Di sebelah kubur adalah dewan Desa Mayang.
Menurut Pak Yusoff, tok siak masjid Bayan Baru, beliau kesal kerana biarpun aduan telah dibuat kepada Majlis Agama Islam, tetapi tiada tindakan sampai sekarang. Penduduk berhampiran juga amat bimbang segala kemungkinan boleh terjadi. YB Hj Malik Kassim Exco Agama juga telah melawat pada hari kejadian tersebut berlaku bersama PA nya, tapi sampai sekarang tindakan masih belum diambil. Saya pergi ke Pusat Khidmat YB Hj Malik di Batu Maung hari ini untuk mendapat maklumat terkini tentang kes ini. Saya bertemu dengan Ahmad Azrizal Tahir PA YB Hj Malik, beliau berkata hari ini baru beliau menerima jawapan dari Majlis Agama Islam P.Pinang.
Surat itu memberitahu bahawa Majlis Agama Islam telah berbincang dengan JKR, Pejabat Daerah dan MPPP tetapi malangnya agensi-agensi tersebut tidak ada peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan tersebut.
Majlis Agama Islam berkata mereka tidak ada kepakaran untuk menyediakan spesifikafi yang jelas untuk melaksanakan proses sebut harga. Mereka terpaksa menggunakan khidmat pihak JKR untuk membantu mereka. Mereka memohon maaf di atas segala kesulitan dan kelewatan yang dialami.
Beginilah rupa bentuk tindakan Majlis Agama Islam P.Pinang di mana yang dipertuanya adalah YB Ustaz Shabudin Yahya Adun Permatang Berangan wakil rakyat dari UMNO.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com
tahniah....
ReplyDeleteteruskan pemberitaan kawasan setempat demi kebaikan ahli qaryah bersama
aku rasa la hang fokus pada isu setempat pd blog ni memang sangat bagus...kurang2 yg kat luaq penang dpt tau. however, isu nasional pun perlu jugak.
agak2 kubuq reformis balik pulau kat mana ha? ada lagi ka? diam ja...
tahniah.....
ReplyDeletekekalkan pengawasan terhadap perkara-perkara yang melibatkan hak orang islam...
islam adalah agama yang benar disisi Allah..
Takbir....
taniah.... atas keperihatian yg di lakukan,nak tanya, adakah ahli parlimen bayan baru mai jengguk kubur ni?atau tak tau ada kubur yg runtuh kat bk gedung?harap2 lepas ni ada gotong -royong di sini .mintak semua yb,ahli majlis,amk,dan semua pemimpin pkr turun padang mai buat kerja,baru cakap serupa bikin,baru rakyat respek.
ReplyDeleteSALAM
ReplyDeletePEJABAT AGAMA ISLAM PULAU PINANG PATUT TUKAR JADI PEJABAT AGAMA YAHUDI PULAU PINANG ! PASAI APA ? PASAI DARI DULU MASA PARTI KARAT BARUA PENGKHIANAT UMNO -BN PEGANG PENANG DEPA NAK SELEWENG TANAH WAKAF KG MAKAM HJ KASIM JLN DATUK KERAMAT ,PEMIMPIN UMNO SEKONGKOL DENGAN MAIPP,MPPP NAK TUKAR STATUS WAKAF SUPAYA SENANG SELEWENG & KRONI SEMUA BOLEH BUAT FULUS ! ADA TANAH DEKAT MASJID KG MAKAM AHLI UMNO BUAT KELAB UMNO DAN BUAT RUMAH ATAS TANAH PERKUBURAN ! ARWAH PAK SALIM HASHIM BUAT REPORT TAPI MACAM PI REPORT KAT YAHUDI ! SAMPAI LA TADAK APA-APA JADI PATUT SANGAT TUKAR JADI MAJLIS AGAMA YAHUDI PASAI TAK BOLEH BELA TANAH WAKAF ISLAM ,TANAH PERKUBURAN ISLAM DAN TANAH-TANAH MELAYU ISLAM ! HIDUP MAJLIS AGAMA YAHUDI UMNO PULAU PINANG !
PKR DAH PEGANG PULAU PINANG PASAI APA BARUA UMNO PEGANG JAWATAN DALAM MAIPP ?
ReplyDeletetkasih atas keprihatinan dan kepedulian anda yg tinggi tentang Islam. kpd amuraria apa yg anda btahu memang benar dan saya sendiri pernah turun padang sewaktu arwah pak salim masih ada..
ReplyDeleteUMNO tuntut kpd agong bhwa mereka lebih layak jd yg dipertua maipp sebab adun umno ada 11 orang berbanding pkr hanya 3 dan pas seorang saja melayu islam. kuasa melantik yg dipertua maipp kuasa agong. walaubagaimana pun kita tidak putus asa untuk menggantikan ust shahbudin