Friday, February 10, 2012
Isteri majikan tangkap suaminya rogol amah kali ke 14 dalam sangkar merpati..
Menurut rekod pihak pendakwa raya, isteri anggota polis itu, warga Uzbekistan mendakwa melihat suaminya menanggalkan pakaian sebelum mendera secara seksual pembantu rumah berusia 25 tahun berkenaan di dalam sangkar merpati di kediaman mereka.
Ketika disoal pendakwa raya, pembantu rumah itu mendakwa dia diperkosa suspek sebanyak 14 kali.
Anggota polis itu didakwa memukul, mencabul dan memperkosa wanita berkenaan selepas mengancam membunuhnya jika dia melaporkan kejadian itu kepada polis. Mangsa juga mendakwa suspek merogolnya ketika isteri lelaki itu menghantar anak mereka ke sekolah.
ISTERI TANGKAP SENDIRI PUN MASIH MAHU MENAFIKAN LAGI....DUNIA..DUNIA...DAH NAK KIAMAT AGAKNYA..JANGAN NANTI PEROGOL TERLEPAS...AMAH PULA DIPERSALAHKAN DAN LEBIH PARAH JIKA TUKANG LAPOR PULA KENA SAMAN...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Thursday, February 09, 2012
Nyawa terkorban demi kekayaan segelintir - Tengku Razaleigh
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kita tahu apa yang kamu runding 10 March 08..
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.
Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.
Husam (kiri) berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.
Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.
Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.
Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.
"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan (kanan) kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno.
"Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.
"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.
Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Guan Eng akan saman Dr Teng jika tidak minta maaf..
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Wednesday, February 08, 2012
Isu Kondo NFC di Marina Bay Suites: Jingga 13 Desak SPRM

Aset ini adalah dua unit kondominium di Marina Bay Business Centre yang berharga RM 34.6 juta.
Laporan akan dibuat di Bangunan SPRM Selangor, Shah Alam 9 Februari 2012 jam 11.00 pagi. Laporan ini akan diketuai Sdr Fariz Musa, Ketua Koordinator Jingga 13.Rakan-rakan media dijemput hadir bersama-sama dalam sesi laporan ini.
Saifuddin Shafi Muhammad
JINGGA 13
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Ada bukti Syarikat Johor berdagang dengan Israel?
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.
Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.
Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.
Menurut Chegu Bard, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.
Tegas beliau, hubungan dagang itu menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, lapor Malaysiakini.com.
KEADILAN sebelum ini mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan pro Zionis-Israil.
Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.
Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.
Sehingga kini, Najib juga didakwa masih mengupah bekas Pengarah Apco, Paul Stadlen sebagai pegawai media yang cukup penting dan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tuesday, February 07, 2012
Tak ada budak jambu ikut @ShahrizatJalil
Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamarudin menafikan dakwaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa ada seorang pemimpin pembangkang yang "jambu" mengintip pergerakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu selama tiga bulan lalu bagi mengetahui secara terperinci perjalanan hidupnya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Gambar-gambar memperingati tahun ke 3 Kerajaan Perak dirampas
Pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat Perak meluangkan masa bersama-sama orang ramai yang turut serta memperingati hari gelap yang bersejarah itu. Dato Seri Nizar yang mengepalai acara pagi ini begitu bersemangat untuk mengingatkan peristiwa kudeta itu bersama-sama pimpinan Pakatan Perak yang lain.
Biarpun masyarakat Cina menyambut Chap Goh Mei pada hari ini, namun begitu pimpinan Pakatan Rakyat Perak yang berketurunan Tionghua tetap mengenakan pakaian hitam bagi menggantikan pakaian merah yang sepatutnya mereka pakai demi menyampaikan mesej mengenai demokrasi hitam yang berlaku tiga tahun lalu.
Majlis yang dihadiri hampir kesemua Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti oleh ucapan daripada pimpinan PAS, DAP dan PKR.
Diakhir acara, aksi secara simbolik dilakukan apabila belon berwarna hitam bersama sepanduk 'The End of 1 Black Perak' dilepaskan ke udara.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Monday, February 06, 2012
SHARIZAT HERET WANITA UMNO: ADAKAH DANA NFC JUGA DISELEWENG UNTUK WANITA UMNO?
