Sunday, July 26, 2009

Kg Melayu di Alma dalam keresahan pampasan jauh beza dengan Kg Buah Pala.


BUKIT MERTAJAM -Penduduk Kampung Alma, Bukit Mertajam dan sekitarnya memerlukan khidmat nasihat Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Choong Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Tan Hock Leong agar mereka tidak diperbodohkan oleh individu yang merancang mengambil kesempatan terhadap projek Laluan Keretapi berkembar yang sedang rancak dilaksanakan sekarang.

Mereka berharap ke dua-dua tokoh berkenaan memberi jaminan untuk memastikan projek berkenaan berjalan dengan telus tanpa ada penyelewengan terutamanya pampasan yang diberikan oleh kerajaan.


Penduduk juga tahu projek tersebut merupakan projek di zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN) namun bila kerajaan bertukar tangan seharusnya Kerajaan Pakatan Rakyat turun ke padang meninjau sendiri permasalahan yang ditinggalkan oleh kepimpinan BN bagi memperbetulkan keadaan demi kepentingan rakyat.

Harakahdaily yang meninjau ke perkampungan terbabit baru-baru ini mendapati penduduk di situ hilang arah kerana tiada sesiapa untuk membantu mereka memperolehi pampasan setimpal.

Bukan itu sahaja malahan mereka juga tidak pernah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk menyelaraskan pandangan atau suara bagi pengetahuan pihak atasan.

Seorang penduduk asal kampung itu, Satar Osman 72 menyifatkan kedudukan mereka sekarang bagaikan 'anak ayam kehilangan ibu' masing-masing berusaha mencari bantuan ke sana ke mari namun banyak yang gagal.

Oleh itu, penduduk berharap Ahli Parlimen dan Adun masuk campur segera untuk menghindarkan diri daripada dipergunakan oleh individu yang mahu mengaut keuntungan hasil pembangunan yang dilaksanakan.

"Kami mahukan khidmat nasihat yang boleh membawa kami keluar daripada belenggu sekarang kerana selama ini nampak gayanya kami cuba diperbodohkan, " ujarnya.

Contoh paling ketara ialah mengenai pampasan rumah yang mana terdapat unsur-unsur penipuan dilakukan oleh jurunilai yang dilantik oleh pemaju bahkan ada di antara mereka mendesak agar penduduk menandatangani surat kebenaran bagi menyenangkan kerja mereka.


Seorang suri rumah, Puan Salmah Lat 62 pula berharap Kerajaan Pakatan Rakyat dapat meninjau permasalahan itu dengan memberikan penduduk jalan keluar kerana tidak tahan dengan kerenah pemaju yang ingin mempercepatkan proses pampasan.


Pampasan yang rendah menyebabkan penduduk masih bertahan sehingga hari ini kerana rata-rata penghuni tinggal di atas tanah bergeran dan tiada tempat lain untuk berpindah.

"Jika boleh kami mahu bertemu dengan Ahli Parlimen dan Adun untuk membincangkan masalah yang ditanggung.

"Sekurang-kurangnya apa yang kami hadapi mendapat perhatian mereka yang berkuasa maklumkan di mana lagi kami hendak pindah kerana tiada tanah lain lagi pun dengan pampasan yang sedikit menyukarkan kami membina rumah yang kini kosnya begitu melambung, " tegasnya mengharap.


Saya menelefon Sabri Harakah pagi ini, beliau memaklumkan terdapat lebih kurang 30 buah rumah yang terpaksa pindah dengan pampasan yang tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan pampasan yang diperolehi oleh penduduk Kg Buah Pala.


Saya menelefon YB Tan Hock Leong, isterinya yang jawab dan memaklumkan YB 'out station' hari Rabu baru balik.


Saya hubungi Aidi Rafizul (Ketua AMK Bkt Mertajam) untuk dapatkan maklumat, beliau akan turun ke padang hari ini untuk meninjau sendiri masalah mereka.


Penduduk di sini semunya orang Melayu. Insya Allah saya dan sahabat-sahabat akan membantu mereka termasuk Yb Chong Eng. Jangan pula bila libatkan orang Melayu nanti ada pula yang terlepas pandang.

Kita mahukan keadilan dalam pembelaan tanpa mengira kaum.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

6 comments:

  1. Teruskan Abg Din...org Melayu pun mesti dibela sehebat pembelaan yg diberikan kpd Kpg Buah Pala..adil sama adil!!!rata sama rata!!

    ReplyDelete
  2. Abg. Din,
    Syabas! Teruskan membela orang Melayu Penang lagi. Orang Hindu boleh dapat pampasan beratus ribu walhal tanah depa hak kerajaan kenapa orang melayu dapat seciput sahaja sedangkan itu tanah depa. Melayu Penang bersama PKR dan Abg.Din.

    ReplyDelete
  3. Salam din,
    Tolong lah apa-apa yang patut kat depa ni Din. Selalunya bila kena kat orang kita ni semedang orang buat lupa atau buat tak tau saja. Keadilan buat semua tarak pilih bulu. Dari classmate hang di PFS.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Din. Kalau Kampung Buah Pala boleh menjadi tajuk besar berita, apa pula dengan nasib penduduk kampung Alma. Saya yang tinggal kat kampung Baru pun hanya tahu melalui blog dan sinar harian. Akhbar perdana langsung tak keluar berita. Beri la tumpuan. Kerja lah wahai ahli parlimen dan adun walau anda berbangsa lain. Ingat pengundi anda adalah rakyat bukan kelompok anda sahaja.

    ReplyDelete
  5. dear din ....

    push this matter problem to the leaders you know....

    if they didn't response, send it to umno....

    hope our leaders on PR not overlook

    ReplyDelete
  6. kalau org melayu kena...semua org buat tak peduli...
    cina mati org melayu sibuk2 pegang lilin...
    sama saja puak pembangkang ngan UMNO...
    asyik2 bela bangsa lain...
    aku mmmg bengang ngan dua2 puak UMNNO, PAS or PKR

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.