Wednesday, September 14, 2011
Syyyy...diam..diam... tutup mulut rapat-rapat...
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya patuh kepada ketetapan dan arahan majlis presiden gabungan itu supaya rundingan kerusi tidak dibincang dan dihebah secara terbuka.
Peringatan itu dibuat ekoran beberapa pemimpin Pakatan di Johor, termasuk daripada PKR, mengutarakan pelbagai pandangan yang mengundang spekulasi dan pelbagai persepsi. "Saya dengan ini menasihatkan kesemua ahli-ahli pimpinan PKR, PAS dan DAP Johor, dan juga di lain-lain negeri untuk mematuhi ketetapan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat serta menghormati dan menerima konsep kerjasama Pakatan Rakyat yang menekankan rasa hormat-menghormati sesama kita dalam erti kata yang sebenarnya," kata Saifuddin (kiri).
Percakaran PKR-DAP di Johor makin buruk semalam apabila Ketua PKR Bahagian Ledang Ng Keng Chuan dilapor berkata, Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau akan dipersalahkan sekiranya Pakatan gagal menawan Johor pada pilihan raya umum ke-13. Ng membidas Boo (bawah) kerana didakwa berkali-kali melanggar perintah tutup mulut dan mendedahkan butiran rundingan agihan kerusi antara parti-parti gabungan Pakatan tanpa mengambil kira perasaan parti gabungan lain.
Dalam kenyataannnya hari ini, Saifuddin berkata, rundingan kerusi antara parti sekutu Pakatan merupakan proses berterusan yang menjadi tanggungjawab bersama menumbangkan BN. "Tentunya dalam mana-mana proses perundingan, akan ada wujudnya keadaan yang menduga kesefahaman semua pihak yang berunding," kata anggota parlimen Machang itu.
Beliau juga menyeru ahli dan pimpinan ketiga-tiga parti pembangkang memberi tumpuan terhadap keperluan dan persediaan kerja jentera pilihan raya masing-masing bagi terus menyerlahkan peluang membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13.
Saufudin turut menyatakan keyakinan dan sokongan PKR kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng dalam meneruskan rundingan bagi mencapai "persetujuan hakiki" dalam rundingan itu. Dalam pilihan tiga tahun lalu, daripada 26 kerusi parlimen, DAP bertanding di enam kawasan manakala PAS dan PKR masing-masing di lapan dan 11 kerusi. BN mendapat kemenangan percuma di satu kerusi.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.