JINGGA 13 tertarik dengan kenyataan yg dibuat oleh Datuk Seri Sharizat Jalil, Ketua Wanita UMNO yang dilihat cuba mengheret Wanita UMNO dalam isu Skandal NFC yang melibatkan RM250 juta Projek Fidlot Kebangsaan serta mengalih isu kepada kononnya serangan yang bertujuan menjatuhkan dirinya dan Wanita UMNO.
Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil seolah-olah mengheret Wanita UMNO bersama dalam polemik yang melibatkan ahli keluarga beliau dengan Skandal NFC tersebut . Persoalan yang timbul adakah dana NFC tersebut juga diseleweng untuk kegunaan Wanita UMNO apabila beliau cuba mengheret Wanita UMNO sama ? JINGGA 13 mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil yang baru pulang daripada mengerjakan umrah untuk membuat penafian bahawa tidak ada satu sen pun dana NFC disalurkan untuk Wanita UMNO.Andai dana NFC telah diseleweng untuk kegunaan Wanita UMNO ini bermakna UMNO juga turut terlibat dalam isu Skandal NFC tersebut. Bagaimana wang yang seharusnya digunakan bagi tujuan kepentingan rakyat dalam menjayakan Projek Fidlot Kebangsaan diseleweng dan pecah amanah jenayah berlaku bagi tujuan kepentingan UMNO? Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjelaskan perkara tersebut dengan penuh telus, jujur dan benar , lebih-lebih lagi beliau dalam masa dua bulan setengah sudah tiga kali ke Mekah .
JINGGA 13 juga mendesak pihak polis dan SPRM agar segera mengambil tindakan terhadap terhadap Skandal NFC dengan telus dan profesional . Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalik juga wajar diambil kira seolah-olah bertindak mempertahankan penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh ahli keluarga beliau termasuk tindakan merasuah pihak polis oleh Pengerusi Eksekutif NFC yang juga suami Datuk Seri Shahrizat Jalil , Datuk Seri Dr. Mohahamad Salleh Ismail melalui orang tengah Datuk Samsulbahrain yang masih belum ada sebarang tindakan yang sewajarnya .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Zamry puji kak ijat sindir kak ros
Jika kita hayati ucapan Zamry memuji kak ijat kerana pulang dari mekah bertudung dan tidak lagi berjambul burung...maka mudah kita faham yang tersirat sebenarnya adalah beliau menyindir kak ros yang juga telah pergi ke Mekah tetapi masih lagi berjambul burung...
gambar di kiri adalah gambar sewaktu kak ros pulang dari Mekah...kita doakan semoga kak ros juga dapat mencontohi kak ijat...tak pelah kalau nak berbelanja besar pun untuk membeli tudung yang dituntut oleh Islam... gunalah duit kak ros yang kak ros menabung sejak dari kecil lagi....
"Mat Jambu" mana pula yang dok mengendap mamee ijat?
Shahrizat Abdul Jalil mendakwa hidupnya kini diekori oleh ‘paparazi Si Jambu’ yang diupah pihak tertentu untuk mengintip dan mengorek rahsia bagi merosakkan reputasi politik beliau.
Beliau berkata, perkara itu terbongkar semasa membuat lawatan ke Perak selepas pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu.
Kata Shahrizat, beliau dimaklumkan ada seorang 'paparazi muda' dan dengan perwatakan lembut mengikuti pergerakannya untuk mengetahui apa yang dilakukan setiap masa.
Malah menurut Shahrizat, ‘paparazi Si Jambu’ akhirnya terbongkar dan mendedahkan mengenai apa yang dilakukannya sebelum ini serta setiap langkah beliau, akan dijadikan modal politik.
"Si Jambu itu berjaya ditangkap dan selepas menyoalnya, dia memberitahu diberi upah orang tertentu yang selama ini beria-ria menyerang saya. Matlamat dia mengupah Si Jambu, untuk mencari kesalahan saya.
