Tuesday, April 26, 2011

Hayat Saifudin tidak lama dalam politik

TMI - Henti salahkan pengundi tak pilih BN, kata ahli MT Umno

April 25, 2011
Saifuddin: Kita perlu menerima apa jua keputusan pengundi dengan berlapang dada walaupun keputusan tersebut tidak memihak kepada parti kita.
KUALA LUMPUR, 25 April — Komponen Barisan Nasional (BN) tidak wajar menyalahkan ataupun menuduh mereka yang tidak mengundi perikatan itu ketika pilihan raya termasuk di Sarawak baru-baru sebagai tidak bersyukur, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sebaliknya tegas beliau, setiap pihak perlu menghormati hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang mereka inginkan.

“Dengan penuh rendah diri, saya menyeru rakan-rakan dalam BN supaya tidak menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak mengundi BN dalam mana-mana pilihan raya sebagai tidak bersyukur kepada kerajaan BN,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kita perlu menerima apa jua keputusan pengundi dengan berlapang dada walaupun keputusan tersebut tidak memihak kepada parti kita,” kata beliau mengulas tindakan pihak-pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang menuding jari, malah mahu masyarakat Cina di Sarawak dihukum kerana memperlihatkan sokongan kuat kepada DAP, parti komponen Pakatan Rakyat, ketika pilihan raya negeri 16 April lalu.

Selain undi populariti, kerusi dimenangi DAP meningkat dua kali ganda berbanding pilihan raya negeri 2006.

Di Sarawak, BN memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 dan Bebas satu.

Akhbar-akhbar milik Umno juga menyatakan pendirian sedemikian agar BN tidak lagi bertindak sebagai “pemurah” kepada kaum Cina ekoran perkembangan di Sarawak.

Sejak selepas pilihan raya umum 2008, arah aliran sokongan masyarakat Cina kepada BN tidak banyak berubah.

Pandangan agar BN bertindak ‘keras’ terhadap pengundi-pengundi Cina juga disaksikan selepas pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor awal tahun lalu.

Kerusi itu disrampas balik oleh BN, tetapi majoriti undi masyarakat Cina masih kekal di pihak pembangkang.

Saifuddin yang juga timbalan menteri berkata, “sebagai ahli parti BN, saya percaya kita telah melakukan yang terbaik untuk memenangi hati rakyat tanpa mengira kaum dalam setiap pilihan raya kecil termasuklah pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.”

“YAB Perdana Menteri sendiri telah memperkenalkan pelbagai pendekatan baru dalam menawan hati rakyat semua kaum.

“Saya optimis sekiranya BN konsisten dengan usaha-usaha kita sekarang, BN akan memenangi semula hati rakyat semua kaum,” katanya.

Justeru soal Ahli Parlimen Temerloh ini, jika setiap pihak memilih untuk menyalahkan pengundi-pengundi terbabit khususnya masyarakat Cina, bagaimana parti-parti BN hendak berhadapan dengan mereka dalam pilihan raya akan datang.

“Bagaimana jika pada ketika itu mereka menempelak kita? Bagaimana jika kali ini mereka pilih pembangkang hanya sebagai protes sahaja, tapi, dek kerana cara negatif kita itu, maka mereka terus menerus pilih pembangkang kerana tindak-tanduk kita,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Bernama Online memetik Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, parti teras BN itu yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong BN dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Katanya, walaupun sokongan daripada masyarakat cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.

“Saya percaya orang cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.

“Justeru, saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jamuan 1Malaysia anjuran Umno Bahagian Batu Kawan di Juru malam tadi.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa memberi kemudahan dan bantuan yang sama rata kepada semua kaum di negara ini.

Sharpshooter - Dalam tren politik versi veteran yang ada sekarang di Malaysia samada parti pemerintah atau pembangkang, stail yang dipilih atau teguran yang dibuat oleh Saifudin sebenarnya amat tidak disenangi oleh pemimpin utama umno.

Saifudin telah dilevel sebagai "Trojen Horse" oleh pemimpin umno dan blogger pro umno kerana banyak pendiriannya akhir-akhir ini dilihat bertentangan dengan pemimpin utama umno. Apa ertinya demokrasi jika semua perkara wajib angguk-angguk...geleng-geleng...ikut telunjuk...nampak gayanya hayat Saifudin tidak lama dalam politik umno....

Generasi muda dalam politik wajib membawa versi baru dalam dunia politik tanahair. Stail politik versi veteran yang tidak boleh ditegur, yang hitam disuruh kita kata putih, yang putih dipaksanya kita kata hitam, yang menipu disuruh kita ampu, yang menyeleweng disuruh kita sanjung, yang rasuah disuruh kita puja , yang bohong disuruh kita patuh...

Teringat Puisi Dato' Dr Siddiq Fadhil

Orang Kecil jika ikhlas.....diperas
Jika diam....ditikam
Jika protes....dikentas
Jika usil.....dibedil

Orang Kecil jika hidup.....dipersoalkan
Jika mati.....tak dipersoalkan
Lebih baik jadilah orang besar
Baginya selalu besar

Orang Besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim-tak zalim dibiarkan

Orang besar boleh bicara semuanya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja

Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur

Orang kecil berani dikata kurang ajar
Orang besar kurangajar dikata berani

Orang kecil memperkatakan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. inilah politik matang....satu2 parti or badan gabungan politik harus memberi yg terbaik, sokongan rakyat boleh menilai

    namun bila kita menang kadang2 kita juga lupa, saya ada 2 kes utk rujukan:

