Sunday, June 05, 2011

Kematangan PAS wajar dicontohi

Oleh Nazri Abdullah   

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Biarpun PAS diserang hebat oleh media sebelum dan selepas keputusan pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetap mengucapkan tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih.

Berucap ketika menyampaikan ucapan penangguhan hari akhir Muktamar PAS ke-57 hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan petugas media yang mebuat liputan selama tiga hari itu.

"Ada (media) menyatakan pimpinan baru ini kumpulan Erdogan.

"Saya kata ini bukan Erdogan, ini (Tuan Guru Datuk) Nik Aziz dengan Hadi Awang, ini bukan AK parti, ini Parti Islam Se-Malaysia PAS,"katanya membidas laporan media yang membuat label tersebut.

Membuat bidasan lebih lanjut, beliau kemudiannya turut memperincikan kepelbagaian latar belakang individu di dalam saf kepimpinan baru PAS itu.

Katanya kepimpinan baru yang diterajuinya itu terdiri daripada lapan ulama, dua doktor, dua jurutera, satu peguam, enam bekas pensyarah dan dua aktivis masyarakat.

Komposisi itu katanya menunjukkan kabinet PAS mempunyai pemimpin rencam termasuk ulama.

Malah katanya perlembagaan PAS juga memperuntukkan enam AJK dilantik, empat anggota dewan harian dan semua pesuruhjaya negeri untuk bersama kabinet baru.

Tahaluf siasi dalam Pakatan berjaya

Dalam ucapan itu juga, Presiden PAS itu juga menyifatkan kerjasama politik dengan PKR dan DAP, berjaya.

Kejayaan itu katanya boleh dilihat kepada sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin meningkat akibat kefahaman mereka terhadap perjuangan keadilan Islam yang dibawa PAS.

"Persefahaman kita, mengekalkan jati diri kita sebagai orang Islam, memperkenal mesej Islam kepada bukan Islam tanpa paksaan.

"Berbeza dengan persefahaman wala' Umno BN yang menghilangkan jati diri, hilang hak dan hilang jati diri Islam itu sendiri," katanya menegaskan perbezaan.

Mengulas isu pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat untuk PRU ke-13 pula, beliau mengingatkan jentera di sesuatu kawasan memastikan kekuatan mereka dahulu sebelum berkira-kira mahu PAS bertanding.

"Kalau nak kerusi untuk bertanding, kawasan itu kena ada jentera, cawangan kena hidup dan kuat, (baru) kita boleh bertanding.

"Tapi tak kan semua kerusi kita nak tanding, itu bukan tahaluf,"katanya

Sharpshooter - syabas kepada perwakilan PAS yang telah mengundi..tidak semua calon kesukaan kita menang tetapi inilah kematangan dan ilmu yang ada pada ahli PAS kerana bagi mereka bukan soal menang atau kalah..yang lebih penting melaksanakan amanah yang diberi..

Mereka tahu jawatan itu satu amanah yang amat berat dan bukannya ia satu kemegahan, inilah asas yang terbina dan terbentuk hasil didikan Islam..sebab itu tidak ada fitnah memfitnah sesama mereka semasa berkempen..PAS tetap contoh terbaik dalam berkempen semasa pemilihan dalam parti..Takbir..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 comment:

  1. Saya pengundi DUN Pasir Tumboh dan Parlimen Kubang Kerian, Kelantan. Saya nak tanya 2 pemimpin ini (ADUN dan MP): Apa makna kepimpinan saudara berdua di DUN PT dan P( Kubang Kerian)? Apa pengisiannya? Amanahnya? tarbiyahnya? Amar makruf nahi mungkarnya di DUN dan P? Ibu tunggal, anak yatim, golongan miskin, program masjid, kebajikan rakyat, zakat faraid, ilmu dan kejahilan rakyat, jenayah sosial, dadah, ragut dan lain2?. MPnya dari Johor hanya datang untuk menang dan meraih jalan senang sebab di Kelantan sudah terdidik Islamnya. Agenda Islam di tempat sendiri macam mana? Mengapa tinggalkan tempat sendiri? Saudara MP dari Johor tidak layak untuk memimpin kawasan Kubang Kerian. Saudara gagal, cuai dan tidak ambil peduli kawasan yang saudara pimpin sebab saudara hanya hendak tiket ke parlimen sahaja dan bergerak di peringkat pusat sahaja. Kalau saudara TIDAK bersama dengan kehidupan dan susah payah serta tidur bangun dengan rakyat Kubang
    Kerian, maka lebih baik saudara wakili kawasan di Johor sajalah. Mana amanahnya kalau kelibat dengan rakyat pun tidak pernah nampak apatah lagi pengisian kepimpinan. Jangan berkhianat dengan kepimpinan. Harap sampaikan perkara ini kepada Tuan Salahuddin itu.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.