"Orang berkenaan akan dihebahkan kepada semua orang. Saya telah beritahu kepada Si Jambu, adakah dia hendak ganti jawatan sebagai Ketua Wanita Umno? Kalau dia mahu, saya akan serahkan padanya, tetapi masalahnya, dia lelaki," katanya pada sidang media selepas melawat 11 bayi yang baru lahir di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
Ditanya Si Jambu itu diupah oleh siapa, Shahrizat berkata, pergi tanyalah PKR terutama, Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin.
Kedua-dua mereka sebelum ini telah menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan.
Sehubungan itu, Shahrizat berkata, sebagai tanda kenangan, Pergerakan Wanita Umno akan memberi hadiah berupa sehelai baju berwarna merah dan putih bertulis, ‘ini jawatan Ketua Wanita yang kamu mahu’ kepada 'Si Jambu' itu tidak lama lagi.
"Mereka berdua ini yang beria-ria mahu saya berundur dari jawatan Ketua Wanita dengan mengaitkan isu Nasional Feedlot Corporation dan kedudukan saya dalam politik terutama sebagai menteri dan Ketua Wanita.
"Saya telah menjelaskan, isu ini tiada kena-mengena dengan saya kerana ia melibatkan urusan perniagaan, namun mereka tetap menyerang. Hanya ALLAH yang mengetahui apa sebenarnya berlaku dan mereka, pembangkang lebih teruk dan menjadi agresif apabila saya berdiam diri," katanya.
Shahrizat mengambil cuti selama tiga minggu dari tugas sebagai anggota Kabinet. Beliau akan menghadiri mesyuarat jemaah menteri minggu depan.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Sunday, February 05, 2012
Adakah taktik paling kotor akan digunakan umporno untuk pertahankan Putrajaya?
Ini dapat dibuktikan berdasar ucapan Perdana Menteri apabila cuba menggambarkan Umno akan mempertahankan Putrajaya sehingga ke titis darah terakhir. Dan terbaru pula Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan kira-kira 20,000 anggota Rela sedia mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan seperti itu yang dilafazkan seorang ketua negara cukup membimbangkan, seolah-olah membayangkan kerajaan BN terpaksa menggunakan kaedah luar normal bagi mempertahankan Putrajaya.
Malah katanya, kebelakangan isu-isu perkauman cuba dicetuskan dengan didalangi pihak tertentu bagi menakut-nakutkan rakyat termasuk meletak kepala babi di masjid.
“Rumah pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat pula disimbah cat merah dan ada unsur khianat sehingga sanggup membakar rumah,” katanya pada program taklimat khas Ketua Penerangan PAS Pusat di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, petang semalam.
Hadir sama anggota-anggota Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Pusat, Setiausaha PAS Kelantan, Zulkefli Mamat, Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Bendahari, Hanifa Ahmad dan veteran PAS, Datuk Omar Mohamad.
Sebelum itu rombongan jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat tiba di Gua Musang pada awal pagi dan mengadakan kuliah Subuh di Masjid Ladang Sungai Terah serta minum pagi bersama rakyat.
Pada malam tadi pula diadakan ceramah di Dataran Hijau, Batu 30, Machang dan di Gaal, Pasir Puteh. Dan pagi ini pula mengadakan kuliah Subuh di Besut dan program penerangan di Kuala Terengganu.
Manakala esok pula Jelajah Lajnah Penerangan berada di Pahang. Kelantan merupakan destinasi ketiga program berkenaan selepas Sabah dan Sarawak. Program terbabit diadakan setiap hujung minggu dijangka berakhir hujung bulan ini.
Tahun lepas seorang aktivis Gerakan Kembali Royalti Minyak Rakyat Kelantan, Hishamuddin Ghazali ditampar dipercayai samseng Umno ketika memasang sepanduk menuntut royalti di Kampung Sireh.
Tuan Ibrahim juga berkata, dakwaan pihak lawan kononnya PAS menjadi alat DAP tidak berasas sama sekali memandangkan dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak diwujudkan sehingga sekarang.
