Tuesday, February 22, 2011

Sharpshooter vs Rais - 3 March fail afidavit pembelaan

Malaysiakini - 22 Feb 2011 - Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat memohon supaya Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikannya masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan dalam kes saman fitnah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Ia berikutan permohonan defendan itu yang dikemukakan pada prosiding 17 Februari lalu maka permohonan injunksi inter-parte (kedua pihak) yang sepatutnya didengar hari ini oleh Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof telah ditangguhkan.

rais yatim pc 020709 01Pada 2 Februari lalu, Rais selaku plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin mengeluarkan artikel yang memfitnah beliau dari blognya.

Selain itu, Hakim Zabariah turut membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi kedua pihak didengar.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Februari untuk sebutan semula kes dan afidavit difailkan oleh kedua-dua pihak sebelum kes itu didengar pada hari ini.

Mahkamah yang sama juga turut membenarkan injunksi kepada Rais bagi menghalang Amizudin daripada terus menerbitkan dakwaan bahawa menteri itu telah merogol seorang pembantu rumahnya dari Indonesia.

Sharpshooter akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. Alhamdulillah semua proses memfailkan pernyataan pembelaan berjalan dengan lancar. Ramai saksi yang sudi tampil memberi keterangan...Lawan Tetap Lawan.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

2 comments:

  1. Dalam kes ini pada pandangan aku, nko akan kalah dari sudut perundangan kerana nko based kan pendangan nko daripada satu punca yang nko sendiri tidak kenali. Nko sepatutnya basekan punca posting
    nko tuh daripada manusia yang dikenalpasti.

    Tidak seperti blog sharpshooterblogger.blogspot.com yang dikenalpasti kepunyaan dan milik nko dan nko adalah manusia, yang boleh diambil tindakan undang2 jika melakukan kesalahan.

    Alaaaa... berani buat berani tanggung ler... apa kisah????

    ReplyDelete
  2. padan muka kau wakakkakaka berlagak macam bagus bela anwar dan nik najis skang padan muka kaw amik kau akibat nya wakakakka

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.