Tuesday, December 20, 2011

umporno upah RM10 juta untuk blogger Rockybru dan kroni?

Umno didedahkan membayar RM10 juta kepada sekumpulan blogger sebagai kempen perang saraf menjelang Pilihan Raya Umum akan datang, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno, turut mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ‘tidak menggangu’ blogger berkenaan.

Berdasarkan maklumat diperolehnya, kata Nik Nazmi, kumpulan itu ditugaskan untuk menarik undi kaum Cina bagi menyokong Barisan Nasional, meskipun dengan cara memainkan sentimen perkauman.

“Datuk Najib kian terdesak untuk meraih undi kaum Cina dan ini terbukti apabila beliau memperuntuk sekurang-kurangnya RM10 juta kepada sekumpulan wartawan dari media arus perdana untuk menyerang pemimpin PakatanRakyat menjelang Pilihan Raya Umum akan datang,”

“Malah, SKMM juga sudah diberi amaran agar jangan mengganggu blogger upahan ini walaupun tulisan mereka menimbulkan api perkauman dan agama,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau difahamkan, kumpulan blogger itu diketuai Setiausaha Media Najib, Tengku Sarifuddin dan bekas wartawan kanan The New Straits Times, Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rockybru.

Menurutnya, peruntukan itu juga akan ditambah dari semasa ke semasa dengan bloggers upahan ini akan mengeluarkan artikel bertujuan menaikkan imej Najib sebagai tokoh yang patut diundi bukan Melayu terutamanya kaum Cina.

Beliau bagaimanapun yakin, taktik kotor itu akan gagal malah memburukkan lagi imej Najib.

“Rakyat bijak dalam menilainya dan masyarakat Cina saya yakin tidak terpengaruh dengan taktik kotor ini,” katanya.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. Jgn buat fitnah seumur hidup.Buktikan kesahihanya dn bukn dgn kata2 saje.Rakyat bukan bodoh.Kami guna hukum akal yg waras dn bukanya hukum perasaan.Kami xmahu terjun gaung bersama barisan yg megejar sekelumit kuasa dgn membelakangkan hukum hakam Islam.Jgn kuman seberang laut nampak,gajah depan mata xnampak.Blogger2 pro-pakatan rakyat haram juga menerima habuan jutaan ringgit utk membuat fitnah dn memburukan/memporak-perandakn negara.Malahan lebih kejam,hina dn melangkaui fitrah maanusia.Berpijaklah dibumi yg nyata.Kami menyokong yg berjuang utk kemajuan,kesejahteraan dn kemakmoran negara dn bukanya kepentingan seorang individu yg rosak akhlak,pengkhianat agama,bangsa,negara,bapak rasuah,kronism,nepotism dn ckap xserupa bikin.Bertaubatlah sebelum terlambat.Dunia ini hanya sementara,jgn beri anak isteri makan hasil yg haram.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.