Sunday, May 22, 2011

Guan Eng sumbang RM25 ribu pada mangsa Islam

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh semalam.

Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang dialami mangsa.

Katanya, sungguh pun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu.

"DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapat dielakkan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

5 comments:

  1. AKU INGAT LAGI MASA DULU DI KAMPUNG KAMPUNG.

    BILA CINA NAK PAJAK TANAH ORANG KAMPUNG UNTUK TANAM TEMBAKAU, DIA AKAN PI DUDUK KEDAI KOPI DAN BELANJA ORANG KAMPUNG YANG MINUM KOPI DI SITU. LEPAS TU SEKAMPUNG PAKAT PUJI CINA TU BAIK.

    LEPAS TU SEKAMPUNG PAKAT BAGI TANAH KAT DIA UNTUK TANAM TEMBAKAU, YANG JADI KULI PUN ORANG MELAYU KAMPUNG TU JUGA.

    PENDEK CERITA, ORANG MELAYU SAMPAI BILA PUN AKAN PUJI KALAU CINA BUAT BAIK, WALHAL BAIK CINA ADA MAKNA. CINA TAKKAN BAIK DENGAN MELAYU KALAU TAK UNTUNG.

    YANG PALING SEDIH, ADA PULA TUKANG PENCACAI BLOGGER DOK ANGKAT, DOK JILAT CINA YANG NAK PELINGKUP MELAYU......HINA SUNGGUH

    ReplyDelete
  2. Dah lama da kalu org cina nk pelingkup melayu sbb ekonomi org cina yg pegang. Cthny klu raya cina, org melayu cukup susah nk beli barang, repair kereta/motor dsb. Itu sbb DSAI cakap, org melayu klu nk pandai, kena belajar dgn org cina begitu juga sebalikny tp klu brterusan mcm sikap org berbulu dkt atas tu, selamanylah jadi org pencanang prkauman.

    ReplyDelete
  3. kami mahasiswa menyokong perjuangan blogger Sharpshooter.

    ReplyDelete
  4. AKU SETUJU DGN BERBULU... Yang rembat tanah TUDM Subang Cukong Cina, yg jadi pencacai gadai tanah tu pemimpin melayu Umporno... ! KM Cina Pulau Pinang nak buat projek buat Open Tender- dpt kat kontraktor Melayu. Pemimpin Melayu Umporno nak buat projek buat runding terus bagi kat Cina ... Itu hanya secebis perbezaan antara 'pemimpin Melayu Baik' dgn 'pemimpin Cina Jahat' dari kaca mata BERBULU.

    ReplyDelete
  5. Yg nak pakai duit utk cepat kaya biasa nya orang Melayu yg ada pangkat sikit, walhal JKK je. Habis di guna YB Adun, Tok Penghulu, DO , pusing sana pusing sini ambik tanah orang kampung jual kat cina sebab dia ada duit.

    Begitulah modes operandi "smart partnership" orang melayu dgn cina yg di ajar olih umno turun temurun. La ni ada cina nak bagi duit rumah anak yatim, ada orang melayu pandang serong, walhal dia sendiri silap -silap sekupang pun tak bagi. tapi pasai dna melayu ada dalam badan, secara automatik dengki mesti ada.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.