Thursday, July 09, 2009

Antara Maruah dan Jawatan

Kita imbau kembali peristiwa 2 September 1998 di mana Anwar Ibrahim dipecat dan dilucutkan semua jawatan oleh Dr mahathir hingga berlakunya gelombang reformasi. Belum pernah kita menyaksikan lautan manusia berhimpun untuk menyatakan sokongan dan kemarahan terhadap apa yang berlaku pada Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim dihormati kerana berpegang pada prinsip. Sebab itu gerakan reformasi terus berkembang hingga ke hari ini.

Cuba kita bayangkan kalau waktu itu tahun 1998. tiba-tiba Anwar Ibrahim ubah fikiran dan ubah pendirian mahu meminta maaf kepada Dr Mahathir dan ingin masuk semula ke pangkuan UMNO kerana jawatan. Sudah pasti rakyat akan marahkan Anwar sebagaimana rakyat marahkan Ezam, Roslan Kassim, Zahid Md Arif, Hanipah Man, Lokman Nor Adam, Hamdan Taha dan yang terbaru 3 katak YB di Perak. Rakyat marah kerana mereka ini berpaling tadah dan tidak berpegang pada prinsip dan tidak ada maruah.

Soal prinsip dan maruah ini adalah 2 perkara yang terlalu besar buat seorang pemimpin dan juga pejuang. Sekiranya kita sanggup gadai dan lacurkan prinsip dan maruah kita, maka kita akan dianggap sebagai seseorang yang pentingkan diri sendiri dan gila jawatan.

Dalam isu Johari Kassim di P.Pinang, sifat pemaaf dan minta maaf adalah sifat yang mulia dalam Islam. Sebagai seorang pemimpin seharusnya memiliki sifat berlapang dada, pemaaf dan dalam masa yang sama tegas dengan prinsip dan kebenaran. Jangan minta maaf kepada Lim Guan Eng hanya semata-mata kerana jawatan. Mengapa tidak minta maaf kepada 2 Exco PKR yang Johari sifatkan sebagai "Keldai" ? Mengapa minta maaf setelah dipecat? Mengapa biarkan isu ini berlarutan hingga Lim Guan Eng bagi kata dua baru nak minta maaf?

Kelmarin saya bersama Rizal Hamid ke MPSP untuk urusan pasar malam dan dewan untuk penduduk Taman Ilmu, Nibong Tebal. Saya pergi ke jabatan Pelesenan dan Kemasyarakatan. Warga MPSP memang mulanya menyokong Johari Kassim atas semangat Melayu, tetapi bila Johari Kassim akhirnya terpaksa minta maaf pada Guan Eng secara terbuka, maka rasa hormat mereka pada Johari sudah hilang. Mereka berkata bagaimana Johari nak bekerja sedangkan dia dibawah YDP baru dan Johari Kassim tak minta maaf pun pada YDP baru encik Mokhtar Jait. Mereka juga berkata imej PKR turut tercalar.

Menurut sdr Amer Ghazali Ahli Majlis MPSP, mereka sebenarnya telah berbincang sedalam-dalamnya tentang impak dan risiko yang bakal dihadapi serta imej PKR. Mereka tahu akibatnya bila boikot dilakukan. Tetapi Johari bertegas juga nak boikot dan mengatakan dia dapat lampu hijau dari pimpinan negeri. Kita tidak mahu PKR dilihat sebagai hanya "mengangkat beg DAP".
Walaubagaimana pun pada pandangan saya, perkara ini sudah berlalu dan saya amat berharap yang keruh dapat dijernihkan kembali. Bumi mana tidak ditimpa hujan. Namun soal maruah PKR harus diambil kira kerana ramai sahabat2 yang turut terasa bila maruah PKR dipersoalkan.
Soal maruah itu perkara besar, sehingga sekarang sudah 2 bulan 16 hari saya menunggu saman Fairus. Berani kerana benar. Saya masih lagi Ketua AMK Kepala Batas dan Exco AMK Malaysia. Soal samada saya akan dipecat atau tidak, bukan soal yang besar buat saya. Saya bukan akan kehilangan jutaan projek kalau saya dipecat oleh PKR. Saya masih belum dipanggil untuk membela diri oleh Jawatankuasa Disiplin Pusat. Tetapi soal maruah itu harus diutamakan. Soal keadilan dan kebenaran itu harus ditegakkan. Lawan tetap lawan.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

3 comments:

  1. pertahan maruah wajib bro...

    apapun i respek u bro, kn kutuk ka, kn maki ka, kerja parti masih buat.

    kalau aku jd johari tu, aku discuss awai2, ini tak dah keluaq statement mcm2 kena geretak baru minta maaf, mcm ni pemimpin, bg aku la walaupun tak kenai dia, nampak ini bukan stail kepimpinan yg betui, tak berprinsip. letak la jawatan kalau betul2 berpegang pd prinsip.

    time2 mcm ni nak ckp pasai isu kaum, blah la...50 tahun dulu, malah lama dulu melayu dah kena tinas, tanah kat pulau sekangkang kera....guna kesempatan yg ada ni utk berjuang dan memerintah dgn adil....mangkaq punya kaki.

    anyway congrats bro krn bukak blog yg lbh kpd isu2 di penang, aku dulu harap blog hijat bw isu setempat tp dia pun sibok....so jdkan blog ini bw lebih isu setempat ttp mendapt perhatian nasional, baru power beb. .

    SO SAPA2 YANG NAK MAKI DIN, TAK PUAS HATI DENGAN DIN, BOLEHLAH TARUK DIA DALAM BLOG DIA, aku rasa dia mesti gentleman punya, ini main kutuk belakang ja...cuma jgn pulah tulis ayat2 mencarut coz blog bukan tandas awam.

    so din, u'll interface with cybershooter, unknown, unidentified n manusia penakut.

    hope be patient

    good luck

    ReplyDelete
  2. perjuangan kita telah dikhianat oleh pemimpin pemimpin yang korup,ada laporan tak sahih mengatakan ada sponser pi london ,dapat volvo sebiji.apa tu,Buat apa diteruskan perjuangan kalau mereka dok susun jawatan,pingat,rasuah.yang tegas dianggap jahat yang sapu dianggap baik.pak turut pun banyak.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.