Wednesday, July 08, 2009

Kes Anwar tangguh dan gambar sahabat2.

Hari ini seawal jam 4 pagi saya bertolak ke Kuala Lumpur bersama Rizal Hamid yang menetap di Taman Ilmu, Nibong Tebal.

Kami singgah di R&R Tapah untuk solat Subuh. Di sana saya bertemu dengan YB Chan Ming Khai (Adun Simpang Pulai) dan YB Chang Lih Kang (Adun Teja) di mana kedua-dua Adun berada dalam Parlimen Gopeng, Perak. Mereka juga dalam perjalanan ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Mereka berdua juga adalah Exco AMK Malaysia. Saya kagum dengan komitmen mereka dalam perjuangan apatah lagi di Perak satu Malaya dah tahu isu politik di Perak.
Siapa tak kenal YB urat dawai tulang besi ini, YB Tian Chua yang 1 Malaya dah tahu bagaimana keras dan kering hatinya bila berdemontrasi di jalanraya. Beliau sanggup dipukul dan duduk di depan trak FRU. Baginya FRU...Baju biru...kepala merah...otak lembu...pooorrahhh. Beliau kini adalah Pengarah Strategi PKR Pusat. Semasa beliau belum bergelar YB, beliau menjadi Ketua Penerangan. Dia pernah jemput saya membantunya dalam penerangan terutamanya dalam penerbitan Vcd.
Dua orang pemuda di sebelah kiri gambar adalah orang kuat Chegubard. Yang seorang pernah ditangkap kerana membawa kek harijadi Altantuya 6 Mei 2009. Malaysia tanah airku memang pelik bawa kek harijadi pun kena tangkap. Pelik tapi benar. Cerita tentang kek Altantuya kalau dah lupa boleh klik di <sini> dan di <sini> untuk ingatkan balik kes tu. Yang hensem bertali leher itu adalah mantan Imam Masjid Saidina Al-Khatab, Bukit Damansara yang dipecat kerana membaca khutbah Jumaat. Pelik tetapi benar. Citernya ada di <sini>. Sekarang Hj Syamsul Firdaus Bin Hj Mohamed Supri adalah Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada YB Tuan Hj Yaakob bin Sapari (Adun Kota Anggerik) merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Yang ini pula YB Abdullah Sani Adun Kuala Langat dan yang seorang lagi tu sahabat saya seorang cikgu yang pernah digari depan anak murid di sekolah kerana reformasi Chegubard nama manjanya. Siapa tak kenal cikgubard, asyik demontrasi saja...asyik cikgubard, asyik cikgubard saja...asyik kena tangkap. Asyik keluar masuk lokap dah mangli kena tangkap duduk dalam gelap... laman blognya http://chegubard.blogspot.com Beliau adalah ahli MPT yang termuda yang menang dalam pertandingan walaupun jasadnya ketika itu berada di Korea. Begitulah hebatnya chegubard.

Yang sebelah kiri gambar tu Saiful Idham Ramli ahli MPT seorang peguam Anwar Ibrahim. Masa pilihanraya umum Bukit Selambau dialah calonnya tapi sebab teknikal pencalonannya ditolak oleh SPR. Peguam pun kena pusing juga dengan SPR. Mujur ada calon bebas Arumugam sudah menang, sudah letak jawatan, sudah buat prk Bukit Selambau, menang lagi tapi bukan dia calonnya tapi YB S.Manikumar. Yang sebelah kanan gambar YB S. Sivarasah juga seorang peguam Anwar Ibrahim.

Sebelah kiri gambar adalah Uncle Rosli adik kepada Anwar Ibrahim. Yang rambut tak ada tu Abang Azmi Ahli Majlis di Selangor dan yang bertali leher itu Hj Ibrahim orang kuat Tan Sri Khalid, bibirnya tak pernah lekang sebut nama Tan Sri Khalid. Pagi petang siang malam asyik jumpa saja kalau tak sebut nama Tan Sri Khalid tak sah. Mereka berdua ini saya kenal rapat sebab sama-sama bertugas di prk Batang Air, Sarawak selama 2 minggu. Abang Azmi jadi tukang masak, pandai dia masak. Memang sedap masakannya bukan nak bodek tapi sunggoh... Hj Ibrahim pula orang kanan Jawah Anak Gerang calon Batang Ai. Ke hulu ke hilir bersama calon berkempen. Rumah panjang ka rumah pendek ka, babi panjang ka babi pendek ka semua beliau pergi sampai tidur di rumah panjang mandi dalam sungai. Hj Ibrahim ni banyak citer dan celotehnya, tak kering gusi dibuatnya. Saya diberi tugas untuk memberi kursus dan melatih PACA. Bukan mudah nak latih orang Iban kena cakap Iban. Namak beritak? udah makai? udah nyirup?

