Monday, December 05, 2011

YB @ongchinwen mandi berkhatan....

Musim cuti sekolah adalah masa paling seronok bagi kanak-kanak sekolah tetapi ada sesetengahnya terutama bagi budak lelaki, ia menjadi pengalaman yang paling menakutkan bila ibu bapa mahu beliau berkhatan.

Berkhatan beramai-ramai sudah menjadi acara tahunan bagi PAS Kg Sekolah Juru, YB Ong Chin Wen dan YB Dato' Ustaz Salleh Man menjadi tamu khas untuk memandikan 60 kanak-kanak tersebut dengan paip bomba.

Seronok sebelum sakit :-)

Debaran mula melanda....

Tok Mudim sudah bersedia....batang pisang menanti dengan setia..

Alhamdulillah...dah selamat....sekejap jer tak sampai 3 minit seorang siap dengan jampi serapah...

Maaflah sudah seminggu tak update blog...kini kembali...


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.