Thursday, September 22, 2011

Jawatankuasa Siasatan Khas Ke atas Stesen Parkir Kereta Bertingkat Bawah Bukit Bendera

Kerajaan negeri bercadang untuk menubuhkan satu jawatankuasa siasatan khas ke atas stesen parkir kereta bertingkat bawah Bukit Bendera (Penang Hill) yang dipengerusikan oleh En Shahawai bin Awang, bekas Pengarah JKR Pulau Pinang dan dianggotai oleh President Persatuan Arkitek Malaysia Pulau Pinang Ar Lawrence Lim Hua Kwang dan bekas Presiden Institute of Engineers Malaysia(IEM) Pulau Pinang Ir Lim Kok Khong.
 
Mengikut kenyataan Pengerusi PDC Consultancy Sdn Bhd yang juga Pengurus Besar Penang Development Corporation(PDC) Dato Rosli Jaafar, "Projek sebanyak RM5 juta dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Projek ini telah diluluskan oleh EXCO pada 2007 kepada PDC sebagai agensi pelaksana yang seterusnya diberikan kepada PDC Consultancy Sdn Bhd.

Oleh kerana ia melibatkan PDC Consultancy Sdn Bhd pada 2007, Pengerusi PDC yang baru selepas Mac 2008 tidak diminta untuk memberikan kelulusan atau dimaklumkan tentang projek ini. 

Memang wujud kelemahan isu rekabentuk yang tidak memenuhi kehendak piawaian yang boleh menjejaskan keselesaaan pengguna. Pihak PDC Consultancy Sdn Bhd telah sebaik mungkin memperbaiki kelemahan rekabentuk khususnya mengurangkan kecuraman 'ramp' agar lebih landai dan boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.    

Walau bagaimanapun, PDC Consultancy Sdn Bhd sebagai jurutera perunding sememangnya bertanggungjawab atas penyediaan rekabentuk dan pelaksanaan projek ini.

Sebarang kesilapan dan kelemahan yang berlaku, sudah tentunya pihak pegawai PDC Consultancy Sdn Bhd bertanggungjawab dan bersedia diambil tindakan yang sewajarnya.

Buat masa sekarang, laporan dan langkah pembetulan kini dijalankan demi memastikan rekabentuk sejumlah 6 hentian bas dan 112 tempat letak kereta dapat beroperasi di atas lot yang seluas 0.62 ekar ini.

PDC akan mematuhi arahan YAB Ketua Menteri agar sebelum dibuka, keselamatan awam dan peraturan MPPP mestilah dipatuhi."

Dato Rosli telah pun memohon maaf bagi pihak PDC Consultancy Sdn Bhd atas segala kesulitan yang timbul dan akan secepat mungkin menyelesaikan masalah ini. Walau pun begitu, demi menegakkan prinsip akauntabiliti dan ketelusan, satu jawatankuasa siasatan bebas harus ditubuhkan kerana kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak ada apa-apa untuk disembunyikan.

Jawatankuasa siasatan bebas ini harus diadakan agar sesiapa yang bertanggunjgawab atas kelemahan yang timbul, boleh diambil tindakan dan cara penyelesaian mengatasinya mendapat pandangan bebas ketiga.

Penubuhan jawatankuasa siasatan dan terma rujukan siasatan ini akan diputuskan dalam mesyuarat EXCO hari ini.

LIM GUAN ENG

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.