Ini pemandangan dalam kantin di Mahkamah Tinggi Jalan Duta setelah Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat. Kemudian saya terus ke Pulau Pinang kerana ada mesyuarat Unit Ehsan di Pejabat Keadilan Tanjong. 11 malam baru sampai rumah. Baru boleh up date blog. Nak bawa laptop dah tak berani sebab hari tu masa singgah solat di R&R Kinrara lebuhraya Kesas. Cermin gelap kereta Astima Cikgu Azman Sg Petani kena pecah. Laptop saya dicuri. Banyak dokumen dan video sudah hilang. Sabor je lah...


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

7 comments:

  1. Ramai ke...DIn di sana? sayang ditangguh pulak kes.

    dengar kata geng Penang pi dengan Bas FAP ke..? org UMNo kata geng PKR guna bas FAP.

    ReplyDelete
  2. rajin berjalan luas pandangan
    bermanis muka bertambah kawan
    biar hidup berpanas berhujan
    jangan berhenti di tengah jalan

    albinjayie dirantauan
    16 rejab 1430

    ReplyDelete
  3. Bahagian permatang pauh memang pergi dgn sebuah bas kelmarin. masa penamaan calon di manek urai mereka pergi dgn 2 buah bas. untuk makluman saya dimaklumkan FAP tidak ada bas, tetapi MPSP ada 3 buah bas yg ini saya tahulah sebab saya pernah guna bas mpsp untuk membawa fakir miskin dan ibu2 tunggal dari seberai perai ke hotel berjaya pada bulan ramadhan tahun lepas untuk berbuka puasa dan terima sumbangan hari raya dari badan koprat anjuran hotel berjaya saya diamanahkan untuk memcari fakir miskin dan ibu2 tunggal, mppp saya tak pasti. bas yg org umno kata bas fap itu adalah bas persendirian. cuma pemilik bas adalah penyokong kuat FAP sebab bas dia banyak lambang fap. macam kita tgk kenderaan milik penyokong MU atau Liverpool. sudah tentu banyak loga ditampal di kenderaannya. buat albinjayie anak perantauan dari united kingdom (stoke-on-tren)yg layari blog saya pada jam 3.29 pagi, terimakasih sudi layari blog saya.jauh perjalanan luas pandangan. semoga anda berjaya dan akan pulang menjadi ajen kepada perubahan Malaysia.

    ReplyDelete
  4. AHAK! Akak tengok dari sudut yang cukup teliti dan nampak sangat Cik Din Binjai kita dah mula rasa tertekan bilamana digantung semua jawatan dalam parti. Kesiaaannnnnyerrr kat Din Binjai.
    Terpaksa la buat baik dan lobi merata cerok minta dikembalikan jawatan yang digantung dan tergantungkan? Nafikanlah perkara ini?
    Dari gambar gambar yang diambil kebanyakannya gambar tumpangkan? Akak ada sana Din Binjai dan Din sendiri nampak dan rasakan bagaimana semua pemimpin dah tak layan Din lagikan?
    Itu laaa lain kali jangan suka buat fitnah kat orang dan jangan buat perangai bagi pecah belah rumah tangga orang. Ingat tuuu

    ReplyDelete
  5. Betol tu kak Eton.. mat sokong kak Eton.. Mat pun baru tahu yang Din Binjai temberang ni ada buka blog jadi Mat cari dan dapat dah.
    Mat tengok Reformasi Balik Pulau cakap dan komen memang din binjai tak akan jawab pasal benda tu semua orang Parti tahu dan semua Ahli sebelah Pulau tahu pasal tu dia kena pindah pi Seberang.
    Puas hati bila semua jawatan dia kena gantung dan kalau boleh kita doakan agar dia ni dipecat saja dari Parti sebab dialah punca parti jadi bermasalah.
    Dasar manusia takda hati perut. Geram betul Mat kat dia

    ReplyDelete
  6. akak eton,aloha34,mat batu maung,refomasi balik pulau dan lain 2 sewaktu dgn nya.kenapa tak berani nak dedahkan siapa anda sebenar,tahi di pungkok sendiri tak basuh nak tengok pungkok org lain pulak.apa yg ampa dapat dok jaga dlm kain org.

    ReplyDelete
  7. relaks din

    semakin orang memfitnah kita, sbnrnya semakin besar rahmat Allah pada kita....

    lagipun apa nak kisah....sebab

    buat baik pun orang kan kata,
    apatah lagi buat jahat lagi la orang mengata,
    jd lebih baik buat baik orang orang kata,
    sebab tuhan pun suka

    bersabarlah...kerana anda belum diletak najis di atas kepala, dilempar bangkai ke muka

    biaq orang kata kita menempe, biaq orang kata kita gila,
    asal kita tahu apa tujuan kita
    ....sebab orang memang jenis suka mengata.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.