Friday, March 11, 2011

Alamak....nama Kak Ros dah muncul

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu. NONE

Sebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut.
Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar. Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.

Karpal:
Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008?

Jude:
(teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang.

Karpal:
Siapa?

Jude:
Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ...

Karpal:
Datuk Mumtaz? Jude: Ya.

Karpal:
Bagaimana dengan Najib?

Jude:
Tidak ada.

Karpal:
Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah? Jude: Ada... tetapi saya perlu periksa.

Karpal: Tadi, awak kata ada!

Jude:
Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.

Sharpshooter - Mengapa teragak-agak pula...akhirnya nama kak Ros pula muncul. Hei... Kak Ros...mana mau lari....jangan lari macam Mahathir ...pergi mahkamah takut, tulis buku pula...berani kerana benar takut kerana salah....itu pun org umno tak reti nak fikir.

Semalam isu seluar dalam Saiful menjadi bahan ketawa, yang peliknya mengapa boleh berada di rumah makwe Saiful?

Mengapa air mani Saiful dijumpai di bahagian depan seluar dalam? Saiful berzinakah?

Makwe simpan nak buat apa? nak lepas rindu ke? nak buat basuh pinggan ke? nak buat tudung kepala ke?

Ketika ditunjukkan seluar dalam Sialfool itu dalam mahkamah, Wan Azizah kelihatan menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.

Kita boleh ketawa, kita boleh buat berbagai andaian tetapi kesimpulannya yang malu siapa? yang dihina sebenarnya siapa? Sialfool Anwar atau Islam?

Kita mengaku kita ini adalah umat Islam, kita mengaku bahawa kita memperjuangkan Islam tetapi kesimpulannya mengapa kes liwat ini yang melibatkan sesama Islam tidak dibawa ke Mahkamah Syariah?

Mengapa ada menteri umno yang sanggup menghalang kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah? Adakah kita sudah tidak yakin dengan Mahkamah Syariah? Adakah kita sudah tidak yakin dengan hukum Islam?

Siapa lagi yang sepatutnya mendaulatkan Islam jika bukan kita yang mengaku beragama Islam. Jawapannya ya...sudah pasti orang Islam yang wajib mendaulatkan Hukum Islam. Jika kita mengaku kita adalah Islam dan kita mengaku bahawa Allah itu tuhan kita, kita juga kena yakin bahawa Allah turunkan Al-Quran itu sebagai panduan hidup kita.

Jangan kita buang Al-Quran hanya kerana kepentingan politik kepartian semata-mata. Jangan kita hina Hukum dalam Al-Quran hanya kerana politik duniawi semata-mata.

Mana hilangnya suara 40 ulamak muda umno? Mana hilangnya suara Fairus yang mengaku masuk umno kerana memperjuangkan Islam? Mana hilangnya suara Zul Noordin yang kononnya menjadi pejuang Islam Melayu tulen? Mana hilangnya suara Mufti dalam kes liwat ini? Mana hilangnya suara ustazah umno Mashitah? Usah jadi syaitan bisu.

Nabi Saw bersabda:

“Orang yang berdiam diri dari kebenaran (tidak mahu mengingatkan atau berusaha membuat perubahan), adalah seperti syaitan yang bisu.” [HR. Al Hakim]



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. Nak suruh madey masuk mahkamah, pegi la saman dia, pastu sapina masuk mahkamah.

    ReplyDelete
  2. kalau makamah syariah dah lama kena jel dah sebab nak elak masuk jel lah pakai sikapal singki tu supaya dapat bela dia. kenapa kau ni bodoh sangat macam lembu cucuk idung. berapa kau dpt habuan dari sijubri tu?

    ReplyDelete
  3. nampak sangat korang berdua buta sejarah...Madey tu dah pernah kene Sapina dulu..tapi dia tak berani datang..kalau nak ikut dah boleh kene jel..tapi hakim lagi takut kat Madey dari takut kat Allah...pas tu minta peguam Anwar hantar soalan kat dia..bila dah bagi soalan..Madey tak mau jawab...

    Mimie..Anwar dah lama mintak dibicarakan di mahkamah syariah...sampai sekarang belum dipanggil lagi..

    org2 macam korang ni memang sgt diperlukan oleh UMNO dan BN..sebab malas buat "homework"..

    ReplyDelete
  4. Ni sume kes tipu,sbb ape bukti yg dibawa oleh pihak pendakwa sume xjd,senang2 je belasah karpal singh,umno terpaksa panggil pelakun lama cik ummi sbgai pelakun tambahan..
    Klu betul la mencirit karpal singh nk menafikan setiap bahan bukti

    ReplyDelete
  5. Makin lama Drama swasta nie, makin malu budak saiful tu satu-satu pendedahan dibuat yang akhirnya memakan diri.

    To anon 5:39 dan mimie, aku setuju sangat dengan anon 2:05 umNGOK memang memerlukan orang-orang macam hangpa yang jelas dan nyata KEBODOHANNYA, memang umNGOK memerlukan LEMBU-LEMBU macam hangpa yang BENGAP supaya mudah diPERBODOHKAN.

    Drama swasta LIWAT 2 nie yang hangpa nak percaya? dah berapa tahun dah kes nie? dah berapa ramai orang suruhan yang jelas dan nyata membohong tapi masih hangpa nak percaya? Tun M pun dah mengaku dia yang tuduh DSAI masa tu tapi DSAI tak salah apa pun. Tapi masih hangpa nka percaya.

    Ntah la, tapi hangpa memang betul-betul LEMBU-LEMBU TERNAKAN umNGOK.

    -wakleman

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.