Monday, September 19, 2011

PRU 13 bulan 11... Tian Chua bakal ditentang Tsu Koon?

Maklumat terkini yang diterima 99% pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung pada bulan sebelas, no 11 nombor Kak Mah. Semua telah diarah untuk bersiap sedia menghadapi PRU ke 13 pada bulan 11. Cuma tarikh saja suami kepada najib, Kak Mah belum tetapkan...mungkinkah pada 1.11.11?

Jika kita lihat suara rasmi umporno Utusan Meloya, sejak dua menjak ini asyik menghentam Ustaz Koh Tsu Koon. Antaranya yang kuat membidas Tsu Koon adalah senatak raja sesumpah dan Tan Tee Beng. Mengapa mereka berbuat demikian? apa agenda mereka?

Maklumat dalaman juga mendedahkan bahawa Koh Tsu Koon bakal menentang Tian Chua di Parlimen BATU. Ini bermakna Parlimen Batu akan menjadi Parlimen tumpuan. Ini juga bermakna Koh Tsu Koon mungkin sekali lagi akan ditanam hidup-hidup...dahulu di BATU KAWAN dan akan datang di BATU.

Mengapa Koh Tsu Koon mahu dihalau dari Pulau Pinang dan mahu ditanam hidup-hidup di BATU? umporno b-end menyalahkan koh tsu koon atas kekalahan mereka hingga P.Pinang jatuh ke Pakatan rakyat. Itulah nasib Ketua Menteri b-end apabila tewas. Bagaimana pula nasib dengan bekas MB Selangor dan bekas MB kedah? Penyapu sudah lama menanti bekas MB Selangor manakala nasib MB Kedah, umporno bergolak hingga kini masih belum selesai.

Persoalannya siapa pula yang akan bertanding di Parlimen Batu Kawan? Batu Kawan kini disandang oleh Prof Ramasamy yang juga merangkap TKM 2 Pulau Pinang. Desas desus umporno juga mahukan kerusi Parlimen Batu Kawan semakin bertiup kencang. Siapa pula akan bertanding di Batu Kawan jika kerusi itu milik umporno? berita lanjut akan menyusul....


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.