“Malah kalau kita tengok dari segi jumlah kerusi parlimen yang diitandingi PAS lebih banyak berbanding DAP pada pilihan raya umum lalu. PAS bertanding di 67 kerusi, berbanding DAP tanding di 46 kerusi. KeADILan pula bertanding di 94 kerusi.
“Macam mana DAP boleh gantikan PAS memandangkan jumlah kerusi yang ditandingi PAS lebih banyak. Hubungan akrab di antara DAP dan PAS juga dapat dilihat pada setiap pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008.
“DAP sanggup membuka bilik gerakan bagi membantu PAS menghadapi pilihan raya kecil di Tenang. Begitu juga di tempat-tempat lain,” ujarnya.
Pada majlis itu beliau berharap jentera PAS bekerja bersungguh-sungguh bagi mempertahankan kerajaan negeri kerana Kelantan menjadi model sehingga membolehkan Pakatan Rakyat bertapak di empat lagi negeri pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Saturday, February 04, 2012
Politik "kepala babi"
Muncul lagi kes-kes “kepala babi” dicampakkan ke masjid. Mula-mula berlaku di Masjid Nurul Iman yang terletak di Rawang, Selangor. Kemudian Masjid Al-Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur. Meletakkan kepala babi di dalam masjid, rumah ibadah orang Islam — turut dianggap sebagai rumah Allah — adalah satu tindakan yang harus dikutuk oleh semua rakyat Malaysia tidak kira apa agama dan bangsa.
Tindakan ini bertujuan untuk menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu-Islam.
Niatnya adalah apabila kejadian seumpama ini berlaku, orang-orang Melayu akan menuduh masyarakat Cina yang melakukannya. Ini adalah kerana babi seringkali dikaitkan dengan masyarakat Cina.
Yang menjadi persoalan adalah, apa objektifnya?
Mahu menimbulkan huru-hara? Mahu menggugat keharmonian kaum? Mahu tragedi berdarah 13 Mei 1969 berulang kembali?
Kejadian ini adalah satu provokasi politik yang merbahaya. Pelakunya adalah golongan yang berfikiran pendek dan tidak mempunyai sedikitpun kecintaan terhadap negara.
Yang penting bagi golongan ini adalah politik.
Enam insiden selepas PRU 12
Politik “kepala babi” bermula kembali semenjak tahun 2009.
Menjelang pilihanraya kampus pada 16 Januari tahun itu, kepala babi ditemui di salah sebuah surau di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Pada 27 Januari 2010, kepala babi ditemui di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato Harun dan Masjid Al-Iman Al Tirmizi, Petaling Jaya, Selangor.
Pada 30 Disember 2011 kepala babi ditemui di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di Johor Baru. Terbaru di Rawang dan Sentul.
Apa yang boleh dibanggakan adalah kali ini, emosi orang-orang Melayu-Islam masih dapat dikawal dan tidak mudah terpengaruh dengan provokasi jahat seperti ini.
Bayangkanlah jika insiden sebegini berlaku dizaman sebelum Internet berkembang luas, sudah pasti sudah berlakunya pertumpahan darah yang meragut nyawa.
Mujur pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memainkan peranan dengan mengeluarkan kenyataan untuk meminta umat Islam bertenang. Sudah pasti banyak lagi pertubuhan Islam yang sudah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Wakil rakyat Cina
Lebih ironi lagi, kedua-dua kawasan insiden kepala babi mempunyai wakil rakyat yang berketurunan Tionghua. DUN Rawang diwakili oleh YB Gan Pei Nei.
Manakala Sentul pula terletak di bawah parlimen Batu dimana Naib Presiden PKR, YB Tian Chua adalah wakilnya.
Kedua-dua Gan Pei Nei dan Tian Chua adalah dari PKR.
Apakah insiden ini adalah sebahagian dari taktik untuk mengurangkan undi orang Melayu terhadap dua wakil rakyat ini?
Jika itulah tujuannya, kemungkinan besar taktik mencampakkan kepala babi ke dalam masjid ini akan “backfire” kepada pelakunya oleh kerana taktik seumpama ini sudah dapat “dibaca” orang ramai.
