Tuesday, April 19, 2011

Blogger Hijat terlantar di ICU Hospital Pantai

Blogger Noor Izzar atau lebih mesra dengan panggilan Hijat 32 tahun kini terlantar di ICU Hospital Pantai, Bayan Baru, P.Pinang sejak semalam.

Terkejut sharpshooter melihat keadaan Hijat yang terlantar kesakitan. Hanya seorang dibenarkan melawatnya pada satu masa.

Pada mulanya beliau menyangka demam campak pada minggu pertama, selepas itu beliau dimaklumkan oleh pengamal perubatan tradisional beliau terkena kayap pada minggu kedua.

Akhirnya pada minggu ketiga beliau dimasukkan terus ke ICU kerana disyaki terkena jangkitan kuman atau penyakit kulit atau alahan ubat. Seluruh badan beliau melupas.

Hijat pernah dimasukkan ke Hospital Pantai selama 5 hari pada bulan March 2011 kerana sakit Thyroid. Seminggu selepas keluar wad beliau terasa sakit dan gatal-gatal.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya..

Kepada sesiapa yang ingin membantunya bolehlah menghulurkan bantuan di akaun Maybank Noor Izzar bin Jamaludin 157296024802.

Sementara itu, ibu mertua Rezal Khuzairi PA TKM1 P.Pinang baru selamat menjalani pembedahan kelmarin di Hospital Pakar Bagan kerana kanser rahim.

Semoga Allah sembuhkan penyakit mereka..amin..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

  1. syafakallah....mudah2 han Allah s.w.t memberi petunjuk kepada penawar nya...saya masa din post beliau sakit thairod saya da rasa semacm x kena.. coz kawan saya dulu operate thairod juga.. lepas tu gila sampai skang..


    cuba2 la kedua2 rawtan ...rawatan islam dan moden... utamakan Allah s.w.t kirikkan salam kami kepada beliau

    ReplyDelete
  2. kalau kayap phuuh sakit whoo..macam nak terbakar kulit rasa siap bisa...gua kena kayap selebar 3 jari 1 minggu tak leh tidor malam, gua tak tau nak cakap macam mana kalau saudara kita kena hampir 1/2 badan...banyak bersabarlah bro...ingat pada allah s.w.t.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.