Saturday, December 24, 2011

Hasan Ali disiku Mujahid...

Memahami Perjuangan

Sebuah parti politik tidak mungkin kekal tanpa beberapa perkara. Pertama, prinsip, kedua organisasi dan ketiga pimpinan. Pertama berupaya menarik minat pendukung dan penyokongnya. Dari sudut organisasinya ia akan melahirkan penggerak dan aktivis parti yang asasnya ialah ketaatan. Manakala ketiga, dari sudut kepimpinan mewakili hiraki tertinggi yang akan membekalkan arahtuju perjalanan parti.

Melalui tiga komponen di atas, kita dapat mempelajari sesuatu yang amat penting iaitu, pemimpin akan datang dan pergi namun prinsip dan organisasi perjuangan akan terus kekal. Ini adalah pengajaran yang berkekalan sehingga ia menjadi satu kaedah yang sukar dicabar kebenarannya.

Dinamika Perjuangan

Ramai yang gagal memahami atau terlalu lembab untuk memahami bahawa perjuangan mempunyai dinamikanya tersendiri. Ia bukan sesuatu yang jumud dan beku sehingga gagal menepati kehendak dan tuntutan semasa. Ini adalah asas yang memberikan kehidupan kepada sesebuah parti yang mempunyai prinsip perjuangan.

Yang dikatakan kebijaksanaan kepimpinan ialah bagaimana ia mampu mengimbangi antara mengekalkan prinsip yang tidak akan berubah dan menepati kehendak semasa yang berubah-ubah. Ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh pemimpin yang berfikiran jumud yang gagal memahami apa erti keseimbangan ini dan seni-seni yang diperlukan.

Dinamika PAS

PAS bukan sebuah parti yang jumud, perkembangannya dan sejarah pencapaiannya menggambarkan ia senantiasa menepati kehendak semasa tanpa hilang prinsip yang diperjuangkan. Gamaknya orang seperti Hasan Ali gagal membaca sejarah dinamika PAS walaupun berdegar-degar berucap di atas pentas PAS.

Untuk pengetahuan mereka yang sekepala dengan Hasan Ali, PAS memulakan manifesto politiknya di awal 1950-an hingga 1960-an dengan menawarkan konsep negara kebajikan melalui slogan Baldatun Thaiyyibatun wa Rabbun Ghafur (petikan dari al quran). Asasnya ialah Adopt Islamic Principles, Restore Malay Sovereignity, Improve The Standard of Living, Practice True Democracy dan Promote Social Justice.

Apakah Hasan Ali tidak membaca sejarah PAS kerana sibuk "bermotivasi" bahawa Negara Berkebajikan sudah pun menjadi manifesto PAS sejak 1950-an lagi? Apa yang dikemukakan oleh PAS hari ini hanyalah penyegarannya mengikut tuntutan semasa.

Isu Negara Islam

Awal 1980-an menyaksikan kebangkitan gerakan Islam mempertegaskan ideologi ummah secara global. Penjelasan kerangka sebuah negara yang mahukan Islam sebagai asasnya diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami iaitu negara Islam.

Perdebatan Negara Islam lebih kepada perbalahan intelektual yang asasnya ialah perbezaan pandangan antara isi dan format. Ia satu usaha untuk menggambarkan kesesuaian pemikiran kerangka negara yang ditawarkan oleh Islam.

Namun secara praktikalnya perdebatan negara Islam akhirnya dijurus kepada isu substantif (isi) dengan menawarkan nilai-nilai keadilan sosial, kemanusiaan sejagat dan prinsip moral kepemerintahan.

Sekali lagi Negara Berkebajikan diolah mengikut kesesuaian semasa dan perkembangan semasa. Persoalan negara Islam hanyalah transisi kepada isu substantif yang lebih inklusif sifatnya. Apa masalah Hasan Ali dan yang sama waktu dengannya tidak memahami dinamika ini? Bukankah makna Tajdid ialah mengembalikan keadaan yang berubah kepada bentuk asalnya dan kekal releven?

Siapa yang Tergelincir?

Ada pepatah Melayu mengatakan "tidak pandai menari, lantai dikatakan tidak rata". Pepatah ini membayangkan suka menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Samalah dengan Hasan Ali yang mendakwa PAS tergelincir dari landasan perjuangan sedangkan dia yang tidak memahami dinamika PAS hari ini.