    1, di tempat tinggal sekarang, bangi.
    kawasan ni banyak kawasan perumahan baru, dah setahun saya dok sini, tp muka2 yb dun n parlimen saya tak pernah jumpa.
    saya rasa ini sikap kita yg ambil lewa dan mudah bila free dari pilihanraya.
    sepatutnya, wakil2 rakyat ni dtg la menjengah kita org kat perumahan baru, tanya about daftar pengundi, maybe diaorg boleh bantu kita org pindahkan undi ke kawasan baru, ya la, rata2 kita org baru yg tak mengundi di bangi, so time ni la PR khususnya melalui khidmat kawasan buat kerja, ini tak, haram tak pernah jenguk. apakah tunggu waktu pilihanraya? masa tu sorry la, kita org tak mengundi di bangi.
    bayangkan paling kurang ada 2 org yg boleh mengundi bg setiap rumah. ada 100 unit rumah baru. ini baru 1 taman.
    agak2 nya apa yang depa dok tunggu.

    kes 2: tidak menghadiri jemputan
    kawan saya ada pertubuhan bkn kerajaan, ngo. dia buat beberapa kali majlis. masalahnya kawasan itu adun dr umno, n parlimen dari pas. so dia as a professional dan menghormati perlembagaan, maka pada majlis tersebut ngo ni jemput kedua2nya, namun yg datang hanya adun umno, ahli parlimen pas bukan sahaja tak datang, namun surat jemputan pun dia tak response. ok la 1st time.
    then 2nd time jemput pun tak datang...maybe sibuk kot bulan puasa, ok jemput rumah terbuka hari raya, pun tak datang...akhirnya setelah 2 tahun baru datang...setelah jemputan kali ke 7. namun adun umno ni tujuh2 kali datang.
    sikap pemimpin apakah begini. begitu juga, harap jemput baru datang....turun padang, cheh. sekali pun tak pernah.

    saya bercakap bkn sbb dengar cerita tp inilah realiti yg saya jg hadapi. seperti kes kedua...bila adun umno datang, dia org tak nak dtg. come la...jdkan tugas wakil rakyat itu professinal.

    nak menangi undi, kena menangi hati.

    ReplyDelete
  2. come on la, xkan sb xdtg kenduri dah xnak bg undi lg...

    nak politik ni kena matang sket...byk lg isu national yg lebih besar yg kena tgk...

    bukan setakat xdtg kenduri pn dah bising...

    ReplyDelete
  3. albinjayie

    nak jumpa yb pr senang je.try p sembahyang waktu.subuh ke zuhur ke asar ke.insyallah ada diorang kat situ.bukan p hari jumaat maghrib isyak.tak pun ada majlis je baru nak p masjid.

    ReplyDelete
  4. bg la diorg wat keje lbih penting dr hadir kenduri kendara,adun umno memng cmtu,makan free n nk glamor dia no.1 sanggup bersalam smpi ke dapur tu..

    ReplyDelete
  5. Kepada tanpa2 nama sekelian,
    Refer kes la, jgn main komen ja

    Kes 1. Aku dah 3 kali mengundi yg mana setiap kali mengundi aku balik ke kg beratus km semata2 utk undi barisan alternatif ... Sampai 2008 dulu pakatan rakyat. Apa yg aku isukan d sini adlh betapa x agresifnya pr d sesetengah tempat terutama dlm menambah undi d kawasan2 perumahan baru. Bayangkan kalau pr dtg jumpa pengundi dr skrg, aku n org rmh dah 2 undi, bygkan kalau aku x tukar alamat undi, maksudnya pr dah rugi 1 undi sbb hanya salah sorang bole blk kg pd hari mengundi. Ini maksud aku. Abis nak jumpa yb kat masjid ja, come la tmn perumahan bnyk kaum lain la, apa salah menjenguk. Then yb nonmuslim pun jumpa kat masjid gak ka. Saranan aku dlm kes ini adlh usaha proaktif. Bila kata yb mesti dah ada pembantu n jawatankuasa dia selain org2 yg dilantik sbg ahli2 majlis.
    I think u all kn memahami situasi politik semasa. Kn bljr terbuka dada. Sbb tu aku komen pun pd entry dinbinjai bila dia buka isu ni.
    Hope bro dinbinjai bole jgk ltk sometimes about political strategy learning dlm blog ni.

    Kes kedua.
    Ya aku setuju bkn la kerja yb nak p mkn kenduri ja... Isu ni pun dah dibincangkan dlm blog tukartiub. Namun kat malaysia khususnya itulah adatnya. Mcm aku sebut kat atas td, yb2 dun or mp kan ada pembantu, xkan tak bole hantar wakil pun. Korang tau tak hukum memenuhi jemputan dlm islam? Then korang tak pernah baca ka yg tgna pun memenuhi undangan, beliau lg la yab mb. Then kalau la sibuk sgt takkan tak bole langsung call bgtau tak dpt dtg sbb dlm kes kedua ni setiap jemputan adlh berdasarkan saluran rasmi.
    1 lg, masa berkempen dulu, berpuluh2 jemputan dpt dihadiri, kematian dpt dziarahi malah pengkebumian dpt ditalkini, tp bila waktu bkn pilihanraya takkan sibuk sekali.

    Memang kita akan naikkan pr tp sikap beginilah yg kita nak hindari. Ingat ini bkn shj sbg pancing undi tp jg adlh dakwah. Jgn ingat kat masjid ja dakwah, buat ceramah ja dakwah namun turun padang jumpa rakyat jg dakwah. Lupa apa kerja mlm2 khalifah sy umar khattab.

    Kesimpulan.
    Kita perlu matang dlm cara pengendalian politik utk keuntungan undi. Luaskan skop pemerhatian dan analisis spy kita bkn shj jd penyokong yg berilmu malah boleh memberi idea utk terus membgn bersama islam...
    Wallahuaklam.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.