 March 2008

Sejak bila umno P.Pinang gila meroyan?
Sejak 8 March 2008

Sejak bila umno P.Pinang anti wang judi?
Sejak 8 March 2008

Sejak bila umno P.Pinang suka tabur fitnah?
Dari dulu...kini...dan selamanya....

Sehubungan dengan itu, rakyat P.Pinang wajib kekalkan umno P.Pinang sebagai pembangkang terbaik P.Pinang. umno P.Pinang juga wajib berbangga dengan pencapaian terbaik mereka....cemerlang... gemilang dan temberang...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

8 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t ni lagi 1 fitnah yang paling bodoh yg dilakukan oleh org2 yg tidak bertggung jawap. kenapa lah org tertentu mebuat pekara yg tidak dapat masuk akal?? buta hati btl org2 yg buat ni semua..

    ReplyDelete
  2. Saya berpendapat tiada salah jika benar pun non muslim (dlm kes ini YB Lim Guan Eng) memakai ketayap. Bukankah itu hanya benda yg menutup kepala dan tidak terhad hanya kepada muslim. Jika non muslim memakai ketayap dan membuat/berada di tempat yg tidak bermoral (spt minum arak, tempat pensundalan dll yg ditegah agama Islam) dgn tujuan mempersendakan Islam, itu patut ditegah.

    Apapun, saya setuju membuat fitnah seperti photoshop YB Lim Guan Eng memakai ketayap walhal dia tidak memakai adalah satu perbuatan hina dan memalukan!

    ReplyDelete
  3. OK lah kita kekalkan umno sebagai pembangkang di PP. Tapi jumlah kerusi tu kena kurangkan setengah. DUN Teluk Kumbar, Pulau Betung dan Seberang Jaya pasti bertukar tangan.
    Takbir!!
    Kepada anom 10:26, you are missing the point. Apa saja yg hasilnya daripada fitnah adalah haram. Full stop..tak ade lagi, but dan tapi. Fitnah adalah HARAM...ada faham! Inilah umno dok asyik spin sana, spin sini sampai tak tahu beza antara halal dan haram.

    ReplyDelete
  4. Kekalkan UMNO jadi pembangkang sebebnarnay dengan merampas sebrapa banyak kerusi yang boleh dari UMNO!! Itulah baru jadi pembangkang yg sebenarnya!!!Semua kerusi Melayu mesti dimenangi oleh PAS dan PKR!!

    ReplyDelete
  5. UMNO BUAT LAWAK BODO!!!
    SAPA YANG GADAI TANAH RIZAB MELAYU SELAMA NI KALAU BUKAN PUAK-PUAK UMNO CELAKA TU....

    ReplyDelete
  6. Mudah-mudah dia betul-betul masuk Islam, minta doa kepada Allah supaya dia mejadikan Islam sebagai pegangan hidupnya....apa salahnya.... puak-puak yang kehilangan kuasa saja macam cacing kepanasan... semua rasa tak kena...

    ReplyDelete
  7. bukan apa yb farid tu tengah menganpu najib coz dia nak jd wakil bn untuk parlimen balik pulau..sebab tu meroyan sampai macam tu.al maklum la kat balik pulau pulau tu hilmi ketua bahagian..

    ReplyDelete
  8. As salam, penulis bernama Malaysian. Am i the one who missed the point or you cant even read and understand simple ayat bahasa malaysia? Sia baca dan paham sebelum memberi komen berupa kebodohan sendiri akibat terlalu ikut perasaan!! Now you pause and read my comments!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.