Memang mudah menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri, namun ahli PAS lebih matang untuk menilai kenyataan Hasan Ali. Orang PAS akan bertanya balik, siapa yang tergelincir? PAS atau Hasan Ali?

Teruslah Bermotivasi

Selalunya apabila seseorang mula bercakap merapu kita akan berkata "teruslah anda bermimpi" tapi untuk Hasan Ali saya akan berkata "teruslah bermotivasi" walaupun ahli PAS dah menganggap ianya sesuatu yang basi. Kepada yang sama waktu dengan Hasan Ali, buatlah keputusan dan tanyalah kepada pakar motivasi anda bagaimana hendak cepat membuat pilihan.

Bukankah pakar motivasi selalu mengatakan bahwa segala-galanya bermula dengan membuat pilihan! Sekurang-kurangnya Hasan Ali dah menampakkan arah tuju keputusan dan pilihannya, saya mengharapkan telahan saya tidak betul.

*Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

5 comments:

  1. artikel ini baik untuk:

    yang tak faham dengan peranan majlis syura ulama

    yang 'berfatwa' presiden dan timbalan presiden mesti ulama

    yang menjaja 'dipersetujui oleh majlis syura ulama'

    yang menjadikan wala' topik dakwah kepada pemuda

    yang menelan madu 'wala' dengan semut2nya sekali

    yang bimbang dengan 'apa yang sedang saya fikirkan (melayu akan hilang kuasa)'

    yang menjadikan pas 'kenderaan' bagi sampai ke destinasi yang memberi keuntungan kepada diri sendiri/keluarga

    yang bertemu dalam gelap dengan umno atas apa alasan sekalipun

    yang sanggup membantu umno meneruskan kezaliman, rasuah dan penyelewengan

    yang mendasarkan perpaduan pas-umno berasaskan 'melayu-islam, islam-melayu

    yang bercita2 menjawat jawatan menteri/menteri besar sebagai habuan perpaduang

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. Saya membaca Isu D Hasan Ali ini dgn penuh kewaspadaan & penilaian..Pemimpin dtg & pergi tetapi Parti akan tetap ada kalaupun asyik ditakuk lama..Sepatutnya dlm PRINSIP mesti ada Perkara Tetap (Dhawabit) & Perkara Anjal(Muthagayyirat) Perkara seperti Ketinggian Al Quran & Sunnah, Negara Islam, Jihad, Utamakan Aqidah & Ahlul Aqidah, Aqidah Mulia, Husnu Dzan adalah antara perkara Tetap & Guna Ink, Undi Pos adalah Anjal...tetapi akibat mengikut ahli PR, perkara tetap jadi anjal..adakah selepas ini Allah akan menjadi Tuhan Besar krana DAP tak bagi guna Allah sbb Negara Islam dah jadi Berkebajikan..ini semua tanda meresapnya Arus Liberalisasi...wallhualam

    ReplyDelete
  3. Sejak dari menyertai PR, PAS telah memutarbelitkan perjuangannya semata-mata untuk berkuasa! tetapi anda lihatlah sendiri dimana PAS dan perjuangannya di Selangor, PPinang ataupun Kedah....PAS hanyalah pengemis simpati dan pecacai sejati kepada DAP!

    ReplyDelete
  4. TGNA & TGHH tau sangat bab Dhawabit & Muthaghayyirat ni ttp kenapa tindakanya menyalahi pandangan umum...1) Hukum tetap adalah sentiasa bersama org beriman spt kata hadis segala kebajikan adalah bermula dgn anak, adik-beradik dan sekampung dan senegeri dan senegara..bererti mula dgn org Islam lah ttp kenapa utamakan PKR & DAP tetapi tidak UMNO...PR & BN adalah Perkumpulan Kafir kerana Quran & Sunnah bukan tujuan...tetapi PAS & UMNO Islam, kenapa tolak....sape nak jwb nanti..TGNA nak jwb atau TGHH atau jwb sendiri dlm kubur...saya berharap pimpinan Islam bersatulah kalaupun bermula atas Melayu kerana sepatutnya semua Melayu itu Islam, ttp mungkin jahil je tapi tak Kafir...

    ReplyDelete
  5. lankas007,

    ko sedang dilamun mimpi. semua melayu tu islam? sempitnya dunia melayu mu. di malaysia sendiri siapa kata semua melayu islam?

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.