Sunday, April 24, 2011

Mustaffa berang utusan putar belit laporan

KUALA LUMPUR: Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

“Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.

“Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, polis siasat sahajalah.

“Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut,” katanya dipetik dari Harakah Daily, hari ini.

Utusan Malaysia dan beberapa akhbar arus perdana hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk ‘PAS tunggu siasatan selesai’.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan Malaysia, beberapa media lain termasuk Berita Harian, Sinar Harian dan The Star turut melaporkannya.

Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.

6 comments:

  1. Akbar putar belit kenyataan Mustafa Ali kah atau memang kenyataan Mustafa Ali berputar belit hingga akhbar pun susah nak faham apa yang dia cakap? Sebab benda macam ni bukan berlaku kali ini saja, malah setiap kali Mustafa Ali bagi statement ke akhbar, setiap kali itu lah dia akan keluarkan balik statement mengatakan akhbar salah petik kenyataannya. Sebelum ini dah banyak kali dia kata akhbar suka putar belit, tapi masih lagi suka nak cakap dengan akhbar.. kalau orang kata hang bodo.... hang marah, kata orang tak wala'.

    ReplyDelete
  2. Mus Ali nie memang bodoh.. dah tau surat kabar tu memang putar belit masih nak bg komen......
    Suka cari kontroversi.....

    ReplyDelete
  3. Mustafa Ali ni seorang kaki putar belit, cakap main bantai, akal pendek.Sebab itu salahkan akhbar salah petik. sememangnya dia benci anuar ibrahum. sebab tu kenyataan beliu berbau kencian kepada PKR tanpa dia sedar akan akibatnya.

    ReplyDelete
  4. Apa boleh buat jika ahli2 pas di atas sana masih mempercayai si bebal menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  5. ada pun tahap kesihatan pemberita utusan meloya pada waktu itu amat tenat,telinga beliau telah di pekakkan oleh iblis latnatullah,jadi tn.hj jgan segan2 nk saman iblis2 ini.ulamak dan mufti pn depa fitnah.berita fitnah dh memang senonim dengan mereka.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.