Pada hari kepala babi ditemui di Sentul, penulis sempat bersembang dengan berberapa anak-anak muda Melayu di sebuah kedai makan.
Mereka tidak mempercayai kepala babi tersebut diletakkan oleh orang Cina di masjid kerana pada tanggapan mereka, orang-orang Cina tidak akan berani melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Mana orang Cina berani bang. Dia orang mesti tau risiko ‘kena cincang’ kalau tertangkap semasa melakukan,” kata seorang anak muda kepada penulis.
Jangan gadai keharmonian negara kerana politik
Keharmonian hidup rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini jangan digadai.
Jangan hanya kerana mahu mempertahankan kuasa atau merebut kuasa, rakyat berbunuh-bunuh.
Mahukah Malaysia jadi seperti sesetengah negara dimana perang saudara tidak pernah berhenti?
Mujurlah kini orang-orang Melayu tidak lagi mudah dipergunakan.
Generasi muda hari ini kebanyakkannya berfikir dahulu sebelum bertindak walaupun telah banyak provokasi — menjurus kepada pergaduhan kaum dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertamadun.
Apabila berlaku provokasi sebegini berlaku, yang paling penting para pemimpin masyarakat harus keluar untuk menenangkan keadaan.
Apabila masyarakat berfikir dengan waras, provokasi tidak akan berjaya dilakukan.
Sudah sampai masanya agar masyarakat Malaysia menyatakan pendirian tegas menolak sebarang provokasi jahat seperti ini. Kita tidak mahu politik Malaysia ditentukan oleh kepala babi - Amin Iskandar
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Sakaratul Maut malam ini di Masjid Batu
Mati itu pasti...cuma kita yang tak tahu bila...tak semestinya sakit itu mati..tak semestinya sihat itu mati...tua pun mati..muda pun mati...sudahkah kita bersedia untuk hadapi kematian? Jom luangkan masa....Kuliah Ustaz Abdullah Khairi
Masjid Batu, Kg. Pertama
Tarikh :4.02.2012 (sabtu)
Tajuk: Sakaratul maut
Masa: lepas solat mahgrib
Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya : “Tidak duduk sesuatu kaum di dalam sesuatu majlis yang disebut di dalamnya ilmu-ilmu Allah melainkan Ãa akan dinaungi oleh para malaikat dan dilimpahkan rahmat seterusnya Allah menuliskan ia menjadi orang-orang yang berada di sisinya”.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Islam ke fitnah yang keluar dari mulut Hasang Ali?

Menurut Zairil, semasa berceramah di Bangi baru-baru ini dilaporkan Hasan berkata apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik. Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.
"Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan.
"Katanya memperjuangkan Islam, tetapi yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga merupakan sindiran yang menderhaka dan berunsur hasutan yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman," kata Zairil dalam kenyataan medianya.
Menurut Zairil, beliau percaya taktik fitnah taraf UMNO ini tidak akan dipercayai umum. DAP adalah sebuah parti yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengambil pendirian yang mencabar teras-terasnya.

Sebagai bukti pendirian DAP dalam mempertahankan kerangka kenegaraan yang sedia ada, termasuk sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan,
Tiga perkara yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang baru sahaja dibentangkan, dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para pewakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2012 Disember lepas.
1. Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
2. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
3. Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
Petikan di atas jelas membuktikan komitmen DAP untuk menjunjung dan mempertahankan teras-teras Perlembagaan Persekutuan.
"Dan jika benar DAP mempunyai hasrat untuk merendahkan status Islam, kenapakah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang meningkatkan berkali-kali ganda peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam?
Kenapakah di Pulau Pinang jauh lebih banyak bantuan diberi berbanding dengan Kerajaan BN untuk pembesaran tapak perkuburan, pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan program-program sambutan kebesaran Islam?, " ujar beliau.
Tambah Zairil, dengan fitnah dan tuduhan yang melampau ini, peranan Hasan Ali sebagai musuh dalam selimut sudah tidak diragui.
