Tuesday, May 17, 2011

RON95 dijangka naik bulan depan

Harga petrol RON95 dijangka naik lagi bulan depan apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional mengumumkan semua harga produk petroleum termasuk RON95, akan dikaji semula.

"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.

"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun…saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," kata Ismail Sabri.

Harga RON 95 kali terakhir naik adalah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga semasa pasaran baru sahaja naik 20 sen kepada RM2.70 seliter pada 2 April.

Sharpshoooter - bukan naik harga tapi penyelarasan harga :-) sokong jangan tak sokong..lagi naik lagi sokong..sokong bawa rebah..hahaha

Sent from my BlackBerry®
powered by Sinyal Kuat INDOSAT

1 comment:

  1. teman yakin minyak akan diturunkn dgn sebanyak yg boleh sebab PRU13 dh hampir dan minyak dunia jatuh....targetnya yg atas pagar dan yang nk blah dari BN , diharap PR tak terperangkap dgn isu ini dan bole bertindak jika keadaan tersebut berlaku....tq

    simpang 4 bagan datoh

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.