Monday, March 07, 2011

Umi Hafilda perlu tampilkan 4 orang saksi.



Jika kita lihat dan dengar ceramah Umi Hafilda, sudah sampai masanya Azmin perlu bersihkan namanya dan isterinya serta nama Anwar Ibrahim dari segala tuduhan oleh adik kandungnya sendiri. Pendedahan adik kandungnya sendiri tentang skandal isteri Azmin Ali, Shamsidar dengan Anwar Ibrahim ternyata berjaya mempengaruhi sebahagian besar orang Melayu.

Ini bukan soal politik tetapi ini soal maruah sebagai seorang suami, alangkah dayusnya seorang suami jika membiarkan isterinya dituduh sebegitu rupa oleh adik kandungnya sendiri di depan rakyat tanpa kita mengambil apa-apa tindakan.

Sebab itu, sudah sampai masanya Azmin perlu bersihkan namanya, isterinya Shamsidar dan Anwar Ibrahim dengan menyaman adik kandungnya sendiri, Umi Hafilda.

Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh pinggirkan hukum Islam, jika menurut hukum Islam, Umi Hafilda juga wajib sediakan empat orang saksi lelaki yang adil. Jika beliau gagal menyediakan 4 orang lelaki saksi yang adil, maka Umi Hafilda akan dikenakan hukuman Qazaf.

Apa itu Hukum Qazaf?

Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq.

Firman Allah swt yang bermaksud,

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq."

Surah an-Nur:4

Siapa yang tuduh orang berzina atau siapa yang tuduh orang meliwat tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil ; Allah swt telah tetapkan 3 jenis hukuman kepada mereka ini.


i) Sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan.
ii) Jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya.
iii) Allah melevelkan mereka ini sebagai orang yang fasik.

Nanti ada yang bertanya, mengapa sharpshooter tuduh pak menteri rogol amah tanpa 4 orang lelaki saksi yang adil?

Sharpshooter hanya copy & paste laporan harakah daily di sini. Tetapi yang disaman sharpshooter yang sekadar tukang lapor, tetapi tak pa lah...kita lawan di mahkamah.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. saudara jgn lupa, dalam hukum islam ada juga dinyatakan tentang Qarinah dan juga Takzir....

    ReplyDelete
  2. Apa itu Qarinah?

    Bukti-bukti ini disebut qarinah di dalam Islam, ia terbahagi dua iaitu qarinah yang kuat (qat’ie) dan yang lemah (zanni). Qarinah yang kuat, cukup untuk mengharuskan hukuman dilaksanakan. (Rujuk Al-Feqh alI-Islami wa adillatuhu, 8/ 6128). Bagaimanapun sekuat mana pun qarinah, ia masih sebenarnya tidak lepas dari syubhat. Contohnya: mengandung tanpa suami, mungkin sahaja dengan memasukkan air mani ke dalam rahimnya dengan alat moden. Justeru, untuk menjatuhkan hukuman hudud ke atas seseorang dengan berpegang kepada qarinah amat amat tipis. Amat sukar untuk menwujudkan qarinah qat’ie.

    Di dunia hari ini contoh qarinah seperti kesan air mani, bulu-bulu, darah dan cap jari boleh dianalisa dan dipastikan kepunyaan lelaki atau individu tertentu. Kiranya sabit, ia hanya cukup untuk dilaksanakan ta’zir kerana qarinah ini bersifat Zanni. Bagaimanapun perlulah melalui perbicaraan yang lengkap terperinci. Demikian juga bau arak di mulut bagi menthabitkan hukuman kerana minum arak. Mengandung tanpa suami juga adalah qarinah.

    Takrif Ta’zir

    Menurut Ulama’ Hanafiah: Ta’dib (Hukuman Pengajaran) selain Hudud. (Fath al-Qadir, Ibn Humam 5/112; At-Ta’rifat, Al-Jurjani ms 55, Ad-Durru al-Muhtar, Ibn ‘Abidin 3/117)

    Menurut Malikiah: “Hukuman yang tiada had tertentu daripada Allah, ianya dijatuhkan kerana ma’siat yang dibuat kepada Allah ataupun mencabul hak manusia” (Al-Syarh al-Kabir, Ad-Dardir 4/354)

    Menurut Syafi’iyyah: Hukuman Pengajaran ke atas dosa seseorang, dan bukan kaffarah (Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 4/191)

    Menurut Hanabilah: Hukuman yang disyariatkan ke atas jenayah yang tiada peruntukan hudud padanya (al-Mughni, Ibn Quddamah, 8/324)

    Hukuman ta’zir adalah masyru’ (disyari’atkan) di dalam Islam berdasarkan ayat al-Quran iaiatu (ayat 24 surah An-Nisa’, serta hadtih dari Abu Bardah (riwayat Bukhari dan Muslim), dari Ibn Abbas (riwayat al-Baihaqi dan at-Tirmizi), dari Muadz Bin Jabal (riwayat Ahmad , al-Hakim dan Nuruddin al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid) dan dari Amru Bin Syuaib (riwayat Al-Hakim, Ad Darul Qutni dan As-Sayuti).

    ReplyDelete
  3. berani ke azmin nak saman ummi?..sdngkn anuwar sifu da pun tak berani nak bersumpah..ini plk nak sman..errrmmm,berngan je la..tunggu je la sungai buloh tu..huhhu

    ReplyDelete
  4. tanpa nama 2:32...

    Jgn jadi bodo...nape sibuk2 nk brsumpah...klu brsumpah blh lepas ke? dulu pn anwar brsumpah tp kna masuk penjara jgk...tp xpe di dunia xlepas tp insyaallah di akhirat org2 yg fitnah ni xkn lepas...jgn kita ingat idup selamanya...tanpa nama 2:32 pn xkn lepas di akhirat...nnti ko jilat balik ludah ko dlm ulasan ni...kah10

    ReplyDelete
  5. Aku tak faham sungguh dengan perangai orang umno ni suka sgt bersumpah-sumpah. Dah menjadi dasar umno kot bagi pemimpinnya buat salah tak kira sebesar mana pun...lepas buat sumpah yg dia tak buat....settle semua. Ini adalah punca kenapa Malaysia semakin hari semakin corrupt dimata didunia....salah orang umno kerana tahap kemampuan berfikirnya terlalu simple dan tak mampu berhujah logik akal. sumpah boleh settle semua. Hatta kalau guna C4 letup orang pun, lepas tu bersumpah tak kenal orang tu...boleh settle.

    ReplyDelete
  6. sudah ummi,klu anwar ni jahat xyah susah2 nk jatuh kn dia,guna sprm pun dah bole,tp sbb xd bukti terpaksa gunakan hang sebagai bahan bukti,la ni letih la hang nak crita sana sini,sampi umno nk berkubur terpaksa gunakn hang padahal anwar sdng dikenakan tuduhan,klu liwat nape xbwak pergi mahkamah syariah,karpal singh pun xbole nk support anwar tp sbb kes melalut terpaksa guna mahkamah sivil,terpaksa anwar guna karpal singh..la ni sape yg bohong,jgn ingt kami bodoh

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.