"Sesungguhnya seseorang yang begitu cepat berpaling tadah dan menyongsangkan pendiriannya tidak layak dipercayai," katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Friday, February 03, 2012
Jingga 13 Najib Digesa Buktikan Rosmah Bukan 'First Lady Of Shopping'
Aktivis politik, Jingga 13 hari ini mendesak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan undang-undang menyaman kesemua mereka yang terlibat mendedahkan sikap boros isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketua koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata cabarannya adalah untuk Perdana Menteri membuktikan segala tuduhan terhadap isterinya yang digelar 'First Lady Of Shopping' adalah tidak benar.
"Kalau benar ianya satu fitnah, sila tampil untuk saman kesemua mereka yang terlibat, bukannya hanya bermain persepsi untuk mempengaruhi siasatan dan kefahaman rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor (SPRM) di sini hari ini. Jingga 13 tampil ke SPRM hari ini untuk mengemukakan bukti tambahan bagi laporan rasmi mereka yang telah dihantar pada 26 Januari lalu.
Beberapa media antarabangsa dan tempatan sebelum ini pernah melaporkan gelagat Rosmah yang suka membeli belah di luar negara.
Terbaru, Najib dan Rosmah telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Rosmah telah "berbelanja sakan" di dalam satu lawatan membeli belah ke Sydney, Australia Januari lepas.
Akhbar Autralia Sydney Morning Herald (SMH), Kolumis Andrew Hornery dalam kolum 'Private Sydney' serta artikel wartawan fesyen, Patty Huntington mendakwa Rosmah telah membelanjakan RM325,000 (A$ 100,000) di butik milik pereka fesyen, Carl Kapp.
"Kita yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia sedang menanti reaksi dan tindakan Najib Razak dan Rosmah Mansor berhubung isu scandal ini.
"Tidak pernah berlaku pada mana-mana isteri Perdana Menteri Malaysia sebelum ini tidak kira Siti Hasmah (isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed Tun Siti Hasmah Mohd Ali) mahupun Arwahyarhamah Endon (Datin Seri Endon Mahmood), sebaliknya berlaku apabila Rosmah bersikap boros dan tidak sensitif kepada kesusahan rakyat yang menderita dengan kenaikan harga barang dan sebagainya,"katanya.

Dalam pada itu, Jingga 13 juga mendesak Najib agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi siasatan bagi tujuan menyelamatkan beliau dan isterinya dengan scandal tersebut.
Bercakap kepada pemberita, Fariz juga mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan secara telus dan tidak bersikap 'double standart' terhadap kes-kes seperti ini.
"Kita tidak mahu melihat kes-kes kecil ditangkap sedangkan jerung-jerung besar bebas tanpa sebarang tindakan secara tegas.
"Kita lihat sepertimana yang berlaku pada kes Khir Toyo (bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo) dan rakyat biasa, kes mencuri susu bayi melibatkan RM20 ditangkap mencuri dan dihukum 3 tahun penjara. Kes Khir Toyo melibatkan jutaan ringgit hanya satu tahun penjara," katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Gambar-Gambar Rumah & Kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dibakar




Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Bahru hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.
"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.
"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu.
Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.
"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.
"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan laporan polis telah dibuat.
Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan Dzulkefly.
Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor.

“Dahsyat! Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang.
“Kejadian jam 3.40 pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter ditemui,” tulisnya.
Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.
"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.
Sementara itu juga ketika ditemui wartawan Nusajayakini, beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini adalah tindak balas dari pihak tertentu terhadap kelantangan beliau mendedahkan banyak penyelewengan terutamanya berkenaan pengambilalihan KFCH dan QSR.
"Saya lihat ini tindak balas akibat pendedahan saya terhadap penyelewengan terhadap pengambilalihan KFCH dan QSR yang dilakukan beberapa orang penting di Johor ini. Mereka seolah-olah cacing kepanasan ketika ini"
"Namun saya bersyukur, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada kecederaan yang menimpa kami. Laporan polis juga sudah dibuat pagi ini dan kita serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya",ujar beliau lagi.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
