Monday, July 20, 2009

Anwar mahu KPN, Ketua Pesuruhjaya SPRM bertanggungjawab

ALOR GAJAH: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Bercakap kepada media selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Hock di kediaman keluarganya di Taman Sri Kelemak Jaya, di sini, pagi ini, beliau berkata kerajaan tidak boleh berdolak dalik berhubung kes itu kerana ia membabitkan kematian.

"Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhajaya SPRM harus bertanggungjawab atas kematian Teong Beng Hock," katanya selepas turut mengucapkan takziah ibu bapa Beng Hock iaitu Teoh Leng Hui, 60, dan isterinya, Cheong Siew Hua, 56.Beng Hock, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, ditemui mati di koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Khamis lalu, beberapa jam selepas disoal siasat SPRM bagi membantu siasatan kes salah guna peruntukan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan tindakan seterusnya.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

4 comments:

  1. Salam ziarah,
    Kami menyokong seruan pimpinan PR ini.

    ReplyDelete
  2. Hai obat hai obat mari beli obat siapa lambat tak dapat..tkasih dr wahab arbain...ada juga usahawan obat santai ye...

    ReplyDelete
  3. hai din,

    apa dah jadi dengan anwar ibrahim pakai topi @ 'cap' pun dah terbalik..??? macam mamat remp-it jaa...penin dah ka? Pening pasai nak kena pimpin PKR P.Pinang kot...???

    ReplyDelete
  4. kena pimpin la....segolongan yang dok pejatuh pimpinan sendiri.Maklum nak perintah 5 tahun sahaja....

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.