Monday, May 06, 2013

Siapakah bakal TKM 1 P.Pinang?

Kebangkitan rakyat di Pulau Pinang menyaksikan BN kalah teruk. Parti Gerakan, MCA dan MIC kalah teruk semua kerusi manakala umno hilang lagi satu kerusi di Seberang Jaya.

DAP berjaya kekalkan semua 19 kerusi yang dimenangi pada PRU 12, PKR pula berjaya menambah kerusi daripada 9 kerusi kepada 10 kerusi manakala PAS hanya mampu pertahan satu kerusinya di Permatang Pasir.

Daripada 10 kerusi PKR yang dimenangi, kerusi Melayu PKR bertambah dari 3 kerusi kepada 5 kerusi iaitu YB Dato' Hj Malik Dun Batu Maung, YB Ustaz Maktar Dun Sg. Bakap, YB Hj Rashid Dun Pantai Jerejak, YB Dr Afif Bahardin Dun Seberang Jaya dan YB Dr Norlela Dun Penanti.

Persoalannya dari 5 Wakil Rakyat Melayu PKR, siapakah bakal ditabalkan menjadi TKM 1 P.Pinang? Terdahulu TKM 1 adalah Katak Fairus dan selepas itu YB Dato' Mansor Othman. Kini YB Dato' Mansor telah menjadi Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Jika dilihat dari segi sinioriti sudah pastilah YB Dato' Hj Malik Kassim yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam. Selepas itu YB Ustaz Maktar manakala YB yang baru menang adalah YB Hj Rashid, YB Dr Afif Bahardin dan YB Dr Norlela.

Adakah Anwar akan melantik YB Dato' Hj Malik Kassim yang telah lama berkhidmat? Atau mungkinkah YB Hj Rashid Hasnol atau mungkinkah Dr Afif Bahardin calon termuda PKR yang berjaya merampas kerusi panas Dun Seberang Jaya yang sebelum ini tidak pernah dimenangi oleh PKR?

Atau mungkinkah TKM 1 adalah YB Dr Norlela kerana datang dari Dun Penanti sebab katak Fairus dan YB Dato" Mansor Othman kedua-duanya adalah dari Dun Penanti.

Siapakah bakal TKM 1 P.Pinang? Sama-sama kita tunggu...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone