PAS perlu respon isu-isu dan serangan bertubi-tubi UMNO-MCA-Perkasa yang datang sekaligus.
Walaupun provokasi dan serangan mereka membara hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.
Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.
Tujuan mereka menyerang adalah untuk mengharapkan kita memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang menyimpang.
Tapi mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi.
Tidak perlu untuk mengulangi di sini apa yang diserang Umno-MCA-Perkasa termasuk kesanggupan mereka membiarkan agama Islam dipersendakan,
Kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno memahamkan mereka tentang Islam.
MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam.
Islam mengajar kita agar menjawab hujah dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung.
Firman Allah, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.
Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk beristiqamah dalam perjuangan. Respon dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan hujah.
Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.
PAS mengingatkan semua tentang operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno. Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/