Sunday, March 27, 2011

Jangan bodohkan umat dengan lakonan video aib – Dr Asri

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah diperbodoh-bodoh dengan lakonan dalam sesebuah video untuk mengaibkan individu tertentu.

“Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan-akan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

“Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun.

“Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” tulis Dr Asri dalam blognya sambil menegaskan, perbuatan mengaibkan orang lain dilarang keras dalam Islam.

“Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

“Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai,” katanya yang turut berpandangan penubuhan suruhanjaya bukan penyelesaian terhadap kes video seks palsu.

“Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat,” katanya.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

2 comments:

  1. Cakap Dr Asri ni pun tak boleh pakai. Apa pula hukum komen dia kalau dia sendiri hipokrit? Dia pun tak layak nak beri nasihat- bagi saya dan kawan kawan yang tau dia goda wanita jelita isteri orang dengan sms ynag berbau seks juga- apa hukum nya?

    Nasihat - jangan senang percaya orang pakai kopiah.Rahsia dalam kain sendiri bersihkan dulu.

    ReplyDelete
  2. tanpa nama Mac 27, 2011 8:55:00 AM,

    boleh buktikan kata-kata anda..

    Hancing macam bau fitnah!!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.