Wednesday, May 04, 2011

Eskay dah kantoi

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

Menurutnya,  beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

Sharpshooter - Allah itu Maha Kuasa.. Anda nilailah sendiri insan yang bernama eskay ini dari awal kenyataannya hingga hari ini..siap bersumpah laknat..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

4 comments:

  1. Salam Sdr. Din

    Mohon panjangkan n3 ini ke blog saya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Keratan lapuran Malaysiakini...
    ...."Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

    “Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau."....
    kah..kah..kah..kah..kah apa punya kualiti lah reporter Malaysia ni..layak interview artis saja lah kot...kena tipu pun tak sedar.

    ReplyDelete
  3. Siapakah Eskay?

    1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.

    2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.

    3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.

    4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.

    lagi pendedahan sila lihat di MiloSuam

    ReplyDelete
  4. anon 12.00am..
    wartawan tercengang bukan pasal tuduhan eskey kepada wartawan yang mereka sepatutnya lebih mengetahui dari dia tapi kenyataan BANGANG dan BAGHAL si kambing gurun eskey nii.. dalam sumpah laknat dia dikatakan si kambing ni dan anwar ada dalam video dan ini secara tak langsung si kambing ni menuduh anwar berzina.

    Namun kenyatan si kambing ni boleh jadi ada kebenaran jika yang berzina tu eskey dan pengarahnya anwar :-)disebab kenyataan si kambing ni melalui malaysiakini adalah tidak menuduh anwar berzina dan sememangnya senada juga dengan sumpah laknat sikambing ni yang menyatakan dia dan anwar ada dalam video lucah.. Kenyataan ini juga bercanggah dengan Blogger pro umporno yang menuduh anwar BERZINA!!.

    keliru-keliru... bangang punya eskey.. baghal blogger-blogger UMPORNO!!

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.