Tuesday, July 28, 2009

Perjuangan yang belum selesai

Wakil penduduk Kampung Buah Pala, K Murugan (gambar kanan), tiba di London semalam untuk membawa isu yang melanda kampung tersebut ke peringkat antarabangsa.

Esok, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy akan menemani Murugan untuk membawa isu Kampung Buah Pala kepada pejabat warisan Unesco di Paris.

Langkah itu diharap akan meningkatkan lagi tekanan masyarakat antarabangsa ke atas pihak berkuasa berkenaan di Pulau Pinang, terutama Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mengekalkan kampung tradisional India itu. Berita penuh di sini.

Untuk berlaku adil, saya melihat Pihak Koperasi, Pihak Kerajaan Negeri dan penduduk Kg Buah Pala masing-masing memperjuangkan hak masing-masing. Semuanya cuba sedaya upaya mencari dan menggunakan semua saluran yang ada dan boleh diguna pakai untuk memperjuangkan hak masing-masing. MIC sekadar menangguk di air yang keruh.

Bagi saya semangat juang penduduk Buah Pala harus menjadi contoh. Mereka tidak pernah patah semangat walaupun ada juga yang telah mengalah. Bagi mereka apa nak jadi pun jadilah... jangan mati sebelum ajal sampai.

Saya teringat video yang pernah saya ambil pada 8 September 2007. Di mana penduduk Kg Sg Nibong terpaksa pindah hanya dengan pampasan RM30 ribu sahaja semasa B-End perintah. Begitu juga pada tahun 2006 di mana penduduk Kg Nelayan Sg Batu terpaksa pindah semasa bulan Ramadhan.

Cuma oleh kerana B-End yang perintah ketika itu, maka isu ini ditutup dan tidak menjadi isu besar di media arus perdana.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

1 comment:

  1. Taniah kepada semua kerana isu ini menjadi besar sebesarnya.Memang benar kg sg nibong dan kg nelayan sg batu dan banyak lagi.Tetapi kg tersebut antara penduduk dan pemaju.

    Bagi kg buah pala lain ceritanya kerana tiga penjuru iaitu koperasi,pemaju dan penduduk.Pihak kami berharap banyak pihak membuka mata terhadap perkara ini.Jgn sesetengah pihak hanya nampak penduduk yg mengalami masalah sedangkan koperasi tidak mengalami apa-apa masalah.Pihak koperasi berdiam diri selama ini kerana menghormati semua pihak termasuk kerajaan negeri.Tetapi apa yang diterima oleh pihak koperasi adalah PEROMPAK dan PAKATAN BIADAP.Itu lah kata kata kesat yang kami terima.

    Koperasi yg mempunyai anggota 3500 dan 75% orang melayu mempunyai maruah diri dan harga diri dan tercabar apabila perkara ini dibangkitkan.Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes di mahkhamah maka tidak timbul lagi perasaan tidak puas hati oleh mana-mana pihak.

    Oleh itu pihak koperasi berharap semua lapisan masyarakat paham situasi kami.Kami bukan agen BN tetapi pengundi yang akan menentukan nasib kerajaan pada PRU 13.Jgn lah koperasi dan penduduk dijadikan bahan untuk meraih keuntungan politik masing-masing.Buatlah sesuatu yang menguntungkan negara dan bukan menguntukan diri sendiri.

    Apa yang kami mohon perkara ini diselaikan cara yang adil dan berhemah dan bukan mengikut cara orang tidak bertamadun.Isu ini telah menjadi isu nasional dan patut diberi perhataian sewajarnya.

    Kami tidak mahu koperasi tenggelam di dalam konflik politik yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.

    ReplyDelete

Jadilah insan yang benar-benar 'MERDEKA'. Berani tampil menyatakan pandangan tanpa takut pada sesiapa kecuali Allah.
Tidak perlu gunakan nama samaran.
Yang baik itu datang dari Allah, yang tidak baik itu datang dari kelemahan kita sendiri.