Tuesday, March 08, 2011

Alahai kak ROS kita...

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu memberi penjelasan berhubung keengganan badan itu meluluskan permohonan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti politik yang sah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS kerana dilihat sering melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama dalam isu penggunaan lambang parti.

“ROS patut memberikan penjelasan kalau ada halangan, peraturan tak lengkap dan sebagainya sehingga tak membolehkan mereka luluskan (pendaftaran Pakatan Rakyat). Mereka kena beritahu dan kemudian kita akan perbetulkan. Soal niat dan hasrat kita untuk mendaftar telah kita kemukakan secara rasmi. Bola di kaki ROS,” kata beliau ketika ditemui di lobi parlimen tengahari tadi.

Menurut Saifuddin, pendaftaran itu telah dilakukan sejak 2009, namun sehingga kini ROS masih berdiam diri sedangkan SPR pula memberikan tekanan kepada Pakatan Rakyat supaya ia didaftar sebagai sebuah entiti politik.

“Ada dua isu sebenarnya, satu ialah pendaftaran dengan ROS, satu lagi pendaftaran dengan SPR. Parti politik tak daftar dengan SPR, kita cuma daftar lambang. Daftar dengan ROS telah kita buat dua tahun di mana pengerusi penaja kita ialah Zaid Ibrahim (bekas Pengerusi KEADILAN Wilayah persekutuan).

“Untuk membolehkan lambang bersama didaftarkan, mesti lah kita wujud sebagai entiti bersama yang sah dan itu lah yang kita sedang usahakan dengan ROS,” katanya.

Menurut Saifuddin, terdapat dwistandard dalam amalan ROS kerana tidak meluluskan Pakatan sebagai sebuah entiti ketika permohonan itu diuruskan Zaid, tetapi apabila Zaid mendaftarkan Parti KITA, ROS meluluskannya dalam masa sebulan.

“Kita ada satu keadaan di mana di satu sisi ROS diam terhadap permohonan kita, di satu sisi SPR menekan kita untuk mendaftar kononnya kita menyalahi peraturan pilihan raya selama 16 pilihan raya. Tetapi SPR juga diam dalam soal penggunaan jentera kerajaan, pengumuman bantuan dana kerajaan dan sebagainya,”ujarnya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

3 comments:

  1. Kita pastikan Beer-End keluar dari Putrajaya dlm PRU-13 nanti.

    Kerana dgn cara itu saja kita dapat menghilangkan dasar apartheid yg diamalkan secara halus oleh KERAjaan pimpinan um-NO-ngok terhadap rakyat Malaysia.

    Para pembaca terutaman golongan muda faham ker apa maksud dasar apartheid tu?

    ReplyDelete
  2. Dasar Apartheid adalah dasar pemisahan kulit putih dgn kulit hitam. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua.

    Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah diangap sah dari segi undang2 demi mengekalkan kuasa org kulit putih.

    Mereka yang menentang undang-undang perkauman akan dikenakan hukuman yang teruk.

    Dasar aparteid akhirnya dimansuhkan pada 1994 apabila Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Namun demikian sehingga ke hari ini, kesannya telah mengakibatkan jurang pendapatan yang sangat ketara di antara kaum kulit putih dengan kulit hitam di negara itu.

    ReplyDelete
  3. Itu dia penjelasan mengenai dasar aparTAIK.

    Berbalik kepada keadaan di Malaysia, dasar apartheid ini juga mempunyai sedikit sebanyak persamaannya di mana mereka-mereka yg berkait rapat dengan um-NO-ngok dan Beer-End serta balaci-balacinya akan menguatkuasakan undang-undang yg double standard.

    Puak/kroni mereka dilihat kebal dari undang2 manakala yg lain, hari ni buat salah, kelmarin dah diambil tindakan. Sebab itulah wujudnya istilah mahkamah kangroo. Penguatkuasa yg dilihat tidak adil dari SPR dan SPRM serta lain2 agensi.

    Penjelasan ROS tidak didapati. Parti KITAr semula mudah didaftarkan. PR kenapa susah???

    Semuanya kerana ingin memastikan kesinambungan kuasa mereka sekalipun penuh dengan unsur2 apaTAIK.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.