Tuesday, March 29, 2011

Gambar-gambar mimpi ngeri bik mama najib








Hampir 10,000 umat Islam menunaikan solat hajat pada program Solat Hajat dan Pidato Khas – Menolak Fitnah Jahat di Stadium Malawati di sini, malam ini.

Program itu bermula jam 7 malam dengan solat Maghrib sebelum solat hajat yang diimami Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut menyertai solat ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, selain umat Islam dari pelusuk tanah air, khususnya anak Selangor.
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut menyertai solat hajat itu.

Program kemudian diteruskan dengan ucapan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Anwar, Hadi dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Program berkenaan dibuat berikutan amalan fitnah semakin menjadi-jadi dalam lanskap politik tanah air, khususnya melibatkan Anwar.

Selain perbicaraan kes Fitnah II, umat Islam digemparkan dengan penayangan video seks palsu yang bertujuan meranapkan reputasi Ketua Pembangkang itu di mata rakyat tetapi usaha jahat itu gagal memikat hati rakyat.

Ternyata penerbitan video lucah oleh kumpulan Dato T telah menaikkan semangat rakyat. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Rakyat bukan mempercayai apa yang didedahkan itu tetapi semakin menaikkan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan umno dan b-end. Rakyat yakin video ini didalangi dan dilindungi olah kerajaan umno b-end sebab itu Nazri dan Hishammuddin bermati-matian mempertahankan Dato T.

Kemunculan video ini ibarat seketul batu yang terlalu besar dilontarkan ke dalam air yang tenang dan mengakibatkan gelombang kebangkitan ledakan reformasi ke dua selepas era reformasi 98.

Inilah igauan mimpi ngeri bik mama walaupun bik mama pernah menghabiskan wang rakyat RM100 ribu hanya untuk tidur semalaman di hotel terkemuka di Dubai. Mengapa Mat Sembab langsung tidak respon tentang video ini dan mempertahankan Dato T? Mengapa hanya Hishammuddin, Nazri dan Rais sahaja yang bermati-matian mempertahankan Dato T?

Semoga Allah memberi kekuatan dan InsyaAllah kerajaan umno b-end akan dapat ditumbangkan pada PRU13.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. tidak pernah berkenalan dengan pak a.samad,namun namanya selalu terbaca didalam persada penulisan.tidak pernah pula pak a samad mempersendakan sesiapa,malahan apa yang dinukilkan bertulis atau tersirat amatlah jelas hasrat ingin mengubah minda pembaca terus berfikir dan berpindah kealam yang lebih keterbukaan dan mencabar akal srta minda itu sendiri.penulisan pak a samad menyelami lautan ilmu tanpa sempadan.selamilah apa yang tersirat dari apa yang tersurat,itulah pak a samad. susuk yang kerdil ternyata raksasa yang hebat bebas dari prasangka yang dicipta yang diada adakan dari tiada.

    ReplyDelete
  2. TGHA bidas ulama2 yg selama ini pro kerajaan kerana terus membisu dalam isu ini, takut untuk nyatakan pedirian dan menegur pemimpin umno. Ulama2 sebegini seolah2 lehernya telah dijerut tali dan hanya menuggu tuannya megheret ke padang ragut untuk digemukan...tak berani menegur jauh sekali membantah.
    Ulama2 macam inilah yg secara terus menyumbang ke arah kehancuran umat dan akidah. Mereka2ini dah berkali2 tawaf di kabah..Apakah masih belum dapat petunjuk? atau jelas munafiq yg bertopengkan islam???
    Berbalik kepada umno, keagkuhan pemimpin umno dah sampai ketahap meruncing,sedarlah sebelum jangan sampai ulama dunia mengeluar fatwa bahwa menyokong/mengundi umno ..akan jatuh fasiq?

    ReplyDelete
  3. nak tanya ,yang ramai tu lelaki je ea

    ReplyDelete
  4. izan ctk yalah yang ramai tu lelaki ja yang wanitanya tak nampak pun....

    ReplyDelete
  5. Yelah cik anis 3.20..

    mana boleh bercampur lelaki perempuan dalam satu 'lot'...
    mungkin tak ambil gambar perempuan kot

    ReplyDelete
  6. aku tidak akan lupa fitnah-fitnah ini..
    1. fitnah najib dan altantuya.
    2. fitnah APCO..
    3. fitnah kapal selam..
    4. fitnah oleh kickdefalla yang dibayar 4juta oleh PAS..

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.